Thursday, May 22, 2014

Kenyataan Celaka Dari Rayer Ini Akan Buat Keadaan Makin Panas Di Penang

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya "pemimpin Umno celaka" sebab memang umno celaka.

Rayer berkata kenyataan itu dikeluarkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri merujuk kepada pemimpin-pemimpin umno, oleh itu ia harus diselesaikan dalam DUN.

"Setiap orang Adun (anggota dewan undangan negeri) mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan DUN (dewan undangan negeri), jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenapa harus saya mohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya.

Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno.

Sementara itu Lim Guan Eng mendakwa pemuda umno bersikap biadap apabila memasuki dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan tindakan sewajarnya dikenakan.

Mat Sabu minta agar Ketua Polis Pulau Pinang letak jawatan serta merta kerana gagal mengawal kemarahan kumpulan yang memasuki Dewan Undangan negeri Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah meminta laporan daripada Pemuda Umno Pulau Pinang berhubung insiden ahli parti itu merempuh masuk ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Khairy yang juga akan mengkaji secara mendalam isu berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada beliau akan mengambil tindakan lanjut terhadap mereka yang terlibat.

3 comments:

polris said...

MELAYU MACAM KATA MB N9.MELA6U KALAU TAK DI KEJUTKAN TIDO SAJA KERJANYA.TAK AMBIL PEDULI APA BERLAKU SEKELILING MEREKA.AT LEAST SEKARANG ADA MELAYU YANG DAH BONGKAR FARI TIDUR.ITU PETANDA BAIK.MELAYU JANGAN DI PANDANG MATA SEBELAH.MEREKA MASIH ADA MARUAH DAH BOLIH BERTINDAK BALAS.A CORNERED CAT WILL STRIKE BACK IF YOU DONT KNOW ADUN SERI DELIMA.COOL IT AND BE FAIR TO CITIZEN OF PENANG.

Anonymous said...

Cool it YB.A cornered cat will durely strike back worst the you can ever imagine.At least ade juga Melayu yang terkaha lenanya.zMacam YAB MB N9 pernah berkata.Melayu mesti bangun...bangun.....bangun....bahun fsri tidonya.Kalau tidak apa yang ada akan hilang dan tak aksn dapat diambil kembali.

Anonymous said...

Cool it YB.A cornered cat will surely strike back worst than you can ever imagine.At least ade juga Melayu yang terbonkar dari lenanya.Macam YAB MB N9 pernah berkata.Melayu mesti bangun...bangun.....bangun....bahun dari tidonya.Kalau tidak apa yang ada akan hilang dan tak akan dapat diambil kembali.