>

Saturday, March 29, 2014

Yussibnosh Bakal Menang Besar Di #PRKBalingian

Sehingga jam 1.30 petang tadi, rata rata jentera PKR mulai mengakui kekalahan besar mereka di Balingian. Malah majoriti yang bakal diperolehi Yussibnosh dijangka lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi Presiden PKR dalam PRK Kajang.

Malah calon PKR iaitu Jalil dilihat sudah mula berjalan sendirian melawati setiap petiundi di Balingian. Ternyata pemilihan bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 48, sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac depan adalah amat tepat sekali.

Nama panggilan Yus DO Dalat, bukanlah asing dikalangan penduduk di kawasan Mukah Dalat. Lebih-lebih lagi beliau juga adalah merupakan diantara calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Dato' Sri Muhammad Leo Toyad sebagai Ahli Parlimen Mukah pada PRU ke-13 pada tahun lalu.

Tahniah kepada PBB dan BN Sarawak. Teruskan tradisi membangunkan rakyat Sarawak.




No comments: