Thursday, January 16, 2014

Komunis, Kangkung, Khayal & Kuasa




Risalah ketika zaman darurat

Dunia sudah berada di penghujung usia. Tahun 2014, Malaysia akan baru merdeka 57 tahun pada 31 Ogos 2014 nanti. Baru 57 tahun !!! Pemerintahan negara ini ditadbir secara mutlak oleh orang Melayu selepas sekian lama di bawah pengaruh asing.  

Harus diingat juga pada yang sudah lupa bahawa sepanjang 57 tahun itu, selama 12 tahun Malaysia berada di bawah zaman darurat akibat ancaman komunis. Bermakna baki 45 tahun sejak 1960 hingga 2013 adalah bukan zaman darurat. 

Pun begitu, komunis masih lagi berperang secara gerila sehinggalah meletak senjata pada 1989. Antara 1989 sehingga sekarang 2014, baru 25 tahun. Kalau bercerita pada budak muda dan mentah, mereka akan cakap ini cerita yang membosankan. Kalau sejarah dianggap bosan, mereka sendiri pun mungkin akan lahir dalam keadaan yang masih tidak tenteram sekarang ini. Kelalaian dan terlalu "kekenyangan" membuat mereka buta pada sejarah bangsa.

Orang yang tidak pernah susah dan sakit sukar memahami apa erti dan rasa sakit. Kecuali bila "ditampar" barulah sedar agaknya rasa sakit itu macam mana rupanya.

Sebab tidak mengambil tahu sejarah bangsa dan kesusahan orang terdahulu mencari damai dan maksud aman, maka ramai pada hari ini meremeh remehkan soal kestabilan dan keamanan. Mereka sanjung komunis umpama hero. Mereka lupa sejarah. Apa boleh buat, di Malaysia ini sudah menjadi satu kebiasaan orang malas membaca dengan habis. 



Apa yang mereka baca adalah apa yang mereka hendak tahu sahaja. Berguru hanya dengan buku tanpa dibimbing oleh guru sebenar. Kesimpulan ilmu dibuat ikut kepandaian otak sendiri. Akibat itulah, lahirlah ramai "loyar buruk" hari ini mengulas isu politik dan lain lain lagi dalam keseronokan idea dan hujahnya sendiri. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Khairy Jamaluddin sebagai syok sendiri!!!

Oleh sebab itu, jangan terkejut bila ada yang terlupa tentang bantuan RM96 juta yang sudah diberikan dalam satu majlis bantuan banjir hanya dengan satu ayat iaitu "kangkung". 

Cuba tanya pada mangsa mangsa banjir, apa perasaan mereka selepas diberi bantuan sebegitu ? Apakah mereka akan sebut " Apa aku dapat? kita orang dapat kangkung jer lah, apalah sangat yang ada dengan kangkung ini..." Hendak cari seorang yang bercakap begitu pun susah. Mengapa? 

Ini kerana mereka merasai sendiri pengalaman susah dan peritnya menjadi mangsa banjir. Mereka lihat sendiri siapa yang datang menolong dan membantu mereka sewaktu banjir. Mereka nampak dengan mata mereka sendiri siapa yang mengambil berat hal mereka selepas banjir pulih. Mereka hadir dan tengok sendiri siapa yang datang meringankan beban mangsa banjir.  


Anwar ada bergambar sewaktu banjir. Tetapi bergambar di Georgetown University, US.


Ada nampak gambar Anwar Ibrahim datang dan bantu mangsa banjir? Walaupun sekeping, ada nampak dan kelihatan? Ada nampak Menteri Besar paling kaya di Malaysia datang memberikan bantuan banjir di sana ? Ada nampak Ketua Menteri paling berjimat cermat datang dan melawat mangsa banjir di sana ? Jawapnya tiada. Sewaktu bantahan Lynas mereka sanggup datang untuk kepentingan politik. Mengapa sewaktu banjir tiada?

Bila tiada, apa lagi yang mereka boleh buat untuk mengkhayalkan rakyat agar jangan ingat dan hargai apa yang telah pemimpin bantu rakyat. Terpaksalah dikerahkan seluruh jentera media propaganda untuk mencari setitik tanda hitam di tengah tengah kertas putih itu bagi dijadikan peluru buat melupakan kisah bantuan banjir yang lebih besar. Dapatlah sepatah ayat iaitu "kangkung". Dipusing pusingnya kangkung itu sampai lumat dan lunyai.

Siapa yang buat remix lagu kangkung? Siapa yang menghina pemimpin Melayu dengan menyumbat kangkung di mulut di Pulau Pinang ? Siapa? Itu satu penghinaan jelas terhadap pemimpin Melayu. Buat orang Islam, sudah jelas tertulis dalam Al Quran untuk kita tolong menolong sesama Islam. 

“Bertolong-tolonglah kamu atas kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan atas perkara dosa dan permusuhan”. (al-Maidah 5: 2)

Apakah menyebut harga kangkung turun dan naik itu sudah dianggap sebagai sesuatu yang kufur hingga menjadi halal untuk tidak taat pada pemimpin? Lihat apa yang telah disebut dalam hadis tentang ketaatan pada pemimpin :

Al-Karmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekufuran yang nyata. Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)


Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:

“Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahawa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya: Bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sedekah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? 

Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Al-Jamaah, al-Jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar firman Allah: Dan berpeganglah kamu semua kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Tafsir Ibnu Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. Lihat: Ad-Darrul Mansur 2/285-286. Cetakan Darul Fikr.)

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka”. (Ali Imran 3: 105)

 “Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin (pemerintah) antara kamu”. (an-Nisaa 4: 59)

Berkata Abdus Salam bin Bajras bin Hashir Ali Abdul Karim:

“Antara perintah Allah SWT dalam ayat ini ialah mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala mensetarakan ketaatan kepada pemimpin dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini semuanya menunjukkan betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya”. (Mu’amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was-Sunnah. Hlm. 50)

 Sabda Nabi Muhammad SAW tentang ketaatan pada pemerintah

Sudah jelas bagi umat Islam tentang hukum dan kewajipan mentaati pemimpin di sesebuah negara Islam. Usah terperangkap dengan mainan jahat pihak pihak lain yang mahu menenggelamkan isu yang lebih besar iaitu "kalimah Allah" dan cuba menutupnya dengan sayur kangkung. Cuba menyepikan sambutan Maulidur Rasul dengan melekakan umat Islam dengan cerita kangkung.  

Ini dakyah halus yang gagal dibuat oleh komunis dahulu. Komunis dahulu mahu rampas kuasa dengan balistik sahaja. Mereka tabur risalah untuk tawan minda. Hari ini minda ditawan menerusi risalah WhatApps dan Facebook, lebih cepat dan pantas. Ini yang membahayakan. Ramai yang terus forward sesuatu mesej tanpa menyemak dan berfikir dahulu kesahihan sesuatu berita.

Pihak yang mahu merampas kuasa kini sedang menggunakan peluru minda untuk melupakan umat Islam tentang kewajipan sebenar mereka terhadap pemimpin dan negara. Diajar pula biadap dan tidak berterima kasih pada pemimpin.

Al Quran, hadis dan ijtimak ulama diketepikan dengan pandangan pandangan lojik akal berasaskan hak asasi dan liberal. Ini serangan dan ajaran yang merbahaya. Kangkung itu sebahagian daripada permainan (tools) licik untuk lalaikan umat Islam. Berhati hatilah kita. Mahukah kuasa Melayu  ini ditukar semula ke tangan asing selepas PRU14?

No comments: