Thursday, April 3, 2014

Dong Zhong Sengaja Pasal Lagi Selepas PRK Kajang

Apa lagi yang Dong Zhong mahu? Ada sekolah SRJK (C) yang ditutup dan tidak diberi bantuan di negara ini? Jawapannya tidak. Ada sekolah sedemikian di Thailand, Indonesia atau Amerika Syarikat? Jawapannya tidak.

Untuk tujuan apa Dong Zhong mahu membawa cerita tidak betul sampai ke United Nations? Mahu memburukkan lagi keadaan selepas tragedi MH370 yang sedang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia? 

Atau ini satu lagi helah Dong Zhong untuk dilihat sebagai "wira menjuarai isu kaum Cina" selepas keputusan di 5 PDM Sungai Chua dan Mukah dilihat ada perubahan kepada BN. Tiada pertubuhan lain yang lebih rasis di Malaysia ini melainkan Dong Zhong. 

Tidak habis habis hendak mencari pasal dan cuba melaga lagakan keharmonian rakyat di negara ini. Pertubuhan seperti ini sewajarnya dibatalkan oleh ROS.

No comments: