Monday, March 24, 2014

Takdirmu #MH370 #PrayForMH370

Takdirmu MH370

Pagi Sabtu kami tidak tidur lena,
Memikirkan apa nasibmu di atas sana,
China Selatan yang luas kami teroka,
Menyelamatkanmu dari bala bencana,

17 hari kami menanti beritamu,
Sebak dan sayu kami tanpamu,
10 malam, 24 Mac petunjuk ditemui,
Kami pasrah dengan takdir illahi,

MH370 kami sudah berusaha,
Mencarimu di laut luas penuh gelora,
Airmata & doa seluruh dunia,
Mengharap ada berita gembira,

Namun Tuhan lebih Maha Kuasa,
Harapan gembira bertukar hiba,
Wartawan, nelayan, polis & tentera,
Mencarimu tanpa rasa putus asa

Lautan Hindi tempatmu melayang,
Ramai kehilangan orang tersayang
Taufan, gelap gelora jadi penghalang
Demimu MH370 sanggup direnang

Anak menanti ibu bapanya..
Ayah ibu menanti cucunya..
Isteri menantikan suaminya..
Namun kami pasrah kau tiada

MH370.. pemergianmu amat kami terasa..
Kerana itulah takdirmu dunia
Kehilanganmu kami redha,
Sedekah dan doa padamu di sana,

Amin.

No comments: