Monday, January 6, 2014

Peguam : Tindakan JAIS Adalah Tepat Berlandaskan Undang Undang & Titah Sultan

SHAH ALAM 3 Jan. - Cadangan tiga wakil rakyat dari DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda bagi memastikan hak orang bukan Islam dibela dianggap keterlaluan kerana seolah-olah sengaja mahu mengeruhkan keadaan.

Peguam jenayah kanan, Ranjit Singh Dhillon berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta bahasa Iban seharusnya tidak dipertikaikan kerana merupakan tanggungjawab agensi itu dalam melindungi kesucian Islam.

Menurutnya, tindakan JAIS tersebut dilihat tidak sama sekali mengganggu hak orang bukan Islam dan tidak menyalahi undang-undang kerana dilaksanakan untuk memelihara Islam sebagai agama Persekutuan.

"Sebagai orang yang bermastautin di Selangor, tidakkah mereka (tiga wakil rakyat DAP terbabit) ada tanggungjawab untuk akur dan mematuhi titah Sultan Selangor?

"Walaupun seseorang sultan tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pentadbiran kerajaan negeri namun dalam hal ehwal agama Islam, sultan secara langsung mempunyai kuasa mutlak untuk memelihara kesucian Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin; ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San seperti dilaporkan sebuah portal berita supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Cadangan tersebut dibuat susulan tindakan JAIS merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya semalam.

Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis terbabit, Sinclair Wong.

Ranjit yang juga seorang pemerhati politik memberitahu, cadangan tersebut juga dipercayai cubaan pihak tertentu untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Mengulas lanjut beliau menjelaskan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mempertahankan tindakan JAIS itu.

"Politik, agama dan bangsa adalah entiti yang berlainan. Demi kelangsungan karier politik, diharapkan dia (Abdul Khalid) tidak mencabar titah sultan," ujarnya.

7 comments:

Tadika Photoshop WKK said...

orang Islam dah macam hilang kuasa dekat Selangor.

Anonymous said...

Cincin emas d jari rantai emas d tangan masih mnyokong integriti ISLAM tp anak si RAWA mmkai serban berjubah putih bersih msih mnuduh JAIS brat sebelah...pkir2 kn lah whai org ISLAM..

Anonymous said...

semoga Allah memberi hidayah kepada si benggali ni.....
semoga Allah melaknat dunia akhirat semua org islam yg berkerjasama dgn kafir harbi DAPigs & PKR utk menjatuhkan Islam, senyap sunyi, tunduk dan patuh kepada arahan kafir harbi dan begitu garang kepada saudara se agama yg menentang mereka di selangor ini......

Anonymous said...

Bila hidup dengan kepura-puraan ini lah jadinya....PAS tidak selamanya boleh berpura-pura.

Anonymous said...

sedih melihat kebodohan PAS yg sanggup menjadi anjing kurap kpd puak2 kafir dan munafik yg ada dalam pakatanharamjadah tu...

Anonymous said...

Juak PAS cuma kemaruk undi kafirin laknat dan walaq', tunduk, rukuk, dan sujud pad DApigs jer..mane adae telor nak melawan DApigs... sesama MElayu Islam berani la juak2 PAS ni melalak..dgn kafirin..kecut telorrrrr...hilang...termasuk ke dalam..... puiii

Anonymous said...

ini semua berkat tarbiah pas kepada dap.. sbb tu dap sekarang berlumba2 pertikaikan agama islam.. dan pas tetap menyokong apa saja tindakan dap walaupun agama, akidah dan kalimah Allah jadi galang gantinya..
dalam pas, agama islam boleh dihina, dicaci, dijual sbb kononnya islam benarkan itu semuanya..
hasilnya tiada seorang kafir dap yang telah diislamkan oleh pas tapi serangan dari kafir dap keatas islam semakin menjadi2 atas restu pas..