Tuesday, January 7, 2014

Tweet Former Prime Minister : PEMANDU Patut Pecat Konsultan Terbabit

Semalam (6 Januari 2014), satu kesilapan besar telah dibuat di tweethandle @etp_roadmap iaitu dengan menulis Dato Seri Najib Razak sebagai "Former Prime Minister" pada jam 1.00 petang. 

Kesilapan yang amat memalukan bagi sebuah agensi (PEMANDU) yang cukup diharapkan untuk membawa harapan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia ke arah transformasi yang lebih baik dalam perlaksanaan dasar dasar kerajaan. 



Apabila disemak, tweet tersebut dikenalpasti dilakukan oleh sebuah syarikat konsultan yang dilantik oleh PEMANDU. Konsultan tersebut adalah Edelman yang beribu pejabat di Suite 23.02, Level 23 Menara IGB, Mid Valley City. 

Entah mengapa tweet yang punyai 140 aksara itu boleh terlepas dari perhatian sebuah syarikat yang multinasional yang punyai 67 pejabat, 4,800 pekerja di seluruh dunia. Amat meragukan. Apa sebenarnya yang bermain di fikiran petugas yang dipertanggungjawabkan menjaga tweethandle @etp_roadmap? Tweet dalam keadaan mamai?

Apakah dia berfikiran Anwar Ibrahim sudah mengangkat sumpah selepas malam Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka? Apakah dia copy paste former prime minister daripada tweet yang lain? 

Jika copy paste sekalipun, ayat "Former Prime Minister Najib Razak" itu cukup ketara sekali kerana berada pada awal tulisan tweet. Apakah konsultan itu yang dibayar secara profesional melakukan tweet sambil lewa ketika sedang makan tengahari?


Jika konsultan Eldelman yang dilantik menjaga twitter pun silap, apakah ianya juga terlepas daripada pandangan Saffura Chinniah, Pengarah Komunikasi di PEMANDU? Saffura Chinniah sewajarnya menyemak dan meluluskan setiap tweet tersebut sebelum ianya dipaparkan kepada rakyat.

Tidak susah untuk menyemak dan menyunting tulisan yang sepatutnya disiarkan di Twitter. Aksaranya cuma 140 sahaja, berbanding kerja editor di akhbar yang terpaksa menyunting dan menyemak ejaan yang lebih banyak untuk sesuatu artikel atau berita. Amat lemah dan memalukan sekali, konsultan pun gagal mengesan kesalahan yang sebegitu besar tersebut.

Apakah kesalahan ini boleh dianggap sebagai satu sabotaj pada Perdana Menteri?

 Saffura Chinniah

Nampaknya, ada transfromasi yang benar benar perlu dilakukan di PEMANDU untuk memastikan tiada kejadian "sabotaj" ini berlaku di masa hadapan. 

Berdepan dengan penggal yang amat mencabar sebelum menghadapi PRU14, agensi seperti PEMANDU yang diberi harapan tinggi untuk melaksanakan perubahan perlu mengambil serius kesalahan yang sudah dilakukan oleh konsultan Eldelman ini. 

Satu sahaja cadangan untuk PEMANDU, pecat sahaja konsultan tersebut.
 

No comments: