Saturday, April 26, 2014

Presiden @BarackObama Akan Menoreh Getah Di Malaysia? #OBAMAinKL

Barack Obama secara rasminya datang ke Malaysia pada jam 5.00 petang tadi. Lawatan bersejarah Obama ke Malaysia selepas hampir setengah abad lawatan Presiden Amerika Syarikat sebelum ini.

Apakah signifikan lawatan presiden Amerika Syarikat sebelum ini? FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966.

Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.

Lawatan tiga hari Obama ke Malaysia adalah yang pertama oleh seorang Presiden Amerika yang memegang jawatan, dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson, pada 1966.

Moga lawatan ini memberi impak positif untuk mengerat hubungan diplomasi Malaysia serta memperkukuh kerjasama bagi kepentingan rakyat. Kali ini Obama tidak akan menoreh getah seperti Lyndon Johnson lagi, esok Obama akan ke Universiti Malaya untuk berkongsi ilmu bagi manfaat bersama.





No comments: