>

Monday, February 17, 2014

Selepas Anwar Ibrahim, PAS Pula Akan Berceramah Dalam Gereja Di Kajang? #PRKKajang


Ahli ahli PAS seakan tidak merasa apa apa bila Anwar Ibrahim berucap dalam gereja Holy Family di Kajang pada 16 Februari 2014.  Ini kerana perlakuan yang sama pernah dibuat oleh Dr Abdul Rani, Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor pada 26 Disember 2013 di Meru. 

Tidak ada seorang pun ahli PAS yang berani mengecam Rani. Malah Rani turut mempertahankan tindakannya itu dengan menganggapnya sebagai bukan satu isu yang besar dari segi agama (baca sini). 

Ini sama sekali bertentangan dengan Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 12 Jun 2007 yang menyatakan perbuatan tersebut adalah ditegah sama sekali. 




Bagi Anwar, ini bukan pertama kali beliau berbuat demikian di negara ini. Di Bagan Serai, Anwar pernah masuk ceramah di kawasan pekarangan gereja pada 25 Ogos 2012. PKR habis habisan mempertahankan tindakan Anwar Ibrahim tersebut (baca sini). 

Apakah selepas ini pemimpin pemimpin dari PAS pula akan masuk ke dalam gereja untuk berceramah di Kajang? Tidak mustahil itu akan berlaku. Inilah "politik tanpa batasan" cara pakatan pembangkang. Sanggup buat apa sahaja untuk kuasa politik. 
 

 

No comments: