>

Thursday, October 31, 2013

Kenali Cikgu Mi, Calon BN Di #PRKSgLimau

Azmin Ali Setuju GST Dilaksanakan #Bajet2014


#PRKSgLimau Video Ini Bukti Mahfuz Omar Khianati Ustaz Azizan Razak

Sindiran Pak Cik Ini Pasti Buat Mahfuz Omar Malu Nak Datang Lagi Ke Sungai Limau #PRKSgLimau

Rahsia Hubungan Anwar ibrahim Dengan Arwah Ustaz Azizan Terbongkar #PRKSgLimau

Eksklusif #PRKSgLimau : Calon PAS Sungai Limau & Mahfuz Terbukti Gagal Laksana Amanah Ustaz Fadhil Noor & Ustaz Azizan Razak



“Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum (MDU) yang    sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulama yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan     dan mampu menangani pemasalahan ummah dan negara,” Ustaz Fadhil Noor, Pengasas MDU.

Namun, kini MDU (dikenali dengan nama baru KIDU) yang diasaskan sejak 1995 itu dalam keadaan yang tidak terurus dan agak daif. 


Beginilah keadaan bilik imam di Masjid KIDU yang dalam keadaan yang amat menyedihkan. Difahamkan seorang pelajar akan membayar sejumlah RM600 untuk masuk ke KIDU pada awal pendaftaran. Kemudian bayaran RM200 untuk setiap bulan. Ke manakah wang ini digunakan?


Syiling masjid yang runtuh dan tidak digantikan. Mengapa dibiarkan syiling ini jadi begini? Bukan sahaja bayaran RM200 setiap bulan yang terpaksa dibayar oleh 600 orang pelajar di situ, tetapi kutipan derma juga dibuat untuk mengisi tabung pihak Kolej. Jumlah kutipan yuran untuk sebulan sahaja adalah berjumlah RM120,000. 


Jika dijumlah semua sekali wang yang dianggar diterima KIDU adalah seperti berikut :

a) Yuran awal tahunan RM600 x 600 orang = RM360,000
b) Yuran bulanan RM200 x 600 orang x 12  = RM1,440,000
c) Anggaran derma setahun                         = RM1,000,000

Jumlah besar                                               = RM2.8 juta

Ini adalah anggaran pendapatan KIDU untuk setahun yang hanya diperolehi melalui kantung KIDU dan sumbangan derma sahaja. Sumbangan derma untuk setahun adalah dianggar sejuta setahun berdasarkan reputasi kolej tersebut sebagai kolej utama PAS di Malaysia. 

Dalam kompleks KIDU terletak sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU).

SMIDU tersenarai dalam sekolah bantuan
 geran kerajaan negeri.

Bukan sekadar itu sahaja, Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) turut tersenarai sebagai salah sebuah sekolah dari 38 sekolah yang menerima bantuan geran tahunan daripada kerajaan negeri Kedah. Ke manakah dana geran itu dibelanjakan oleh pihak pengurusan KIDU dan sekolah?


Keadaan tandas untuk pelajar pelajar Muasasah yang dalam keadaan yang amat kotor dan memalukan. Apakah cara hidup begini baik untuk lahirkan golongan intelektual agama?


Inilah keadaan Pusat Asuhan Kanak - Kanak di KIDU yang dalam keadaan yang terbiar dan tidak terurus. Bukankah tadika ini sepatutnya di bawah pengurusan dan perhatian Calon PAS Sungai Limau selaku Ketua Jabatan TASKA PAS Kedah?

Bagaimana hendak jaga kebajikan rakyat Sungai Limau jika TASKA PAS pun gagal dijaga dengan baik?

Pendapatan untuk KIDU besar, namun prasarana dan kemudahan yang disediakan adalah amat menyedihkan. Ibu bapa yang menghantar anak mereka ke KIDU perlu berfikir semula apakah ini tempat terbaik untuk pembelajaran anak anak mereka.


Difahamkan, Mahfuz Omar adalah pengerusi kepada Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) dan juga ahli parlimen Pokok Sena di mana terletak KIDU. Sekarang Mahfuz menjadi Pengarah Pilihan Raya PAS di Sungai Limau.

Mahfuz dilihat lebih sibuk mempromosi dirinya bersama gambar arwah Ustz Fadhil Noor dan Ustz Azizan untuk program program KIDU. Hakikatnya, Mahfuz menghancurkan amanat dan harapan Ustz Fadhil Noor dan Ustz Azizan terhadap KIDU. 

Mahfuz Omar harus berasa malu kerana gagal melaksanakan harapan dua pemimpin agung PAS terhadap KIDU. Malah pusara dua orang pemimpin PAS tersebut juga terletak dalam KIDU. Juga tidak diurus dengan baik.


Tun Mahathir menziarahi pusara Azizan di KIDU

Jauh beza KIDU jika dibanding dengan pondok pondok moden yang ada di Sungai Limau. Malah TASKA PAS yang terletak di KIDU pun gagal diurus dengan baik oleh calon PAS yang merupakan Ketua Jabatan TASKA PAS Kedah.


Tidak hairanlah mengapa keputusan PRK Kecil Pendang pada tahun 2001 memihak kepada BN selepas ketiadaan Ustaz Fadhil Noor. Rakyat boleh mengubah keputusan demi persaudaraan sesama Islam. Mereka mahu pilih pemimpin yang boleh bawa penghijrahan kepada kehidupan rakyat.

Kini selepas 12 tahun, PRK Kecil Di Sungai Limau, rakyat akan kembali menilai siapa yang akan mereka pilih selepas ketiadaan Ustaz Azizan, belum tentu orang PAS memilih PAS sebagai ganti. Orang PAS Pendang berani berhijrah 12 tahun lalu, tidak mustahil orang PAS di Sungai Limau juga buat begitu.


Kedua duanya gagal laksana harapan Azizan & Fadhil Noor

Orang orang PAS perlu menghukum Ketua Jabatan TASKA PAS Kedah (Azam) dan Pengerusi KIDU (Mahfuz) dalam PRK Sungai Limau. Mereka terbukti gagal laksanakan harapan Fadhil Noor dan Azizan.

Ustaz Kazim Elias Sindir Mereka Yang Baling Telur Padanya di Sungai Limau #PRKSgLimau

Video Ceramah Ustaz Kazim Ini Buat Penyokong PAS Kepanasan Di #PRKSgLimau

Wednesday, October 30, 2013

Pilihan Raya Kampus : Kampus UIA Ditawan Oleh Mahasiswa Aspirasi



Keputusan Pilihan Raya Kampus di UIA Gombak memihak kepada kumpulan Aspirasi yang menamakan diri mereka sebagai Pro U. Mereka mendapat 10 kerusi berbanding kumpulan We Unite For Islam (WUFI) yang mendapat 8 kerusi. 

Ketika UKM tumpas teruk 22-4 kepada Pro M dan UUM hilang kedudukan "simple majority", UIA menebus maruah Aspirasi kampus untuk memberikan kemenangan kepada kumpulan Aspirasi. 

Tahniah kepada pelajar pelajar UIA yang membuat keputusan bijak untuk masa depan negara. Barisan MPP yang menang perlu berbakti sepenuhnya kepada pengundi yang telah memberikan kepercayaan. Masa itu tidak lama, berbaktilah dengan baik.

Pengundi Sungai Limau Tidak Senang Taktik PAS Hina Azizan #PRKSgLimau



Amanat Ustaz Azizan Untuk Pengundi Sungai Limau? #PRKSgLimau

Tuesday, October 29, 2013

Jentera Pakatan Pembangkang Kantoi Buat Maksiat Di Danok #PRKSgLimau


Bukti Calon PAS Disokong Oleh Kumpulan Syiah Dalam #PRKSgLimau



Video Ini Mematikan Terus Fitnah Pembangkang Terhadap TPM Di #PRKSgLimau

Sikap Taksub Penyokong PAS Dalam #PRKSgLimau

PERUBAHAN Tumpas Di UUM Angkara Kepentingan Peribadi




Akhirnya selepas 13 tahun, sejak tahun 2000, PERUBAHAN yang merupakan parti mahasiswa pro Aspirasi yang lama bertapak di UUM mengalami kekalahan mengejut. 

Biarpun menang 15 kerusi secara keseluruhan, namun kumpulan Pro M yang menamakan diri mereka sebagai Transfromasi (berwarna Ungu) di UUM telah menang 14 kerusi. Manakala selebihnya kerusi adalah milik kumpulan Hijrah, 6 kerusi dan Bebas 1 kerusi.

15 kerusi menang tetapi sudah dikira hilang majoriti mudah jika gabungan Transformasi, Hijrah dan Bebas akan membentuk sejumlah 21 kerusi secara keseluruhan. 

Transformasi yang diketuai oleh Bawani (seorang pelajar berfahaman sosialis) adalah proksi kepada kumpulan Pro M di luar kampus. Siapa Bawani ? Baca pendedahan lanjut ini. Kumpulan ini memang berpihak secara jelas kepada proksi pembangkang. 

Namun siapa pula yang menggelar diri mereka sebagai kumpulan Hijrah? Apakah mereka ini sama dengan motto Berani Berhijrah dalam Pilihan Raya Kecil yang sedang berlaku di Sungai Limau? 

Tidak, mereka bukanlah sama seperti motto yang dilaungkan oleh Menteri Besar Kedah tersebut. Kumpulan ini adalah serpihan kepada parti PERUBAHAN yang terdiri daripada bekas bekas MPP yang dulunya menang atas tiket parti PERUBAHAN.

Namun akibat terikut dengan persengketaan antara seorang individu dengan Naib Canselor dan pihak Hal Ehwal Pelajar, mereka keluar daripada parti dan menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Hijrah. Berikut adalah logo kumpulan Hijrah tersebut :


Jika dteliti dengan baik macam ada bentuk bendera PAS pada logo tersebut. Logo macam anai anai yang mahu merosakkan sesuatu. Ya, memang mereka sudah terbukti merosak dan mencemarkan nama parti PERUBAHAN. 

Mereka bakar kapal dan buat kapal lain. Yang untung dan ketawa besar adalah kumpulan Pro Mahasiswa (Transformasi) yang diketuai Bawani. Ini satu tindakan yang bodoh dan memalukan nama Aspirasi.

Mengapa jadi begitu? Apakah ada unsur PAS dalam kumpulan serpihan PERUBAHAN yang bernama Hijrah ini? 



Rupa-rupanya salah seorang penggerak kuat Hijrah bernama Jat Jenin adalah bekas aktivis PMIUM pada tahun 2005. Tulisan itu jelas terpapar dalam Facebooknya. Sudah didoktrin rupanya oleh PMIUM. Jat Jenin adalah salah seorang orang kuat Hijrah yang mempertahankan tindakannya untuk keluar dari PERUBAHAN dan buat kumpulan Hijrah.

Jika ada pihak kedua yang keluar dari jamaah dan buat sesuatu kumpulan baru, maka kumpulan yang kedua itu sudah boleh dianggap sebagai pengkhianat parti. PAS adalah serpihan dari UMNO, PKR serpihan juga dari UMNO, Semangat 46 juga serpihan dari UMNO. 

Yang perlu dipertahankan adalah parti bukan mengikut telunjuk individu tertentu,. Sayang sekali, pelajar UUM mudah terjebak dalam konflik peribadi salah seorang staff UUM dengan pihak pengurusan hingga mengalahkan pasukan Aspirasi di kampus Sintok. Pihak pengurusan perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Kesimpulannya, kumpulan Hijrah ini perlu dibubarkan segera untuk mencari jalan penyelesaian baik. Harapan yang sama diharapkan sebelum hari penamaan calon namun menemui jalan buntu. 

6 pelajar yang menang perlu akui jika perpecahan Hijrah dan Perubahan ini berterusan, maka kesannya perpecahan itu akan terkesan kepada generasi akan datang. Hijrah akan mewariskan perpecahan bukan penghijrahan seperti mana yang dilaungkan.

Sudah dua universiti secara rasminya dikuasai oleh pembangkang ini iaitu UUM dan UKM. Khabarnya, tragedi yang sama berlaku di UKM, perpecahan sesama sendiri. Perselisihan sesama sendiri ini bakal berlarutan ke UPM khabarnya. Perlulah dibuat sesuatu agar agenda kelompok yang besar diutamakan bukannya mengutamakan kepentingan individu.

Anwar Ibrahim seronok tengok apa yang terjadi di UUM. Puas hati pihak yang mahu perpecahan? Lihatlah siapa yang mahu buat untung dan siapa yang rugi akhirnya.


Kepada semua aktivis Aspirasi dari IPT lain, teruskanlah berjuang. Kisah di UUM dan UKM ini jadikanlah sempadan dan pedoman untuk mencipta kemenangan di kampus. Elakkan perpecahan sesama sendiri.

Selamat berjaya.


Sunday, October 27, 2013

#PRKSgLimau Pembangkang Perlukan Khidmat Pakar Ekonomi Untuk Faham GST #Bajet2014

#PRKSgLimau : Sikap Biadap Tony Pua Dibidas Oleh Pemuda Melayu Ini

Calon BN Dapat Restu Isteri Ustaz Azizan Razak #PRKSgLimau

Ayah Jamil Khir Kecewa Ziarah Dijadikan Kempen Politik Oleh PAS #PRKSgLimau

Perbezaan Antara Sistem Cukai Sekarang Dengan GST #Bajet2014


Idris Ahmad Kecam Penggerak Media Sosial PAS Yang Suka Buat Fitnah

Ayah Jamil Khir Kecewa Dengan Tindakan Mahfuz Omar #PRKSgLimau





YAN 26 Oktober 2013 – Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.

Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Berkait soal itu, MB Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom.

Lidah rasmi PAS, Harakah melaporkan, Mahfuz memberitahu, Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.

Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan, apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu, calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari. Katanya lagi, calon berkenaan adalah pilihan ‘orang atasan’ dan bukan pilihan masyarakat setempat.

Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS, beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah.

Ini kerana bagi Pak Ngah, mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza.

“Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN”, ujarnya berseloroh kepada Terengganu Today.

Adat melawat orang sakit, penulis, jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya.

Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau : Video Ini Bukti PAS Zalimi Ustaz Azizan

#PRKSgLimau : Calon BN Jadikan Pendidikan Sebagai Agenda Utama Untuk Pengundi Sungai Limau

GST Malaysia Paling Rendah Di ASEAN #Bajet2014




#PRKSgLimau : Video Dato Muhkriz Ini Buat PAS Tidak Senang Duduk




MB Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir kesal apabila PAS dilihat cuba mendapatkan kelebihan politik dengan ziarah mereka ke rumah ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang sakit angin ahmar sejak tiga tahun laludi Kampung Sedaka, semalam.

Menurutnya, timbul tanda tanya terhadap keikhlasan ziarah yang dilakukan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat apabila berita lawatan itu disiarkan serta-merta dan dilakukan dalam tempoh berkempen.

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya apa niat beliau apabila dia melawat ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi ambil gambar dan terus dimuat naik.

"Jadi hari ini kita tertanya-tanya tujuannya," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN petang tadi.

Harakahdaily hari ini melaporkan Mahfuz dan Azam semalam menziarahi Baharom Ramli, 77 tahun yang telah sakit diserang angin ahmar selama tiga tahun.

Lidah rasmi PAS itu melaporkan Mahfuz memberitahu yang Baharom mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Bercakap lanjut dalam sidang media sama, Mukhriz berkata BN juga ada melakukan ziarah hormat kepada balu almarhum Tan Sri Azizan Razak namun mereka tidak pula cuba untuk mendapat sebarang liputan media yang meluas tentang tindakan itu.

"Kalau kita nak cakap ikhlas, malam sebelum penamaan calon (selepas pengumuman calon BN) saya dah bawa calon kita buat kunjungan kehormat ke rumah Puan Seri Faekah selama dua jam.

"Saya perkenal calon kita, maklumlah tempat ini tempat almarhum Tan Sri Azizan. Saya tak ada pula nampak gambar dari pertemuan itu dimuat naik. Tak ada pula saya gunakan itu sebagai modal kempen," katanya.

Apa Beza SST Dengan GST? #Bajet2014

Friday, October 25, 2013

Azam Calon BN Dalam #PRKSgLimau

Thursday, October 24, 2013

Budaya Ekstrems Dalam Pilihan Raya Kampus Menular Ke Kampus UUM Sintok



Begitulah tulisan yang terpapar di bangunan pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di UUM pada pagi 24 Oktober 2013, ketika hari penamaan calon diadakan untuk pilihan raya kampus UUM.

Tindakan yang dibuat ini adalah satu perbuatan yang biadap dan tidak bertamadun. Tidak wajar melemparkan kebencian secara ekstrems dan melampau terhadap Hal Ehwal Pelajar dengan membuat perkara sedemikian.

Tindakan yang sama pernah dibuat sebelum ini oleh pihak pihak yang tidak bersetuju dengan Hal Ehwal Pelajar, dalam pilihan raya kampus tahun 2009 di Universiti Malaya (baca sini). Jalankanlah pilihan raya mengikut budaya dan semangat idelisme pelajar yang sebenar.

Ketepikan sentimen kebencian yang melampau dan tindakan tindakan yang tidak bertamadun yang boleh menjejaskan nama baik universiti. Pelajar UUM bijak memilih. Mereka pasti akan mengekalkan pasukan PERUBAHAN untuk pilihan raya kampus kali ini. Selamat memilih.

Video : Calon BN Ziarahi Kawan Lamanya Dalam Perjuangan #PRKSgLimau

Ini Sebabnya Ramai Orang PAS Hendak Sokong BN Dalam #PRKSgLimau


Aura kepimpinan melalui tauladan Menteri Besar Kedah memberikan satu harapan baru bagi semua rakyat di Kedah termasuklah orang orang PAS di Sungai Limau. 

Mereka tahu bagaimana baiknya hubungan MB Kedah itu dengan arwah Ustaz Azizan Razak ketika beliau sedang sakit di hospital. Ramai khabarnya akan memberi undi secara diam diam kepada BN dalam PRK Sungai Limau ini.

Nurul Izzah Trauma Bila Ditanya Tentang Soal Liwat




Mengapa tidak jawab secara terus terang sahaja. Ya atau tidak? Mengapa perlu cakap pusing pusing dan kelihatan trauma bila disebut tentang liwat. 

Wednesday, October 23, 2013

#PRKSgLimau : Cacian Budak Syiah Ini Terhadap Arwah Ustaz Azizan



Khabarnya, Khalid Ismath ini bakal membawa jentera dari AMK PKR bersama sama dengan Adam Adli (bekas pelajar UPSI) turun berkampung di Sungai Limau bagi membantu calon PAS yang khabarnya sealiran dengan mereka. 

Apakah saudara mara Azizan yang masih ada di Sungai Limau mahu menerima budak Syiah yang pernah memaki arwah ini datang ke Sungai Limau? 

#PRKSgLimau : Video Ini Pasti Buat Penyokong Penyokong PAS Sungai Limau Marah

#PRKSgLimau : Gambar Mat Sabu Frust Tidak Terpilih Sebagai Calon Di Sungai Limau



Gambar di atas menceritakan segalanya bahawa Mat Sabu sedang ditinggalkan bersendirian oleh pemimpin pemimpin PAS menjelang muktamar PAS nanti. Desas desus bahawa jawatan Timbalan Presiden PAS akan dicabar sudah kuat. 

Sudah ada beberapa calon termasuklah Menteri Besar Kelantan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa dan Nik Amar mahu mencabar jawatan Timbalan Presiden PAS. Ini bermakna pertandingan untuk jawatan itu sahaja akan menjadi 5 penjuru.

Persoalannya, jika sebegitu sengit pertandingan untuk jawatan no. 2 PAS, apakah Husam Musa akan masuk sekali mencabar jawatan yang kini disandang oleh Mat Sabu itu? 

Tidak mustahil, Husam Musa mencabar jawatan yang lebih tinggi kerana inilah peluang terbaik untuknya menjadi orang nombor satu dalam PAS dan mengembalikan semula sokongan terhadapnya selepas gagal menjadi Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang paling malang dalam permainan ini adalah Mat Sabu, kerana pesaing pesaing Mat Sabu takut memberikan populariti secara percuma dalam pilihan raya kecil Sungai Limau kepadanya. 

Mat Sabu tidak kelihatan dalam gambar di atas. Mana dia pergi?


Yang paling untung dalam pilihan raya kecil kali ini adalah Mahfuz Omar, beliau dijangka tidak menghadapi masalah untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden PAS jika keputusan Sungai Limau memihak kepada PAS. 

Jika tidak kalah sekalipun, Mahfuz Omar tetap untung kerana calon PAS yang dipilih di Sungai Limau sekarang adalah anak didiknya. 

Sudah tentu, Sungai Limau ini menjadi medan terbaik untuk Mahfuz Omar melatih jenteranya bagi hadapi muktamar PAS nanti. Menyusun jentera daripada seluruh negara bagi hadapi pilihan raya kecil adalah satu advantage kepada Mahfuz. 

Apa pun PAS sedar bahawa kali ini, mereka tidak lagi boleh berharap kepada aura arwah Ustaz Azizan Razak lagi untuk menang.

PAS tahu aura yang paling kuat sekarang adalah aura Mukhriz, itulah yang paling risaukan kerana Azizan Razak sendiri ketika masih hidup baik dan rapat dengan semua orang UMNO termasuklah Mukhriz sendiri. 

Apakah ada apa apa amanat terakhir Azizan kepada Mukhriz sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir?

Rahsia itu mungkin ada pada Mukhriz dan isteri Ustaz Azizan. Pengundi Sungai Limau akan menilai dengan lebih mendalam kali ini, sebelum membuat sebarang keputusan untuk memilih. 

#PRKSgLimau : Calon BN Mahu Tubuh Institusi Latihan Imam Di Jerai


Guru Pondok Pak Ya Calon BN Di #PRKSgLimau @BarisanNasional




Friday, October 18, 2013

Barisan Kepimpinan Pilihan Untuk Majlis Tertinggi UMNO 2013-2016



Esok pemilihan akan dibuat oleh semua perwakilan UMNO untuk barisan Majlis Tertinggi UMNO. 64 calon menawarkan diri bertanding, hanya 25 yang bakal dipilih oleh perwakilan. 

Secara peribadi, pilihan itu sudah pasti akan dibuat secara bijaksana oleh semua perwakilan. Setiap perwakilan ada penilaian sendiri untuk memilih calon yang mereka sukai. Namun buatlah pemilihan dengan mengambil kira semua aspek demi kekuatan parti.

Apa yang penting adalah  untuk menentukan hala tuju parti bagi mendepani tiga misi penting.  



1) Membantu Presiden & Timbalan Presiden UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat dan menunaikan janji PRU13. 


2) Bersama sama bekerja Presiden & Timbalan Presiden UMNO untuk mencapai kemenangan yang lebih bermakna dalam PRU14

3) Mencapai Wawasan 2020

Bagi maksud tersebut, beberapa nama pilihan dibuat secara peribadi untuk mengisi kekosongan yang ada dalam Majlis Tertinggi UMNO. Pilihan yang dibuat adalah seperti gambar gambar di bawah ini:







Calon Naib Presiden 



Tok Pa, Calon yang banyak berjasa pada kepimpinan pelajar 





Semua calon daripada Perlis






Selamat mengundi untuk semua perwakilan, buat pilihan yang bijak untuk masa depan UMNO. Perwakilan bakal bersuara esok.

Kalimah Allah SWT : Akhirnya Anwar Ibrahim Tunduk Pada Desakan Kristian



Berikut adalah kenyataan Anwar Ibrahim dalam Sinar Harian berhubung isu pengunaan Kalimah Allah SWT. Memang sudah dijangka apa pendirian Anwar Ibrahim, memang tunduk dan tetap menyebelahi tuntutan paderi paderi Kristian untuk membolehkan kalimah Allah SWT digunakan. 

Hanya dua Haron yang tidak setuju kalimah Allah digunakan oleh Kristian dalam PAS iaitu Harun Taib dan Haron Din. Keputusan mereka masih tetap dan sama dengan hujah dan nas Al Quran. Anwar Ibrahim hanya menggunakan bidalan logik dan contoh yang dangkal. 
                             

Anwar membenarkan penggunaan kalimah Allah selagi ianya tidak disalah gunakan. Siapa boleh bagi jaminan Kristian tidak akan menyalah gunakan kalimah Allah untuk tujuan tujuan yang lain?

Sekarang sudah banyak gereja gereja baru di Pulau Pinang dan Selangor dibuat di atas rumah rumah kedai. Sudah ada lambang salib besar di beberapa tempat. Jika kalimah Allah digunakan untuk nama gereja tersebut bagaimana? Contohnya seperti di bawah ini.


Di Indonesia, sudah dibenarkan penggunaan nama Allah dalam Al Kitab versi bahasa Indonesia. Namun siapa dapat menghalang jika pihak gereja mahu menggunakan kalimah Allah di nama gereja seperti dalam gambar di atas?



Kini kadar perkembangan Kristian di Indonesia (negara umat Islam terbesar) adalah pada jumlah 2 juta orang setahun. Dianggar pada 2035, jumlah penganut Kristian akan melebihi jumlah umat Islam di Indonesia, jika pengembangan agama itu masih berlaku seperti sekarang. Apakah kita mahu ancaman sebegini berlaku di Malaysia?

Inilah yang dimahukan oleh paderi paderi tersebut, iaitu untuk menyebarkan misionari Kristian secara halus kepada masyarakat. Strategi licik untuk murtadkan orang Islam ini wajar dibendung.


Semua umat Islam boleh menilai sekarang siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim dan apa agenda tersirat yang mahu dibawanya di negara ini. Masih lagi mahu ditipu oleh Anwar Ibrahim ini? Anwar hanya mahu misi politiknya untuk menjadi PM tercapai. 

Segala perkara mahu dijualnya kepada DAP selagi undi yang dimahukan didapatinya. Matlamat menghalalkan cara.

Kalimah Allah SWT bukanlah sesuatu yang boleh ditawar beli untuk mendapatkan kuasa. Ianya adalah satu amanah untuk semua umat Islam menjaga kesuciannya secara bersama.