>

Tuesday, January 28, 2014

PAS Akan Bertanding Di DUN Kajang Untuk Mengisi Jawatan MB Selangor


Syarat utama menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 ialah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.   

Turut menarik perhatian ialah Artikel 51 (1A) yang menyebut Sultan Selangor juga berhak memilih seorang Timbalan Menteri Besar Selangor.

PRU13 menghasilkan keputusan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala PKR memperoleh 14 kerusi (sekarang 13 kerusi) daripada 56 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi.

Semua pihak sibuk menyoal tentang ADUN Kajang bakal bertanding adalah pengganti Khalid Ibrahim di kerusi MB. Namun di pihak PAS, mereka layak meminta jawatan Timbalan Menteri Besar kerana kedudukan kerusi mereka lebih banyak berbanding PKR. Apakah PAS akan diberikan peluang untuk bertanding di DUN Kajang? 

Beberapa situasi boleh berlaku di DUN Kajang :

1) Jika PAS bertanding, bermakna PAS akan jadi majoriti dan layak mendapat tempat sebagai MB Selangor.

2) Jika PKR bertanding lagi, maka sudah tentu kedudukan Khalid tidak selamat. Bakal MB akan digantikan dari PKR.

3) Atau mungkin calon Melayu akan diberikan peluang bertanding atas tiket DAP untuk menjadi MB Selangor?

2 comments:

Anonymous said...

utk menjawab persoalan tersebut, Adun Kajang tk perlu dikosongkan pun, cuma buat konsensus dikalangan komponen PR utk lantik pengganti kalid dr wakil Pas sedia ada.

Anonymous said...

Ni peluang nak buat coup nafikan Nuar dari jadi mb sgor. Apa kata umno buat ops sokong adun pas jadi mb sgor, biar terlopong puak cina dap dan pkr hahaha...