Wednesday, January 8, 2014

Exco Agama Selangor Pertahankan Tindakan JAIS Rampas Bible





 Apakah Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar akan berkata kenyataan yang dibuat oleh Exco Agama Islam Selangor ini sebagai satu tindakan gopoh? 

Nampaknya  Sallehen Mukhyi telah bertindak atas laporan orang ramai dan berlandaskan SOP yang sudah ada dalam undang undang. Apakah ini akan turut dipertikaikan oleh DAP?

Petikan berikut adalah dari Utusan Malaysia: 

"SHAH ALAM 7 Jan. - Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 351 naskhah bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah pada Khamis lalu disahkan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi yang mempertahankan serbuan itu berkata, JAIS selaku badan yang menguatkuasakan perundangan Islam di negeri ini berhak bertindak berdasarkan enakmen sedia ada.

"JAIS sebagai badan berkuasa bagi pihak kerajaan negeri bertindak berdasarkan enakmen yang ada kepada kerajaan negeri.

"Sehubungan itu, tindakan JAIS itu betul serta mengikut SOP yang ada sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew di pejabatnya di sini hari ini. 

Tindakan JAIS itu dikritik pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam yang sebelum ini dilaporkan menyifatkan serbuan tersebut menyalahi undang-undang.

Mengulas lanjut, Sallehen memberitahu, serbuan berkenaan dibuat selepas JAIS menerima aduan daripada orang ramai.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa JAIS tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri sebelum membuat serbuan ke atas premis Persatuan Bible Malaysia.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri akan mengkaji semula SOP membabitkan JAIS.
Ditanya mengenai pertemuannya dengan Andrew, beliau berkata, mereka hanya berbincang mengenai usaha mewujudkan keharmonian di antara agama. 

"Kita (kerajaan negeri) tidak buat apa-apa keputusan kecuali menegaskan titah Sultan Selangor sebelum ini (semua kaum tidak mengira agama supaya patuh serta akur dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam)," ujarnya.

Berhubung cadangan tiga wakil rakyat DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda, Sallehen menganggapnya sebagai pandangan peribadi mereka."

1 comment:

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. KEBERANIAN JAIS! Tapi hari ni dilapurkan di berita, kononnya k'jaan negeri nak kaji semula SOP membabitkan JAIS - apakah ini GERTAKAN pd. JAIS dan mana-mana jtn. agama ISLAM, yg. mereka harus TUNDUK pd. k'jaan negeri PEMBANGKANG tentang hal-ehwal Islam/umatnya di masa hadapan, sedgkan Islam agama persekutuan dan Tanah Melayu kita ni NEGARA ISLAM?! Inilah akibat kita terlalu bagi NAIK MUKA bangsa PENDATANG KAFIR MUSUH ISLAM, yg. makin KURANG AJAR kat Tanah Melayu PUSAKA nenek/moyang kita ni!

Tapi kat Barat, si pendatang KAPIR HARBI ni, tahu pula jadi PENGECUT: tak pula nak paksa kaum Kristian bangsa Barat guna KALIMAH ALLAH utk nama Jesus, tuhan triniti si Kristian, termasuk dlm. injil-injil Barat!

Makcik Sambal Belacan.