Thursday, April 10, 2014

Exco Selangor Tidak Mahu Tinggal Di Banglo Yang "Tidak Selesa"




Kerajaan Selangor membelanjakan sebanyak lebih RM6 juta untuk 10 unit rumah kerajaan yang jarang digunakan, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2013. 

Laporan itu juga mendapati unit rumah kerajaan itu pernah disewa pada sekitar tahun 2010 hingga Jun 2013 tetapi kadar sewa itu jauh lebih rendah berbanding belanja kerja penyelenggaraan dan kos utilitinya yang berjumlah RM6.24 juta. 

Laporan tersebut mencacatkan meskipun rumah-rumah tersebut dan dewannya telah digunakan untuk majlis rasmi kerajaan serta program yang dilaksanakan oleh jawatankuasa tetap Dewan Undangan Negeri Selangor, namun sewanya telah dikecualikan. 

Anggaran sewa itu berjumlah RM150,000. "Bagi tempoh berkenaan, Kerajaan Negeri telah menanggung sebahagian perbelanjaan kerja penyenggaraan dan kos utiliti berjumlah RM5.89 juta. Selain itu, semakan Audit juga mendapati sehingga 30 Ogos 2013, tanah tapak Rumah Kerajaan masih di bawah hak milik PKNS walaupun bangunan Rumah Kerajaan telah diserahkan oleh PKNS kepada Kerajaan Negeri pada 30 April 2005. 

 "PKNS masih menanggung cukai tanah bagi tapak rumah kerajaan berjumlah RM8,027 setahun," kata laporan tersebut. Kediaman di Seksyen 7 Shah Alam itu dibina semasa Barisan Nasional menerajui kerajaan negeri Selangor dengan Datuk Seri Dr. Khir Toyo sebagai Menteri Besar. 

Sebelum pililihan raya 2008, Pakatan Rakyat mengkritik kewujudan kuarters berkenaan dan ada di kalangan pemimpinnya yang melaungkan mahu menjualnya jika menang pilihan raya negeri. Selepas pilihan raya 2008 itu dan selepas jadi kerajaan negeri, Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menjual kuarters berkenaan.

No comments: