Thursday, February 6, 2014

Kadar Tol Untuk Semua Lebuhraya Di Malaysia Tidak Naik




 
PUTRAJAYA 5 Feb. - Kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Beliau berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh Jemaah Menteri selari dengan hasrat kerajaan untuk tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol.


“Ada syarikat konsesi yang telah mengemukakan di bawah Kementerian Kerja Raya untuk menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, (tetapi) kita putuskan tol tidak dinaikkan dan ini selari dengan hasrat kita untuk tidak membebankan pengguna. 


‘‘Walau bagaimanapun, kita perlu menampung jumlah ganti rugi kepada syarikat konsesi terlibat melibatkan kos lebih RM400 juta. Ini tidak bermaksud apabila rakyat tidak bayar tol (atas kenaikan kadar), maknanya itu percuma. 

Kerajaan terpaksa juga membantu dengan membayar ganti rugi yang telah dimeterai," katanya.

No comments: