>

Saturday, February 1, 2014

Chong Wei Bakal Calon MCA Di DUN Kajang? #PRKkajang




KUALA LUMPUR 31 Jan. - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut Chong Wei, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di gelanggang politik.

“Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang desas-desus mengatakan beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut. Apakah ini bermakna Chong Wei setuju untuk bertanding di Kajang?

No comments: