>

Thursday, January 23, 2014

Pensyarah Jepun Di Malaysia Kecewa Bendera Negaranya Dibakar & Dipijak

Seorang pensyarah warganegara Jepun, Jun Ishimatsu yang mengajar di Malaysia meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang bertindak membakar bendera negaranya.

Menurut seorang pelajar kepada pensyarah berkenaan, tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang membakar bendera Negara Jepun itu ialah sesuatu tindakan yang melampaui batas. 
Bagi dirinya, tujuan penunjuk perasaan berkenaan yang baran kerana seorang pemimpin pembangkang tidak dapat memasuki negara Jepun dilihat bukan masalah di antara dua buah negara, tetapi ia lebih kepada permasalahan peribadi. 

Tambahannya lagi, Pensyarah Jepun itu merupakan seorang pensyarah bahasa Jepun yang amat menyukai negara Malaysia, malah beliau juga fasih dalam bertutur Bahasa Melayu.


No comments: