>

Tuesday, April 1, 2014

Drama Terbaru Karpal Singh & Anwar Ibrahim Untuk Tarik Perhatian Rakyat

Karpal Singh meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP pada 29 Mac 2014. Alasan mengapa Karpal Singh berbuat demikian adalah kerana mengikut Seksyen 9A (1) (b), Akta Pertubuhan, jika seseorang itu didapati bersalah di mahkamah dan didenda RM2,000 atau lebih, dia adalah tidak layak menjadi penasihat, pemimpin atau pekerja kepada pertubuhan yang berdaftar (baca sini). 

Letak jawatan apa sedangkan CEC DAP masih lagi tidak sah?

DAP masih menghadapi pertikaian di kalangan ahli-ahli atau pemegang jawatan dan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan. Video salah seorang ahli DAP yang mempertikaikan keputusan CEC DAP. 

Hak 753 orang ahli DAP yang sah mempertikaikan pemilihan CEC DAP adalah satu tuntutan demokrasi kerana mereka mendakwa dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan DAP.  Karpal Singh meletak jawatan kerana mahu mematuhi Seksyen 9A, tetapi mengapa DAP dalam satu keadaan yang lain tidak mahu iktiraf Seksyen 16 (1) ?

Letak jawatan bagaimana jika pemilihan DAP itu sendiri masih lagi tergantung keputusannya akibat pertikaian 753 orang ahli DAP yang sah. Apakah ini nilai yang sewajarnya ada dalam sebuah parti yang mengaku mereka mengamalkan prinsip demokrasi? Oleh itu apa sebenarnya motif Karpal Singh letak jawatan?

According to Section 9A(1)(b) of the Societies Act, if a person is convicted of an offense and fined RM 2,000 or more, he or she is disqualified from being and shall not become or remain an office-bearer, adviser or employer of a registered society. - See more at: http://www.therocket.com.my/en/karpal-resigns-as-dap-chairman/#sthash.67jKUvL1.dpuf

29 Mac 2014, hari yang sama, Anwar Ibrahim pula mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden PKR untuk melawan tempat yang disandang oleh isterinya sendiri. Tidak pernah ada dalam rekod parti politik di dunia ini, suami melawan isteri untuk kerusi no. 1 dalam parti. Ianya hanya ada dalam parti PKR. 

Dari sudut perundangan, pada 7 Mac 2014, bila dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan, Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk menjadi calon di Kajang berdasarkan peruntukan peraturan - peraturan pilihan raya (Perjalanan Pilihanraya) 1981 bila seseorang itu telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000 atau belum mendapat pengampunan.

Apabila hilang kelayakan, maka Anwar memilih Wan Azizah sebagai calon pengganti yang di Kajang. Namun setelah pilihan raya kecil selesai dan bermulanya pemilihan PKR, Anwar membuat keputusan untuk tanding jawatan Presiden PKR. 

Di Kajang, Anwar tahu ikut peraturan Perjalanan Pilihanraya 1981 tetapi dalam soal pemilihan parti tidak mahu pula ikut peraturan yang sedia ada dalam Seksyen 9A (1) (b).  Apakah Anwar Ibrahim tidak tahu Karpal Singh "meletak jawatan" atas sebab Seksyen 9A (1) (b), Akta Pertubuhan?

Maka Anwar juga tidak boleh menjawat tempat sebagai Presiden PKR atas peruntukan yang ada dalam Seksyen 9A (1) (b). Akta ini jelas terkandung dalam Borang 9 yang perlu diisi oleh semua pertubuhan selepas selesai mengadakan mesyuarat agung setiap tahun. 

Akta ini terpakai untuk semua pertubuhan di Malaysia.  Akta ini adil untuk semua pertubuhan lain, tetapi mengapa parti yang mendakwa mereka lebih adil itu tidak mahu guna akta ini?

Apakah Anwar tidak tahu tentang Seksyen 9A (1) (b)? Apakah motif Anwar bertanding kerusi Presiden biarpun dia tahu bahawa mengikut Akta Pertubuhan maka ianya boleh mengakibatkan implikasi yang lain kepada PKR ?

Ada pandangan mengatakan Anwar sengaja buat demikian untuk halang Azmin Ali bertanding melawan isterinya di kerusi Presiden. Sebab itulah Azmin Ali mengisi borang pencalonan paling lambat sekali pada hari Sabtu yang lepas.

Karpal "meletak jawatan" dan Anwar bertanding Presiden PKR adalah drama baru yang hendak dilakonkan oleh pihak pembangkang di Malaysia. Pengakhiran lakonan itu mereka akan cuba tagih simpati rakyat kononnya ROS menghalang parti PKR dan DAP. Sebagaiman yang dibuat oleh Kit Siang, menangis ketika PRU13 lepas. Begitu ramai sekali peguam dalam PKR dan DAP, mengapa mereka tidak menasihati tentang Akta Pertubuhan ini?

Anwar merancang untuk penjara atas title Menteri Besar Selangor, tapi plan itu gagal. Kini Anwar merancang untuk masuk penjara atas title Presiden PKR pula. Ini semua taktik simpati baru Anwar Ibrahim untuk raih sokongan rakyat. Jangan terpedaya dengan lakonan ini. Mereka langgar peraturan yang sedia ada untuk tuduh peraturan itu tidak adil kepada mereka. Sedangkan yang tidak berlaku adil kepada mereka adalah diri mereka sendiri.

No comments: