>

Monday, February 3, 2014

Video Rasis & Biadap : Teresa Kok Wajib Mohon Maaf

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan rakyat Sabah, melahirkan rasa kesal akan video Teresa Kok itu dan wajar diambil tindakan segera.

 Video itu turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.





Beliau berkata perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lepas). 
“Saya berharap sungguh agar tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting,” katanya lagi. 
Beliau menjelaskan insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan. 
Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata “you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)”.

Baca selanjutnya.

No comments: