Monday, March 24, 2014

Peniaga Pasar Malam Kurang 2,310 Undi Wan Azizah Di Kajang



 
Jika disemak pada jumlah undi yang diterima Wan Azizah di PDM Sungai Sekamat, Wan Azizah memperolehi sejumlah 1,667 undi berbanding 3,977 undi yang diperolehi oleh calon PKR terdahulu dalam PRU13. Berkurang sejumlah 2,310 undi di PDM tersebut.

Faktor faktor berikut adalah dikatakan menjadi punca Wan Azizah hilang 2,310 undi di Sungai Sekamat.

1) Kes penutupan pasar malam itu telah menimbulkan kemarahan penduduk setempat dan menyebabkan mereka memprotes PKR di atas kertas undi.

2) Insiden Wan Azizah dihalau oleh penggerai makan yang pernah dihalau di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP.

3) Wan Azizah berkempen di pasar di Sungai Sekamat tetapi enggan bersalam dengan peniaga ikan di situ.

4) Nurul Izzah juga turut dihalau oleh peniaga gerai makan di Sungai Sekamat.

5) Pada hari pengundian, di situ juga tercetusnya kejadian SAMM yang didakwa menggugut penggerai makan di situ.

6) Kempen berlebihan Anwar dan pakatan pembangkang dengan slogan “ayam seringgit” dikatakan cukup mengguris hati peniaga peniaga pasar malam di situ. Jangan dipermainkan kuasa rakyat. Peniaga pasar malam juga ada harga diri dan maruah. Mereka boleh mengurangkan undi Presiden PKR dengan kuasa yang mereka ada. PKR dan DAP usah lagi memperkecilkan kuasa sebenar peniaga peniaga pasar malam.

Sumber : TV14

2 comments:

Anonymous said...

Tak cukup ke melayu di perbodohkan UMNO.
Kroninya yang kaya raya. Megapa masih ada rakyat melayu (majoriti) yang masih mengemis di negara melayunya sendiri.
Kenapa orang melayu bandar tak memilih BN/UMNO kerana meraka telah cerdik (dengan bantuan UMNO juga) tetapi melayu ini tak sanggup diperbodohkan selamanya.
Kalau dulu pemimpin UMNO bangsawan dan bijak pandai, ttpi sekarang rakyat melayu lebih bijak (di bandar esp.) Kepulangan anak-anak melayu dengan ijazah kelak akan membuka mata ibu bapa mereka dan PRU 14 UMNO/BN akan terlungkup bungkus langsung di persada malaysia dan dunia.

Anonymous said...

Aku rasa pakatan yg nk melingkup.. sebab PKR adalah Keadilan untuk Anwar bukan untuk rakyat.. x cukup ke kroni PR makan habis sapu duit rakyat... lagi kronisme lagi rasuah... ape yg PGayR lakukan untuk kemudahan rakyat