Wednesday, March 26, 2014

Anwar Ibrahim Tidak Hormati Sensitiviti Keluarga Mangsa #MH370 Di Balingian #PRKBalingian

 
Anwar Ibrahim menjadikan tragedi pesawat MH370 sebagai ruang untuk mempersenda Kerajaan Barisan Nasional dalam sesi ceramah di Boelevard Setia Raja, disini malam tadi.

Anwar menyifatkan pihak berkuasa yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 sebagai kurang peka tentang teknologi dalam dunia penerbangan.

Beliau berkata, kehilangan pesawat MH370 adalah bukti jelas pimpinan Datuk Seri Najib tidak menjaga keselamatan negara dengan sebaiknya.

"Kalau pesawat terbang diruang udara pun tak dapat dikesan, bukankah itu menunjukkan kerajaan kita lemah dan keselamatan negara sedang terancam" ujarnya

Anwar seolah mempersenda tragedi pesawat MH370 sambil membayangkan bahawa beliau lebih peka tentang dunia penerbangan.

Namun, rata-rata penduduk disini tahu operasi mencari dan menyelamat MH370, bukan hanya melibatkan Malaysia sahaja, malah turut disertai 26 negara.

Selain itu,  Anwar cuba meraih simpati rakyat Mukah berhubung kes liwat yang membabitkan beliau.

Menurut Anwar, beliau sengaja diperangkap oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk memastikan beliau dipenjara.

Ternyata penduduk Mukah yang agak baru dengan gaya politik 'meraih simpati' telah menunjukkan reaksi kurang senang dengan ucapan Anwar.

Anwar hanya sempat berucap 15 minit dihadapan sekitar 50 orang penduduk, sebelum bergegas ke Sibu.

Difahamkan, beliau akan kembali ke Mukah pada 28 Mac untuk mengadakan ceramah perdana.
 
Sumber : Sarawakiana

No comments: