Tuesday, February 18, 2014

Amat Elok Wayta Moorthy Berhenti Jadi Timbalan Menteri





Waytha Moorthy dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 6 Jun 2013. Tidak sampai setahun selepas itu, Waytha letak jawatan. Berdasarkan KPI, Waytha boleh dianggap gagal. Bila seseorang itu diberikan tempat dan kuasa untuk laksanakan tanggungjawab, kita akan akan tahu kebolehan sebenar yang ada pada dirinya.

Semua pihak menyifatkan tindakan Waytha itu tidak akan jejaskan usaha kerajaan untuk terus membantu kaum India (baca sini).  Pelantikan Waytha sebagai Timbalan Menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menjalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu isu berbangkit kaum India. Namun Waytha gagal untuk laksanakan tugas tersebut. 

Waytha gagal mengadaptasi sistem yang ada dalam kerajaan, paling ketara adalah permohonan tidak masuk akal Waytha untuk meminta 50 orang pegawai di pejabatnya dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion. Tuntutan  yang tidak logik, sama seperti tuntutan Hindraf pada kerajaan pada November 2007.

Kerajaan sebenarnya telah  menyalurkan dana hampir RM500 juta untuk membantu orang India. Malah antara 2008 hingga 2011 sahaja menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) kerajaan salurkan bantuan RM34.5 juta.


Secara keseluruhan, sejumlah RM750 juta telah disalurkan kepada kaum India di seluruh negara bagi membantu menyelesaikan isu isu berbangkit tentang kaum India. Sewajarnya Waytha menggunakan kedudukan yang diberikan untuk membantu kaum India, tetapi sebaliknya yang berlaku.  

Beliau memilih jalan keluar dan mahu bercanggah dengan sistem dan perlembagaan yang ada dalam BN. Amat baiknya Waytha keluar dari sistem, sebelum kerosakan lain yang besar dibuat olehnya.

2 comments:

Anonymous said...

Jangan layan si Moorthy ni. Bagi betis nak peha la pulok.

Ada serupa. Tak ada dia lagi bagus.

Anonymous said...

Lebeh baik siMoorthy berhenti.

Pasal2 nak pikul biawak hidup.

Ada menyusahkan. Tak ada lagi bagus.