>

Sunday, May 18, 2014

Dyana : Trojan Horse Atau Pembelot Melayu?

1) Apakah benar pelajar lulusan UiTM tersebut sudah 100% diresapi dengan fahaman DAP? Apakah tiada langsung setitik darah perjuangan UiTM dihatinya?

2) Emaknya masih lagi ahli UMNO, tidak pun keluar dari UMNO dan seolah merelakan anaknya itu menghampiri Kit Siang untuk satu "agenda" penting yang mungkin hanya dua beranak itu sahaja yang tahu motifnya.

3) Mengapa DAP tidak ambil orang orang lama yang lebih berpengaruh dalam DAP Perak untuk bertanding di kerusi Teluk Intan, paling tidak pun kalau hendak ambil calon Melayu mengapa tidak ambil Mat Sabu yang sudah tunjukkan kesetiaan 100% pada Guan Eng.

4) Jika benar Dyana seorang pembelot, maka dia juga boleh melalukan pembelotan yang sama pada Dap suatu hari nanti. Emaknya juga bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian, emaknya juga ada sejarah dalam Semangat 46 dulu, kalau sudah ada sejarah, tidak mustahil Dyana juga akan belot pada DAP.

5) Perlu diingat kerajaan Nizar di Perak yang majoritinya Exco Dap tumbang pada 2009 bila ada Adun yang belot, apakah sejarah sama akan berulang. Sejauh mana ahli ahli Dap kenal dgn Dyana dan emaknya? UMNO dan Semangat 46 sufah kena tempias, kali ini giliran Dap pula.

No comments: