>

Monday, January 27, 2014

Kenyataan Rasmi Kementerian Pendidikan Berhubung Isu Guru Arah Murid Makan Rumput



2 comments:

nasirwise said...

PELAJAR MELAYU WAJIB RAJIN + BERSAING APABILA BERSEKOLAH DI SJKC.

Negara dihebohkan dengan kejadian murid Melayu sekolah SJKC di Sungkai, Perak di `disiplin’kan dengan bahasa kasar dan perlakuan LEMBU termasuk makan rumput oleh guru Bahasa Inggeris.

Pada penulis cerita ini terlalu di sensasikan sangat sehingga 1 minggu di beritakan. Guru Inggeris salah dari segi cara mendislipinkan anak muridnya. Anak muridnya pulak pun bersalah kerana tidak menyiapkan kerja rumahnya. Ibubapa menggunakan media untuk menghukum guru tersebut dan mendidik guru lain di Malaysia.

Berdasarkan pengalaman 3 orang anak penulis bersekolah di SJKC, ibubapa kena faham dengan `double workload’ nya jika berada di SJKC. Kalau tidak berduit atau ada masa lapang kerana tugas kerja jangan hantar anak ke SJKC.

Anak Melayu kena ke kelas tuisyen selepas sekolah setiap hari dari jam 2 hingga 5 petang untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Hampir semua matapelajarannya di dalam bahasa Cina. Balik sekolah mungkin naik van jika ibubapa bekerja. Kos pengangkutan RM50 sebulan. Yuran tuisyen satu mata pelajaran ialah RM40 satu subjek dan dengan anak murid mengambil 5 subjek bermakna ibubapa kena mengeluarkan kos kelas tambahan RM200 sebulan. Buku latihan terlalu banyak dan ibubapa kena beli.

Murid Melayu biasanya tidak membeli makanan di kantin kerana lazimnya makanan tidak halal. Murid Tahun 1,2 dan 3 mungkin makan di rumah atau pusat tuisyen, tetapi murid Tahun 4,5 dan 6, pelajar akan ada kelas tambahan hingga 4 petang. Maknanya ibubapa kena hantar makanan tengahari. Ibubapa yang bekerja mungkin sukar menghantar bekalan makanan. Seperkara lagi setiap Sabtu, lazimnya pelajar ada aktiviti. Anak penulis menghadiri kelas tae kwan do. Ada kelas wushu dan sukan lain.

Wahai kaum ku. Jangan hantar anak ke SJKC hanya seperti kelas bahasa Cina. Hanya untuk belajar cakap melalui pergaulan. Mesti berusaha pandai berbahasa Cina, anak kita kena pandai Matematk. Sifar kena lancar. Pemahaman dan penulisan kena kuat di awal peringkat persekolahan. Anak perlu masuk tadika aliran Cina seawal awal usianya supaya anak tersebut lebih bersedia.

Sebenarnya penulis tidak boleh memberikan komen lanjut kerana maklumat mengenai murid dan guru Inggeris yang terbatas. Penulis tidak pasti dengan umur murid Melayu tersebut, berada di Tahun 6?, tren dan prestasi pelajarannya sepanjang bersekolah di SJKC (kerana persekolahan baru bermula dan wajar melihat tren tahun tahun sebelumnya), kekerapan tidak membuat kerja rumah (jika tidak faham kerja rumah, murid kena minta bantuan guru atau guru tuisyen) dan banyak persoalan lain.

Begitu juga guru Inggeris tersebut. Adakah beliau memang suka mendera? Adakah beliau bersikap perkauman, status perkahwinan dan mental, ada kes `mendisiplin liar’ di masa lampau, pengalaman mengajar? Dan banyak lagi.

Kesimpulannya, kedua dua pihak akan rugi. Guru akan (sudah ditukar) ditukar mengajar di sekolah lain. Guru ini akan hilang motivasi mengajar sepenuh hati lebih lebih lagi murid Melayu. Murid ini juga tidak sesuai berada di SJKC yang sama kerana mungkin ada tindak balas dari guru lain. Guru mungkin tidak akan marah jika murid ini tidak membuat kerja. Lantak le.. Guru sekolah baru pun akan bersikap hati hati dengan murid ini. Kaki komplen ataupun kaki malas. SJKC Sungkai dapat publisiti, begitu juga bapa saudaranya yang pandai bercakap. Umum dapat mengetahui kedua dua ibu murid. Bapa bapa murid tidak kelihatan.

Anonymous said...

Guru itu amat memerlukan pernilaian saikitari. Dr pakar sakit jiwa harus memeriksa kesihatan mental guru itu. Jangan nanti di bunuh murid sekolah pula dengan suruh minum racun kerana tidak buat kerja sekolah. Bukan mustahil perkara itu terjadi. Sebagai langkah pencegahan kementerian pelajaran harus arahkan kesihatan mental guru itu di nilai pakar.