Friday, March 7, 2014

Anwar Ibrahim Masuk Penjara 5 Tahun Di Kajang? #PRKkajang

Akhirnya kebenaran sudah terbukti. Inilah sebabnya mengapa Anwar takut sangat berhadapan Shafiee di mahkamah. 50% rakyat akan percaya bahawa mahkamah sudah membuat keputusan yang sewajarnya berdasarkan fakta dan hujah yang sedia ada.

Perlu diingat bahawa sistem kehakiman mahkamah negara ini adalah bebas dan berdiri dengan sendiri berasaskan undang undang sebagaimana yang sudah termaktub dalam perlembagaan.

50% lagi pada awalnya akan cepat percaya dengan persepsi lain yang cuba di bawa oleh pihak Anwar. Namun lama kelamaan apabila yang 50% itu cuba mencari kebenaran fakta dan hujah mereka akhirnya akan menemui sesuatu yang mereka cari iaitu kebenaran dan keadilan.

Itulah yang sudah pun dijumpai oleh bekas bekas peguam Anwar sendiri dalam perbicaraan liwat Anwar yang pertama. Hanya Karpal yang masih mahu membela Anwar di mahkamah, yang lain sudah membawa diri dengan pendirian dan kepercayaan yang sudah pun mereka temui.

Kajang hanyalah sebagai pentas yang sengaja dicipta Anwar untuk membela kes liwatnya itu di peringkat nasional. Anwar seolah sudah tahu dan pasrah bahawa dia akan ke lokap sebenarnya bukanlah Putrajaya sebagai mana yang diandaikan oleh Rafizi.

Masih ingat lagi pada 9 Januari 2012, bagaimana Anwar pada waktu itu yakin benar beliau akan ke lokap. Habis seluruh semenanjung beliau pusing untuk bagitahu dia akan masuk penjara. Hasan Ali awal awal lagi dipecat. Nurul Izzah sudah siap disediakan sebagai pengganti Anwar pada waktu itu.

Kali ini, orang yang paling beruntung adalah Azmin yang dilihat bakal mengisi kekosongan kerusi Presiden PKR dalam pemilihan April nanti. Ahli ahli PAS yang pro Erdogan akan menangisi kemasukan Anwar ke penjara. Namun DAP akan kehilangan jambatan untuk mempergunakan orang Melayu bagi tujuan politik mereka.

Masa Anwar masuk lokap kali yang pertama, ada penyokong Anwar yang sanggup berdemo dan meraung raung meratapi Anwar. Kali ini, orang yang berdemo dan meraung dulu ramai sudah berjumpa dengan kebenaran yang mereka mahukan.

Apakah akan ada lagi mereka yang meratapi Anwar ke penjara? Mungkin bilangannya tidak sebesar dulu. Apa yang pasti mereka itu akan menyesal kembali selepas itu kerana membela orang sebenarnya memang bersalah pun.

Dulu di Sungai Buloh, barangkali selepas ini Anwar akan masuk ke Kajang pula selama 5 tahun. Inikah sebenarnya maksud tersirat "Kajang Move"?

6 comments:

Anonymous said...

Harap2 malaysia akan aman selepas perosak ini masuk penjara... Rakyat malaysia patut buat sujud syukur...

QalamQabut said...

Aku harap orang Permatang Pauh tak jeles bila Anuwar berpindah dan menetap di Kajang nanti. Itu kehendak dia.

Aku tau orang Kajang akan jaga dia elok, mata tak lebam, tulang belakang tak bengkok. Jaga jangan biarkan sesiapa suntik ponggong dia dengan jarum, tak kira kecil atau besar.

Kita kena ingat, Ustadah Abby cakap Anuwar ni berdolat.

Anonymous said...

Hmm, ni mesti penonton setia tv3. Takpun langgan Berita Harian tiap hari.

Anonymous said...

Cis, nmpk sgt admin ni selalu nk menang. Taknak mgaku kalah and pengecut! Need approval konon. Patut tak laku pon blog ni. Tak bagi orang lain kebebasan bersuara kat sini. Shallow-minded

Anonymous said...

septtnya rakyat malaysia yg menyokong pkr tu ptt b'syukur dgn ape yg kerajaan umno bg skrg..byk sgt bantuan d'terima oleh penyokong pkr ttpi mereka msih ttp tdk b'syukur & knpe msih ade lg yg menyokong pkr walaupon mereka sudah thu yg pkr tu hnye ingin cbe memecah belahkan negara shj..x fhm la dgn org yg undi pkr nie,kutuk2 umno itu ini tp segle bantuan yg umno bg ttp amek jgk..

Anonymous said...

yg menyokong dikatakan pembaca setia berita harian dan tv3 .. manakala yg menentang dikata pembaca setia harakah dan malaysia kini... dua kali lima jee dua-dua..

yg hebat malaysiakini menguna cara halus menarik ramai penyokong bn.. Mmg bijak cina kristian dap ni