Tuesday, February 18, 2014

Ikon Ikon Pro PAS Dibenar Masuk Kampus?


Berikut adalah program "Bersama Ikon Jejak Menara" yang dianjur oleh YADIM yang akan bakal diadakan di 13 IPTA bermula 8 Mac hingga 30 Mac 2014. 

Kemungkinan besar YADIM terlepas pandang siapa mereka ini yang sebenarnya. Ramai tidak kenal bahawa Nabil Far East atau Nabil Ahmad sebenarnya adalah anak saudara kepada Haron Din dan merupakan bekas Timbalan Presiden PMRAM, sebuah pertubuhan PAS yang kuat di Mesir. 

Sejak Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pada November 2011 bagi membolehkan pelajar pusat pengajian tinggi menyertai parti politik ianya bukan lagi menjadi kesalahan bagi mana mana pelajar dan orang politik untuk terjun sama ke kampus berpolitik.

Dalam program di atas, bukan sahaja Nabil Far East yang pro kepada PAS tetapi ada beberapa personaliti lain yang mempunyai kecenderungan sokongan yang sama terhadap PAS dan PKR. Gerakan yang dibuat oleh PAS dan PKR ini amat merbahaya sekali tatkala di pihak Barisan Nasional masih lagi dilihat terlalu selesa dengan kampus. 

YADIM yang diketuai oleh Asyraf Wajidi yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak boleh terlepas pandang tentang program di atas ini. Beliau seharusnya pandang serius kesan jangka panjang politik yang akan berlaku jika program dan ikon sebegitu sewenang wenangnya dibiarkan masuk ke kampus menggunakan nama YADIM. 

Jangan salahkan pelajar lagi kalau mereka tidak sokong kerajaan selepas ini, ada sesuatu yang tidak kena yang perlu diperbetulkan dahulu oleh YADIM dan Dr Asyraf Wajidi.

 

1 comment:

Anonymous said...

tahun 2000 mula masuk IPTA, pada minggu haluan siswa, AJK dah pun masuk 'racun' pasal demonstrasi (masa tu tengah kecoh pasal anwar). masa tu kami betul-betul di'tarbiah' sehingga terasa dunia ni mahasiswa yang punya. masa tu juga mahasiswa indon dijadikan idola kononnya mereka sangat berpengaruh. (hakikatnya menyalak masa belajar, habis belajar sume tanam anggur) tapi kerana dangkal dan takut, saya dan beberapa org pro gov buat respon diam berdanding pro pembangkang yang terrorrrrr sangat nak jadi hero.senang cite, mana orang yang rilex and low profile biasanya pro gov, yang sensitif dan mudah menyalak pro pembangkang. bila dah belajar, lecturer pro pembangkang sangat tidak bertanggungjwb dan dan ada seorang tu pakai tudung labuh la konon, tapi kelas selalu ponteng. masa tu tak tahu nak complen kat sape, borang penilaian akhir semester pun lecturer tu tak bagi, kalo bagi memang saya kutuk habis2 lecturere yang tak amanah tu. TUTOR TITAS pulak lagaknya macam profesor, assingment- letak muka depan gambar muka nik aziz dapat markah penuh. bersikap prejudis dan takut pada bayang-bayang sendiri (sebab takut ada mata-mata yang akan report kt pihak atasan). tapi saya sangat respect pelajar cina kerana tidak terpengaruh langsung pada kerja-kerja bodoh tu, mereka fokus pada pelajaran. itulah pengalaman saya di IPTA. lagi satu, saya rindu pada zaman persekolahan kanak-kanak dulu dimana kami diajar mencintai negara, menyanjungi pemimpin, teruja pada setiap kejayaan luar biasa rakyat Malaysia...tapi kini kanak-kanak telah diajar untuk membenci seseorang yang banyak berjasa, fikiran mereka telah disekat untuk berfikir dan membuat pertimbangan sendiri. sedangkan mereka lupa manusia boleh berubah, ideologi sentiasa berubah. kurang mencintai negara (kebangsaan) kononnya bukan islamik kut... 'islam itu universl' katanya, kita takde bumi nak dipijak agaknya... apa pun, saya bersyukur dapat hidup dibumi yang bertuah dan diberkati ini, saya telah pergi ke tempat orang, terasa sangat bertuah menjadi rakyat malaysia...kita mungkin ada kekurangan tapi biarlah kita dengan cara kita...