>

Thursday, January 23, 2014

Dato Seri @Zahid_Hamidi Kena Tangkap Profesor Kangkung PKR Ini


Kenyataan Aziz Bari ini nampaknya sudah melampaui batas. (baca sini) Mengapa perlu menghasut rakyat agar tidak mentaati Titah Yang Dipertuan Agong mengenai isu kalimah Allah? 

Hanya kerana mahu membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah maka Aziz Bari sanggup hasut rakyat dan umat Islam agar menafikan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negara ini. 

Aziz Bari layak dianggap profesor kangkung kerana sebagai orang menulis buku tentang undang undang beliau sememangnya sudah tahu apa yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan. Semata mata kerana politik, dia butakan mata untuk menidakkan kuasa Yang Dipertuan Agong seperti mana yang tertulis dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri di antara kalangan kalian”.

(Surah An Nisaa’ [4]: 59)


Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Dalam konteks ini, ramai orang politik dari PAS dan PKR sudah tidak mahu merujuk kembali kepada Al Quran bila berselisih tentang sesuatu perkara. Logik akal lebih banyak digunakan untuk merosakkan pemikiran umat Islam.
 

 Sudah jelas, agenda tersusun portal Malaysian Insider ini untuk hasut rakyat agar tidak patuh pada Titah Yang Dipertuan Agong.

Malaysian Insider nampaknya sudah mula mempromosi secara kuat isu kalimah Allah SWT ini. Nampaknya portal itu benar benar berpihak kepada agenda tersembunyi untuk rosakkan umat Islam. 

Menteri Dalam Negeri perlu berbuat sesuatu ke atas portal sebegini. Tidak boleh dibiarkan sewenang wenangnya menyesatkan umat Islam di negara ini dengan sesuka hati mereka.  Apakah mereka sedang menyusun gerakan yang lebih besar untuk hancurkan institusi raja dan agama di negara ini?
 

2 comments:

Anonymous said...

Ni bukn prof kangkung...tp prof kongkang a.k.a prof tahap longkang.... Rosak bdk2 dia ajar ni..prof rosak otak...

HassanNik said...

Aziz Bari Tidak Boleh Dibiarkan Dengan Sewenang-Wenangnya Membuat Kenyataan Yang Provokatif Sebegini Dan Turut Bersekongkol dengan puak-puak Tuh Yang telah Sekian Lama Hendak Mengambilalih Tampok Pemerintahan Dan Pentadbiran NegaraKu Dengan Menyusun Gerakan Yang Lebih Besar Untuk Menghancurkan Institusi Raja Dan Agama Di Malaysia Bumi Bertuah Ini!