Tuesday, April 15, 2014

PAS Selangor Tidak Mahu Ikut Jejak PAS Kelantan Laksana Hudud?




Pas Selangor tidak berhasrat untuk mencadangkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu meskipun mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, cadangan tersebut tidak akan dibangkitkan buat masa ini sebaliknya mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ mengenai perkembangan pelaksanaan hukum itu yang sedang diusahakan Kerajaan Pas Kelantan ketika ini.

“Kita tunggu perkembangan (cadangan pelaksanaan hukum hudud) di Kelantan dahulu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Iskandar diminta mengulas sama ada Pas Selangor akan mengikut jejak langkah kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mengapa PAS Selangor tidak mahu mengikut jejak langkah PAS Kelantan? Apakah ada beza dasar PAS di Selangor dengan Kelantan? Apakah takut dengan DAP dan PKR hingga PAS Selangor tidak berani untuk bentang hudud dalam Sidang DUN Selangor?

1 comment:

Anonymous said...

Bukan tak mahu tuan syeikh,kita pas ada strategi. AFTER kelantan kita berjaya di parlimen. Kita punya manefesto pr14. Di selangor NEXT apa apa pon kita akan PAS T kan our victory de kelantan.