Sunday, January 12, 2014

Selamatkah Aplikasi Telegram Digunakan Berbanding Whatapps?

Persoalan yang ditimbulkan dalam Whatapps:

Ambik dr group lain...
maaf semua...adalah dinasihatkan supaya UNINSTALL apps TELEGRAM yang di beritau semalam..sebabnya apps tu ada FULL ACCESS ker phone kita ...reason nya bimbang kalau kalau kita ada buat ONLINE BANKING...apps tu boleh access kita punya SMS data....harap bertindak segera...

sebab nya..TAC yg kita dapat thru SMS...apps TELEGRAM ni boleh access...so UNINSTALL jer la apps ni.
Betul ker cuba tolong semak .... Pada yg pakar .......

Kalo tak betul aku nak install ....
aku dah google sebelum ni, kalau ikut security review memang ada risiko utk sapa guna internet transaction guna TAC sebab possible dia boleh read sms even dia claim even admin tak leh baca sebbab semua msg encryted with their own MTProto protocol.

mamat yang buat ni asal russia , feature lain memang better than whatsapp. kalau tk ada keperluan takat ni aku rasa tak yah pakai.

Jawapan terhadap persoalan terbabit:

Sudah ada komen drpd facebooker bernama Mohamed Sulaiman.. saya tak pasti dia ni pakar IT atau bukan..

semua aplikasi yang dibangunkan perlu mematuhi spesifikasi API (Application Programming Interface) sistem operasi melalui SDK (software development kit) yang diterbitkan secara rasmi. Saya tidak setuju dengan kenyataan Telegram ini ada FULL ACCESS phone kita termasuk membaca maklumat ONLINE BANKING.

Jika sesiapa boleh membuktikan kenyataan ini secara fakta, boleh saman syarikat di mahkamah atas Personal Data Privacy Act.

- Setiap sistem operasi pula mempunyai kawalan berlainan, contohnya Telegram versi Android mempunyai lebih akses berbanding iOS atas tujuan kemudahan pengguna, seperti membaca SMS kita sewaktu menerima kod pengaktifan. iOS pula tidak benarkan kaedah automasi berkenaan.

- Isunya mengapa kita takut dengan Telegram sahaja, malah semua aplikasi messaging lain sama seperti Whatsapp, Skype, LINE, Viber, dan sebagainya; semuanya mempunyai ciri untuk akses data dalam storan, contact, SMS dan lokasi kita, atas tujuan pengoperasian sistem berkenaan.

- Malah Telegram mempunyai fungsi Secure Chat yang membolehkan encrypted communication.

- Secara ringkas, kita boleh rujuk http://mobile.theverge.com/2013/7/17/4517480/nsa-spying-prism-surveillance-cheat-sheet | artikel ini menunjukkan betapa tidak selamat data kita.

Jika hendak betul-betul (paranoid) terlindung jangan guna kemudahan komunikasi elektronik.

3 comments:

Aidil said...

ya betul. kalau takut tak yah guna. tp setakat ni telegram nampak lebih laju dan ringan berbanding whatsapp. -blog -

shaharul said...

Betul..stkt ni telegram lbih baik..bleh attach dokumen..whatsapp x bleh buat der..soal kselamatan data privasi, kne rujuk pd yg lbh pakar..

shaharul said...

Betul..stkt ni telegram lbih baik..bleh attach dokumen..whatsapp x bleh buat der..soal kselamatan data privasi, kne rujuk pd yg lbh pakar..