Monday, April 28, 2014

Beranikah PAS Lawan Balik Cakap DAP Ini?






Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook menegaskan, undang-undang hudud tidak pernah dan tidak akan berada dalam konsensus yang dipersetujui oleh semua parti komponen pakatan rakyat.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas permuafakatan yang dipersetujuinya.

“Sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas-asas permuafakatan yang telah dipersetujuinya.

“Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.

“Namun, kami perlu membuat satu keputusan yang berprinsip daripada terus berdolak-dalih di depan rakyat. Seperti ungkapan mendiang Karpal Singh, ‘tidak ada kawan atau musuh yang kekal dalam dunia politik, tetapi kita mesti mempunyai prinsip yang berkekalan’,” katanya

1 comment:

Anonymous said...

UNDI CEC DAP GOT PRINSIP KAH. ?