Thursday, January 9, 2014

Tukar Tulisan Jawi Di Papan Tanda Sekolah, Apa Pendirian Ketua Menteri Pulau Pinang?






 Sudah 10 tahun papan tanda tersebut berada di sekolah. Saranan daripada seorang rahib (dari luar sekolah) itu adalah satu tindakan yang boleh dianggap keterlaluan dan tidak menghormati tulisan jawi. Mengapa sekarang baru hendak gesaan buang tulisan jawi? 


Apakah ada motif lain? Ketegasan pengetua sekolah dalam menangani isu ini wajar dicontohi. Sekolah itu majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam, jangan diikut tuntutan yang berlebihan dan melampau. Pengetua dan Pengarah Pendidikan sudah respon, apa pula respon dari Ketua Menteri Pulau Pinang tentang isu ini?





Tuntutan ini mengingatkan kembali satu tindakan yang pernah dibuat oleh seorang ahli parlimen DAP terhadap tulisan jawi (baca sini).  Isu papan tanda bukan perkara baru di Pulau Pinang. 

Sejak DAP berkuasa di Pulau Pinang boleh pula diadakan tanda berbahasa Cina di Pulau Pinang sejak 24 Oktober 2008 lagi. Kini papan tanda sekolah yang bertulisan jawi pula diminta ubah. Apa sebenarnya tujuan gesaan ini?


No comments: