Wednesday, January 22, 2014

Ultraman Berjaya Makan Kangkung



Berbagai parodi berlaku pada awal tahun 2014 ini, bermula pada 2 Januari 2014, parodi kepala tersepit di kerusi menjadi viral di WhatApps dan Facebook sepanjang hari berikutan beberapa kejadian murid sekolah darjah satu terkepit kerusi ketika baru memasuki alam persekolahan.

Parodi itu bertahan dua hari sehingga 4 Januari 2014, bila gambar seorang wanita duduk dalam ERL tidak memberi tempat duduk kepada seorang lagi wanita mengandung menjadi topik panas perbincangan di media sosial. Juga selepas itu, meletup di SRJK (Cina) Nan Ya, Johor bila seorang guru mualaf diminta membuka tudung di sekolah.


Namun pada 13 Januari 2014, parodi baru dipetik oleh Malaysiakini mengenai “kangkung” menjadi panas di media sosial. Ucapan Perdana Menteri itu hanya dipetik separuh kemudian ditambah dengan lagu dan muzik untuk menyedapkan propaganda murahan mereka. Tidak cukup dengan itu, banyak poster poster yang menghina orang Melayu dibuat untuk memanaskan lagi isu kangkung. Antaranya adalah menggambarkan seorang wanita Melayu disumbat penuh mulutnya dengan kangkung.


Bukan setakat itu sahaja, perbuatan menghina semakin menjadi jadi bila mereka sanggup buat replika Perdana Menteri dan menyumbatnya dengan kangkung di Alma, Bukit Mertajam pada 17 Januari 2014. ADUN PKR, Lee Khai Loon telah dikritik hebat oleh berbagai pihak, parti politik, NGO dan juga rakan rakan mereka dalam pembangkang sendiri kerana tindakan keterlaluan itu. Malah Lim Kit Siang secara terbuka telah meminta Khai Loon memohon maaf pada 21 Januari 2014.


Kangkung yang disangka boleh dijadikan bahan parodi politik hanya bertahan selama 4 hari sahaja. Biarpun mendapat liputan dalam BBC, namun parodi kangkung itu ditamatkan dengan penghinaan yang tidak boleh diterima oleh semua pihak. Dengan tidak disangka sangka, tiba tiba datang Ultraman untuk memakan kangkung pada malam 19 Januari 2014. Hanya parodi ini sahaja tidak berani dilaporkan oleh Malaysiakini.


Semuanya kerana gelagat seorang ahli parlimen yang enggan memohon visa bila hendak memasuki Jepun. Sudah jelas tertulis dalam undang undang negara dalam Seksyen II Artikel 5 Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian negara Jepun tentang peraturan bagi mereka yang pernah dilibatkan dengan kesalahan jenayah. Sehingga hari ini, sudah 4 hari Ultraman bertahan memakan parodi kangkung.


Berbagai watak keluar daripada negara matahari terbit itu untuk mempertahankan Jepun termasuklah Doremon, Detektif Conan, Ultraman, Naruto, Gaban dan Ksatria Baja Hitam termasuklah Tomoko Nagai, jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia yang menjelaskan cerita sebenar kenapa Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun. 

Hanya watak Giant sahaja yang dilihat pro kepada Anwar Ibrahim. Watak Giant itu disamakan dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK yang bertindak nakal membuat demonstrasi membakar dan memijak bendera Jepun pada jam 11.00 pagi, 21 Januari 2014.


Shamsul Iskandar dikecam hebat bila membuat tindakan propaganda tidak waras tersebut. Berbeza dengan isu kangkung, kisah Ultraman ini melibatkan hubungan diplomasi antara dua negara dan turut dilaporkan di akhbar akhbar Jepun dan rantau Asia Pasifik. Majalah popular iaitu 9Gag.com dan Utaka, pelakon popular Jepun turut mengecam Anwar Ibrahim dalam media sosial. 

Kangkung penuh dengan penghinaan tetapi cerita Ultraman lebih bersifat hubungan sesama negara. Sehingga hari keempat, parodi Ultraman ini sudah memakan parodi kangkung untuk tahun 2014 ini. Apa lagi yang akan datang selepas ini. Apa yang pasti, tahun 2014 ini penuh dengan parodi lawak politik.

No comments: