>

Wednesday, January 29, 2014

Pemimpin PAS Tidak Setuju Anwar Ibrahim Jadi MB Selangor



“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN” - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan.

“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman

“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP. Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat” - Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin PAS setuju atau tidak , itu tidak penting . Yang pernting sekali , Sultan Selangor kena perkenan dengan pemilihan Menteri Besar . Kalau Sultan Selangor tidak setuju dengan calon Menteri Besar yang baru , maka tiada siapa yang boleh buat apa apa . Kalau Sultan Selangor kata ' Beta mahu Khalid Ibrahim terus menjadi Menteri Besar ' , Maka tiada siapa yang boleh membantah . Ada faham ka ?

.