>

Thursday, April 10, 2014

Hudud : Timbalan Dewan Ulama PAS Terengganu Kecam Karpal Singh




Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah menyelar kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh yang mengkritik hasrat Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Meminta kenyataan Karpal tidak perlu dilayan, beliau menjelaskan ia bukanlah kenyataan kali pertama daripada pemimpin DAP itu yang membantah pelaksanaan undang-undang tersebut setiap kali timbul isu hudud.

Menurutnya, tidak timbul sama ada Karpal tidak bersetuju atau sebaliknya kerana perkara 76 Perlembagaan Persekutuan telah membenarkan Kerajaan Persekutuan memberi izin kepada kerajaan negeri melaksanakan undang-undang Islam.

“Lagipun sebelum ini memang sedia ada draf atau kanun yang telah diluluskan oleh Dun seperti Kelantan. PR juga setuju bagi negeri-negeri yang ada kanun tersebut untuk dilaksanakannya.

“Sepatutnya Karpal Singh tidak buat kenyataan begitu. Ini hak umat Islam, kewajipan umat Islam perlu dihormati,” katanya.

 

3 comments:

Anonymous said...

Memang hak umat Islam. Tapi PAS biar adil dengan umat Islam sendiri. Biar bukan Islam pun patuhi undang2 HUDUD. Jgn sedap saja hukum org Islam, tapi bukan Islam dilepaskan. Biar digunapakai oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum mahupun agama yang berlainan.

Anonymous said...

Mana orang PAS yang dulu suruh langkah mayat dia dulu kalau siapa2 berani nak sentuh Karpal Singh.Orang PAS sendirilah yang buat Karpal Singh lagi berani.

Anonymous said...

Jangan hiraukan apa KS kata kalau kita anggap itu duri kecil di tengah jalan
Sebalikya kalau kita anggap KS itu besar menutup pandangan dan laluan, adalah satu kejayaan besar kalau dapat merubah pemikiranya berbanding PR dapat memerintah satu-satu negeri
Oleh itu kepada orang-orang agama dalam PAS mestilah berusaha merubah KS.Ingat perjuangan anda dianggap tidak berjaya sekiranya seorang KS yang kecil tidak berjaya dihadapi oleh ratusan ulama sama ada dlm PR atau BN atau TB(tak berparti).