>

Tuesday, January 14, 2014

Cerita Kangkung, Kertas Putih & Titik Hitam




 Dalam sebuah kampung, tinggalah seorang ayah dan anak perempuan bernama Anjana. Akibat selalu dimanjakan daripada kecil maka anak perempuan ini merasa apa sahaja yang dia mahu pasti dia akan dapat. Dia sentiasa perasan dirinya persis Neelofa.

Bila besar, dan masuk di sebuah kolej swasta, Anjana selalu menyalahi kawan kawannya yang lain. Semuanya tidak kena pada pandangan gadis berusia 19 tahun itu. Dia sahaja yang cantik, orang lain semua buruk dan hodoh. Ada sahaja kesalahan yang dicari untuk "menyakat" kawan kawannya yang lain. 

Ada suatu ketika, Anjana merendah rendahkan kebolehan seorang senior di kolejnya kerana seniornya itu bergigi "jongang". Dia terus menggelarkan seniornya itu sebagai "minah jongang" hingga menjadi trending di kolej dan penuh timeline twitter senior itu dipenuhi dengan #jongang

Satu hari Anjana berjalan jalan di kaki lima kolej dengan tumit tingginya yang berwarna merah. Tup tup, Anjana terpijak chewing gum buangan, dan terus terperosok jatuh dalam longkang.  Habis basah terkena air "acar longkang" yang busuk umpama najis dot dot. Sekuat hati Anjana menjerit "Hoi !!!! celake mane yang makan chewing gum ini.... haram xyz@%#dah betui !!!!" 

Begitulah jeritan Anjana, hingga kuatnya mengalahkan loceng jam sekolah. Kemudian, sambil menghentak hentak kakinya yang penuh berselut hanyir air longkang, Anjana mengadu pada pensyarah di situ "Encik lain kali pastikan dalam peraturan kat kolej ni jangan ada orang makan chewing gum. 

Kalau tidak ada chewing gum... saya tak akan jatuh dalam longkang tadi. Ini semua salah peraturan kolej ini. Peraturan korup dan tidak adil!!!" luahnya sambil membuat muka macam tidak boleh blah.  

Mulut muncung sepanjang hari ala ala duck face. Walaupun diam, tetapi Encik Mus, pensyarah muda kolej itu mengetap kuat kuat bibirnya sambil tangannya menggengam kemas sebuah kerusi kayu. Berdengus nafasnya sambil perlahan lahan membisik ke telinga sendiri "Budak ni kang aku sepit kat kerusi ni baru tau langit ni tinggi atau rendah". 

Tiba tiba ribut datang. Encik Mus pun menjerit kuat ke arah Anjana bila gadis itu berlalu jauh darinya "Hoi !!! kau balik kampung makan kangkung lah...orang otak kangkung tak layak masuk kolej ni!!!!" laung Encik Mus melepaskan marahnya.  "Ishk apahal lak otak kangkung pulak...." tertanya tanya Anjana sambil beredar ke biliknya. 

Beberapa hari kemudian, Anjana telefon ayahnya dan menyatakan ingin pulang ke kampungnya di Kedah. Sepanjang perjalanan dalam bas dari Pudu ke Alor Setar, Anjana asyik memaki dalam hati peraturan di sekolah yang difikirnya macam siot je. Sesampai di kampungnya, Anjana berjalan jalan di kebun ayahnya yang terletak di belakang rumah. 

Sambil menghenjak henjak tumit merahnya di atas tanah, Anjana terhenti seketika bila terlihat ada lebah sedang bersarang di atas sebatang pokok. Lama juga Anjana memerhatikan sarang lebah itu. Anjana mulai terbayang muka "minah jongang" kat sarang lebah tu. Entah bagaimana tiba tiba, kasut merah itu "dihawinkan" terus ke sarang lebah itu. Tepat mengenai sasaran gigi Suarez. 

Apa lagi, lebah pun melakukan counter attack terhadap serangan Anjana. Diserbu dan dihurungnya Anjana. Lari tidak cukup tanah Anjana dikejar lebah. Sambil berlari, sempat dia menjeling dan  ternampak sungai. Anjana terus terjun ke dalam sungai di situ untuk selamatkan diri. 

Sempat kena lima sengatan. Ayah Anjana mendapatkan Anjana dan membawanya pulang ke rumah. Sampai di rumah, Anjana memarahi ayahnya "Pasai apa ayah tak tolong chek tadi?, yang ayah dok perembang dari jauh buat apa? Ni salah ayah lah ni chek kena sengat lebah". Ayah Anjana tidak menjawab, diam dan terus berlalu membiarkan anaknya itu mengomel sorang sorang dalam dunianya.


Malamnya, ayahnya datang dan membawa sekeping kertas putih. Lalu ayah itu bertanya kepada Anjana "Hang nampak apa?", Anjana jawab "Kertas putih, merapu apa bawak kertas malam malam ni?" Kemudian ayahnya ambil pen maker dan menandakan satu titik hitam di tengah kertas. "La ni hang nampak apa?" tanya si ayah. 

Anjana jawab "Kertas putih lah ayah, ishkk merapu sungguh lah orang tua ni" . Dengan geram si ayah jawab sambil meninggikan sikit suara "hang tau pun tengok kertas putih, awat kali ni hang tak nampak titik hitam tu?". 

Fikiran Anjana jammed seketika, terhenti sekejap. Dalam cloud pemikirannya terbayang ayat ini "Ayah aku ni buat soklan macam Nujum Pak Belalang ni pasai apa? Aku ni rabun ayam ka?"

Selang 10 saat,  dijawabnya "Ya, tak ya jugak, pasai apa la aku tak nampak titik hitam tu..ishk ishk" kata Anjana. "Lain kali, dalam hidup ini, kita jangan perembang dan lihat pada satu titik hitam sahaja. Macam hang duk nampak pada kesalahan orang lain di kolej. Macam hang duk punggai kasut hang kat sarang lebah buat apa" leter si ayah. 

Tambah ayah Anjana lagi "Saja cari penyakit... ha boleh lah penyakit. Cuba perbetui sikit cara hang perati dunia ni" .  Terdiam dan tidak berkata kata apa apa Anjana. Barangkali sudah keliru dan merasa insaf dengan ceramah ayahnya itu. Terbayang muka Dr Fadzilah Kamsah pada muka ayahnya itu.

"Ketahuilah Anjana, kertas ini adalah cara macam mana hang tengok dunia ni, jangan duk sibuk cari salah orang sangat" si ayah sambung lagi ceramah meniru gaya Pencetus Ummah. "Minta maaf ayah" balas Anjana perlahan.  

"Sudah sudah lah tu, jangan buat lagi, tu nasi ada lagi kat dapur, pi la makan, ada sayur kangkung belacan atas meja tu" balas Pak Berahim. 



"Hang jangan duk kutip makan belacan dalam kangkung tu pulak?" balas Pak Berahim lagi. "Ok...chek dah faham ayah. Otak chek tak sama macam sayur kangkung lagi" balas Anjana.

Mulai dari hari itu Anjana mulai perlahan lahan merubah dirinya selepas makan nasi kosong dan sayur kangkung belacan. Anjana tidak lagi melihat "minah jongang" hanya pada giginya sahaja. 

Sebagai hardcore fan Manchester United, Anjana menerima hakikat bahawa Suarez adalah penjaring gol terbanyak dalam EPL sekarang. Anjana tidak lagi lihat pada gigi tetapi pada gol yang sudah dijaringkan Suarez. Apa yang dia dapat dari makan kangkung belacan itu?


2 comments:

PUTRA MERDEKA said...

pdrgf..pedih..! anjanaaaa..

Anonymous said...

wakakaka.. pening kepala aku.. cerita dah best.. ending gigi ngan jaringan suarez tu mmg punch line lawakkkk