Tuesday, January 21, 2014

Ultraman Pula Dipersalahkan Punca Anwar Ibrahim Tidak Boleh Masuk Jepun


Ini antara 5 soalan yang ditanya dalam soalan kesepuluh bagi sesiapa yang ingin melawat Jepun menerusi laman web Immigration Bureau, the Ministry of Justice (rujuk sini).  

Menurut Wisma Putra, Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun atas sebab kesalahan jenayah. 

Larangan itu terkandung dalam Seksyen II Artikel 5 Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian negara berkenaan. 

 Habis keluar semua superhero Jepun untuk menafikan dakwaan dan persepsi yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim. Semua superhero ini tidak ada apa apa kaitan dengan UMNO. Mereka hanya mempertahankan negara mereka sahaja.

Artikel 5 akta itu menyatakan individu yang pernah dipenjara untuk tempoh setahun atau lebih di Jepun atau negara lain atas kesalahan selain politik, boleh dilarang daripada memasuki negara berkenaan. 

Sudah jelas mengikut undang undang yang sedia ada di Jepun, Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Jepun. Sejauh mana Anwar Ibrahim mampu spin dan menyalahkan pihak lain dalam hal ini. 

Semakin lama dia spin semakin orang akan kenal perangai dan sikap Anwar Ibrahim yang sebenar. Tidak guna menipu diri sendiri dan menyalahkan orang lain. 

No comments: