>

Wednesday, January 29, 2014

Pemimpin PAS Tidak Setuju Anwar Ibrahim Jadi MB Selangor



“Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar. Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda” - AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi.

“Perbalahan berterusan dan politiking dalaman yang berlaku hanya akan merugikan rakyat dan bakal memberi kesan buruk kepada kesinambungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat” - Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

“Sejarah PRU12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Sejarah PRU13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN” - Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR” - Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sany Hamzan.

“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat. PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita” - Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman

“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP. Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat” - Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.

Video Paling Ditakuti Anwar Ibrahim Di Kajang


"Pemimpin Dunia" Bertanding Di Kajang, Sindiran Tajam Azmin Pada Anwar Ibrahim


Rakyat Permatang Pauh Kena Tipu, Kerana Gila Jawatan MB, Anwar Tukar Alamat


Video Ini Bukti Anwar Ibrahim Kemaruk Gila Kuasa #PRKajang


Dua Kenyataan Ini Membuktikan Anwar Ibrahim Cakap Pembelit #PRKajang


Tuesday, January 28, 2014

"Sultan Melaka" Berkempen Secara Terbuka Untuk Anwar Dalam Twitter



Mahukah Rakyat Selangor Terima MB Selangor Dari Cerok Tok Kun?


15 orang MB Selangor yang terdahulu semuanya anak negeri Selangor. Bermula dari Datuk Hamzah Abdullah pada Jun 147 sehinggalah pada Khalid Ibrahim, semuanya anak Selangor. Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak menjadi MB.

Mahukah orang Selangor menerima MB dari Cherok Tok Kun?


Anwar Ibrahim Mahu Tabal Diri Jadi "Sultan Melaka"?



Anwar Ibrahim Berjanji Akan Turun Harga Satay Kajang?


Azmin Ali Anggap Anwar Sudah Gila Kerana Hendak Jadi MB Selangor



PAS Akan Bertanding Di DUN Kajang Untuk Mengisi Jawatan MB Selangor


Syarat utama menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 ialah berketurunan Melayu dan beragama Islam. Merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.   

Turut menarik perhatian ialah Artikel 51 (1A) yang menyebut Sultan Selangor juga berhak memilih seorang Timbalan Menteri Besar Selangor.

PRU13 menghasilkan keputusan PAS dan DAP masing-masing memperoleh 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala PKR memperoleh 14 kerusi (sekarang 13 kerusi) daripada 56 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi.

Semua pihak sibuk menyoal tentang ADUN Kajang bakal bertanding adalah pengganti Khalid Ibrahim di kerusi MB. Namun di pihak PAS, mereka layak meminta jawatan Timbalan Menteri Besar kerana kedudukan kerusi mereka lebih banyak berbanding PKR. Apakah PAS akan diberikan peluang untuk bertanding di DUN Kajang? 

Beberapa situasi boleh berlaku di DUN Kajang :

1) Jika PAS bertanding, bermakna PAS akan jadi majoriti dan layak mendapat tempat sebagai MB Selangor.

2) Jika PKR bertanding lagi, maka sudah tentu kedudukan Khalid tidak selamat. Bakal MB akan digantikan dari PKR.

3) Atau mungkin calon Melayu akan diberikan peluang bertanding atas tiket DAP untuk menjadi MB Selangor?

Monday, January 27, 2014

Dr Maza Kecam ADUN Kajang Letak Jawatan



Pilihanraya Kecil Di DUN Kajang, Selangor



Gambar Suspek Buang Bayi Di Masjid Alwi Kangar Sedang Diburu Polis



Mengapa Anwar Ibrahim Ziarah Keluarga Arwah Haron Taib?


Kenyataan Rasmi Kementerian Pendidikan Berhubung Isu Guru Arah Murid Makan Rumput



Leburaya Rakyat : Kerajaan PAS Disaman, Bukti Satu Lagi Janji Palsu PAS Di Kelantan




KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama

Friday, January 24, 2014

Video CCTV Dari Lapangan Terbang Narita, Bukti Anwar Ibrahim Tidak Boleh Masuk Jepun


Video Parodi Politik Malaysia Ini Sedang Viral Di Jepun


Sarawak Report Terbukti Sebar Cerita Fitnah, Gambar Ini Menjadi Bukti


Status Nurul Izzah : Dokumen Mahkamah Syariah Ini Menjelaskan Segala-Galanya

Bakar & Pijak Bendera Jepun, Shamsul Iskandar Terkantoi Lagi


Berdoalah Kita Agar Umat Islam Di Myanmar Diselamatkan Dari Penghapusan Etnik




YANGON 23 Jan. - Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan.

Menurut laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar, pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar tersebut.

Jelas sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah.

Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995.

Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut.

Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi.

Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.

Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya biasanya dilakukan oleh penganut agama Buddha.

Pada tahun 2012, perbalahan agama yang berlaku di negeri Rakhine mengakibatkan lebih 200 orang terkorban, kebanyakannya adalah penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan, manakala 140,000 orang lagi hidup melarat tanpa tempat perlindungan.

Kerajaan Myanmar turut menolak perbincangan berkaitan isu etnik Rohingya pada persidangan pertama menteri-menteri luar ASEAN yang akan diadakan di negara ini pada 28 Mac depan. - AGENSI

Twinkle Twinkle Litte Star, Apa Maksud Tweet Suami Nurul Izzah Ini?


Tweet Ini Menjadi Bukti Hubungan Nurul Izzah Dengan Seseorang?


Thursday, January 23, 2014

Selepas Jepun, Pakatan Pembangkang Cuba Hancurkan Pula Hubungan Diplomatik Dengan Australia


Tutup Giat Mara & Tadika Kemas : Produk Kerajaan Selangor Selepas Pilihanraya Umum


"Sultan Melaka" Mahu Jadi Suami Nurul Izzah



Selepas Giat Mara, Tadika KEMAS Pula Hendak Ditutup Di Selangor


Siapa Yang Berada Di Sebelah Nurul Izzah Itu?


Siapa lelaki terbabit? Khabarn seorang yang aktif dalam NGO dan penulis buku. Pada awalnya ramai yang menyangka ini hanya khabar angin di internet, bagaimanapun awal petang Khamis, wartawan yang mengerumuni Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta menyesahkan ada kes permohonan fasakh (bubar perkahwinan).
 
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menuntut fasakh dengan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, pada akhir Disember lalu. Difahamkan, Ahmad Shahrir menerima petisyen pada 16 Januari lalu dan mefailkan notis penangguhan pada 21 Januari lalu (baca lanjut di sini)

Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai Bercerai


KUALA LUMPUR: It's confirmed that Lembah MP Nurul Izzah Anwar has filed a divorce petition against her husband, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim at the lower Syariah Court at Jalan Duta.

A check of the court records by The Star Online showed that a divorce case exists between the PKR vice-president and her husband.

Nurul, 33, has sought the divorce under Fasakh (to annul the marriage) with Raja Ahamd Shahrir Iskandar, 35, in late December through the petition.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar is believed to have received the petition on Jan 16.

He has asked for a two-week postponement of the proceeding for him to enable him to prepare his case.

It could not be ascertained if a third party was involved in the break up of the couple. 

Court officials confirmed that their divorce case was in the system and Nurul and her husband were both parties in the suit. 

They said that the case was set for mention before lower Syariah Court judge Ab Malek Awang.
Both Nurul Izzah and Raja Ahamd Shahrir Iskandar were not available for comment on the alleged divorce action.

When contacted at around 11.40am Thursday, Nurul Izzah's phone rang twice and the line was cut after which the phone was switched off.

Around noon, Nurul Izzah had tweeted that she was attending the Asli's the 16th Malaysia Strategic Outlook Conference.

Nurul Izzah and Raja Ahmad Shahrir Iskandar were married on May 9, 2003.

The marriage ceremony was held at the residence of Nurul Izzah's father Datuk Seri Anwar Ibrahim at Bukit Damansara.

The couple has a seven-year-old girl and four-year-old boy.

Source : The Star

Pensyarah Jepun Di Malaysia Kecewa Bendera Negaranya Dibakar & Dipijak

Seorang pensyarah warganegara Jepun, Jun Ishimatsu yang mengajar di Malaysia meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang bertindak membakar bendera negaranya.

Menurut seorang pelajar kepada pensyarah berkenaan, tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang membakar bendera Negara Jepun itu ialah sesuatu tindakan yang melampaui batas. 
Bagi dirinya, tujuan penunjuk perasaan berkenaan yang baran kerana seorang pemimpin pembangkang tidak dapat memasuki negara Jepun dilihat bukan masalah di antara dua buah negara, tetapi ia lebih kepada permasalahan peribadi. 

Tambahannya lagi, Pensyarah Jepun itu merupakan seorang pensyarah bahasa Jepun yang amat menyukai negara Malaysia, malah beliau juga fasih dalam bertutur Bahasa Melayu.


Dato Seri @Zahid_Hamidi Kena Tangkap Profesor Kangkung PKR Ini


Kenyataan Aziz Bari ini nampaknya sudah melampaui batas. (baca sini) Mengapa perlu menghasut rakyat agar tidak mentaati Titah Yang Dipertuan Agong mengenai isu kalimah Allah? 

Hanya kerana mahu membenarkan DAP menggunakan kalimah Allah maka Aziz Bari sanggup hasut rakyat dan umat Islam agar menafikan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negara ini. 

Aziz Bari layak dianggap profesor kangkung kerana sebagai orang menulis buku tentang undang undang beliau sememangnya sudah tahu apa yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan. Semata mata kerana politik, dia butakan mata untuk menidakkan kuasa Yang Dipertuan Agong seperti mana yang tertulis dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Muhammad), dan ulil amri di antara kalangan kalian”.

(Surah An Nisaa’ [4]: 59)


Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

Dalam konteks ini, ramai orang politik dari PAS dan PKR sudah tidak mahu merujuk kembali kepada Al Quran bila berselisih tentang sesuatu perkara. Logik akal lebih banyak digunakan untuk merosakkan pemikiran umat Islam.
 

 Sudah jelas, agenda tersusun portal Malaysian Insider ini untuk hasut rakyat agar tidak patuh pada Titah Yang Dipertuan Agong.

Malaysian Insider nampaknya sudah mula mempromosi secara kuat isu kalimah Allah SWT ini. Nampaknya portal itu benar benar berpihak kepada agenda tersembunyi untuk rosakkan umat Islam. 

Menteri Dalam Negeri perlu berbuat sesuatu ke atas portal sebegini. Tidak boleh dibiarkan sewenang wenangnya menyesatkan umat Islam di negara ini dengan sesuka hati mereka.  Apakah mereka sedang menyusun gerakan yang lebih besar untuk hancurkan institusi raja dan agama di negara ini?
 

Azmin Ali Bakal Menteri Besar Selangor Pada 1 Mei 2014


Menurut Sin Chew Daily keluaran petang pada 22 Januari 2014, Khalid Ibrahim akan digesa berundur sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 Mei 2014. Sin Chew Daily memetik sumber dalaman dari Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. 

Difahamkan menurut keputusan mesyuarat itu, Azmin Ali bakal dijadikan Menteri Besar Selangor yang baru untuk gantikan Khalid Ibrahim. 

Pelbagai isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kem Azmin Ali dan juga AMK Selangor seperti isu air, isu GiatMara, kenaikan caj lesen perniagaan dan isu pelucutan jawatan Azmin dari PKNS menjadi punca Khalid Ibrahim didesak turun dari posisi Menteri Besar Selangor.


 Khalid Ibrahim juga akan diminta secara terhormat turun atas alasan kesihatan. Ini kerana Khalid Ibrahim dipercayai sering tertidur kerana faktor kesihatan. Maklumat itu juga menyatakan Anwar Ibrahim sudah tidak menyokong lagi Khalid Ibrahim. Hanya tinggal Wan Azizah dan Faekah sahaja yang menyokong Khalid Ibrahim. Habis berebut sebab hendak kuasa di Selangor.

Pulau Barang Jepun, Dr Maza Sindir Sam Ketot



Wednesday, January 22, 2014

Ketahui 11 Langkah Penjimatan Kerajaan Menerusi Video Ini


Akhbar Sin Chew Daily Lapor Azmin Akan Ganti Khalid Sebagai MB



Ultraman Berjaya Makan Kangkung



Berbagai parodi berlaku pada awal tahun 2014 ini, bermula pada 2 Januari 2014, parodi kepala tersepit di kerusi menjadi viral di WhatApps dan Facebook sepanjang hari berikutan beberapa kejadian murid sekolah darjah satu terkepit kerusi ketika baru memasuki alam persekolahan.

Parodi itu bertahan dua hari sehingga 4 Januari 2014, bila gambar seorang wanita duduk dalam ERL tidak memberi tempat duduk kepada seorang lagi wanita mengandung menjadi topik panas perbincangan di media sosial. Juga selepas itu, meletup di SRJK (Cina) Nan Ya, Johor bila seorang guru mualaf diminta membuka tudung di sekolah.


Namun pada 13 Januari 2014, parodi baru dipetik oleh Malaysiakini mengenai “kangkung” menjadi panas di media sosial. Ucapan Perdana Menteri itu hanya dipetik separuh kemudian ditambah dengan lagu dan muzik untuk menyedapkan propaganda murahan mereka. Tidak cukup dengan itu, banyak poster poster yang menghina orang Melayu dibuat untuk memanaskan lagi isu kangkung. Antaranya adalah menggambarkan seorang wanita Melayu disumbat penuh mulutnya dengan kangkung.


Bukan setakat itu sahaja, perbuatan menghina semakin menjadi jadi bila mereka sanggup buat replika Perdana Menteri dan menyumbatnya dengan kangkung di Alma, Bukit Mertajam pada 17 Januari 2014. ADUN PKR, Lee Khai Loon telah dikritik hebat oleh berbagai pihak, parti politik, NGO dan juga rakan rakan mereka dalam pembangkang sendiri kerana tindakan keterlaluan itu. Malah Lim Kit Siang secara terbuka telah meminta Khai Loon memohon maaf pada 21 Januari 2014.


Kangkung yang disangka boleh dijadikan bahan parodi politik hanya bertahan selama 4 hari sahaja. Biarpun mendapat liputan dalam BBC, namun parodi kangkung itu ditamatkan dengan penghinaan yang tidak boleh diterima oleh semua pihak. Dengan tidak disangka sangka, tiba tiba datang Ultraman untuk memakan kangkung pada malam 19 Januari 2014. Hanya parodi ini sahaja tidak berani dilaporkan oleh Malaysiakini.


Semuanya kerana gelagat seorang ahli parlimen yang enggan memohon visa bila hendak memasuki Jepun. Sudah jelas tertulis dalam undang undang negara dalam Seksyen II Artikel 5 Akta Kawalan Imigresen dan Pengiktirafan Pelarian negara Jepun tentang peraturan bagi mereka yang pernah dilibatkan dengan kesalahan jenayah. Sehingga hari ini, sudah 4 hari Ultraman bertahan memakan parodi kangkung.


Berbagai watak keluar daripada negara matahari terbit itu untuk mempertahankan Jepun termasuklah Doremon, Detektif Conan, Ultraman, Naruto, Gaban dan Ksatria Baja Hitam termasuklah Tomoko Nagai, jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia yang menjelaskan cerita sebenar kenapa Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun. 

Hanya watak Giant sahaja yang dilihat pro kepada Anwar Ibrahim. Watak Giant itu disamakan dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK yang bertindak nakal membuat demonstrasi membakar dan memijak bendera Jepun pada jam 11.00 pagi, 21 Januari 2014.


Shamsul Iskandar dikecam hebat bila membuat tindakan propaganda tidak waras tersebut. Berbeza dengan isu kangkung, kisah Ultraman ini melibatkan hubungan diplomasi antara dua negara dan turut dilaporkan di akhbar akhbar Jepun dan rantau Asia Pasifik. Majalah popular iaitu 9Gag.com dan Utaka, pelakon popular Jepun turut mengecam Anwar Ibrahim dalam media sosial. 

Kangkung penuh dengan penghinaan tetapi cerita Ultraman lebih bersifat hubungan sesama negara. Sehingga hari keempat, parodi Ultraman ini sudah memakan parodi kangkung untuk tahun 2014 ini. Apa lagi yang akan datang selepas ini. Apa yang pasti, tahun 2014 ini penuh dengan parodi lawak politik.

Khalid Ibrahim Arah SPRM Siasat Pengurus Besar PKNS, Siapa Sebenarnya Yang Perlu Disiasat?



Khalid Ibrahim arah SPRM siasat Pengurus Besar tetapi dalam masa yang sama Abdullah Sani, Timbalan MTUC yang juga ahli parlimen PKR di Kuala Langat minta agar Norita Mohd Sidek (SU Kerja PKNS) mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor (baca sini). 

Apa sebenarnya yang berlaku di PKNS ini?  Seolah macam sedang berebut sesuatu yang besar sangat di sana.


SUK Kerajaan Negeri Selangor pula mendakwa Kerajaan Negeri Selangor menafikan membatalkan keputusan untuk tarik balik penyingkiran Azmin Ali. 


Ini bermakna, Azmin Ali tetap terpecat dari PKNS. Pihak yang menjadi mangsa dalam isu ini adalah Pengurus dan SUK Kerja PKNS. Padahal dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor dapat merehatkan sekejap fokus isu daripada GiatMara kepada PKNS. 

Semua harus disiasat dan rakyat Selangor perlu diberitahu secara umum apa sebenarnya yang berlaku di PKNS dan Selangor.



Rakyat Malaysia Di Jepun Kecewa Dengan Perangai AMK Bakar & Pijak Bendera Jepun




Berdasarkan kajian oleh  Long Stay Foundation Japan ke atas rakyat Jepun, Malaysia merupakan negara pertama yang menjadi pilihan selama 7 tahun berturut turut (2006-2012) dalam ranking negara yang ingin didiami rakyat Jepun. Malaysia mengalahkan negara negara lain seperti Australia, Thailand, Kanada dan Hawaii, 

Kenapa rakyat Jepun mahu tinggal di Malaysia?

Antara sebab utama rakyat Jepun memilih Malaysia ialah kerana kos hidup di Malaysia yang jauh lebih murah, iaitu hanya 1/3 daripada kos hidup mereka di Jepun. Selain itu, kelengkapan infrastruktur dan kestabilan Malaysia sebagai negara membangun juga digemari oleh rakyat Jepun. 

 
Namun keadaan berbeza buat rakyat Malaysia yang sedang berada di Jepun selepas Anwar Ibrahim membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan baik Malaysia dan Jepun. Selain tindakan AMK PKR memijak dan membakar bendera Jepun. Berikut adalah komen dalam Facebook oleh rakyat Malaysia di Jepun :