Wednesday, March 5, 2014

Siti Zabedah Kassim, Penyokong Pakatan Rakyat Gelar Orang Melayu Sebagai Lembu


 FMT samakan penyokong Islam sebagai protestor. Panggilan yang cukup biadap dan kurang ajar.

Seorang aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong kalimah Allah untuk penganut Kristian, Siti Zabedah Kassim menyifatkan orang Melayu dan umat Islam seperti lembu kerana mematuhi serta percaya kepada ajaran agama yg dibawa oleh alim ulama Islam terutama berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Katanya, kalimah Allah bukan utk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.


“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseoeang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata kepada media di perkarangan kompleks Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pagi ini.

Kira kira 500 ahli NGO Islam berhimpun di perkarangan Istana kompleks mahkamah untuk mendengar keputusan berhubung rayuan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik.

Siti Zabedah Kassim yang memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam’ berkata, beliau tidak setuju dengan tindakan NGO islam membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Siapa mereka nak menghukum? Semuanya biar Tuhan yang tentukan,” katanya yang kemudian didatangi seorang aktivis islam menegurnya kerana membuat provokasi dalam kelompok penyokong NGO Islam.

Siti Kassim yang enggan berganjak dan mahu berdebat dengan aktivis berkenaan diarahkan seorang anggota polis supaya tidak menghampiri kumpulan NGO Islam bagi menggelak berlaku ketegangan.

Kata Siti Zabedah Kassim, sesiapa sahaja makhluk berhak ke atas Allah.

Sumber : Klxpress.com.my

1 comment:

Anonymous said...

Si Siti orng mana. Anak siapa.