Thursday, April 17, 2014

Gambar Kereta Alphard Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya


Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut yang mengorbankan veteran DAP, Karpal Singh mendakwa beliau pada awalnya tidak tahu mangsa dalam kenderaan jenis Toyota Alphard berkenaan adalah pemimpin politik terkenal, lapor akhbar Sinar Harian.

Abu Mansor Mohd, 45, berkata beliau segera meninjau keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sebaik sahaja selepas berlaku perlanggaran dan mendapati ada mangsa tercedera.

“Saya tidak tahu itu Karpal sehingga ada beberapa kenderaan lain berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa adalah pemimpin tertinggi DAP,” katanya dipetik berkata kepada Sinar Harian.

Ringkasan/Siasatan Awal: 

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

No comments: