Thursday, September 26, 2013

Al Fatihah : Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia


Al Fatihah. Semoga Ustaz Azizan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Namun sebagai umat Islam kita tentunya berasa kecewa dengan tindakan pihak pihak Red Bean yang membuat kerja kerja tidak baik untuk melagakan sesama umat Islam setelah pemergian Ustaz Azizan. Gambar di bawah ini adalah kerja jahat Red Bean Army untuk melaga lagakan umat Islam. Sungguh biadap mereka.




Wednesday, September 25, 2013

Sudah Terang Lagi Bersuluh Apa Agenda Sebenarnya Pembangkang Dalam Isu Bendera Sang Saka Bangsa


Inilah sebenarnya misi mereka. Mahu negara republik dan mahu membawa semula fahaman komunis dalam jiwa setiap masyarakat Malaysia. 

Rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan keadaan sebegini berlaku. Malaysiakini dan beberapa blog pembangkang kuat sangat berkempen agar abu mayat Chin Peng di bawa ke negara ini. 

Jelaslah sekarang apa agenda sebenarnya mereka mahu buat perkara tersebut. 

Monday, September 23, 2013

Sunday, September 22, 2013

Calon Pergerakan Pemuda UMNO Dalam Pemilihan UMNO 2013 #Azrinizam4Exco







Senarai Penuh Nama Calon Exco Pemuda Yang Bertanding #Azrinizam4Exco


Senarai penuh Exco Pemuda UMNO Bahagian yang bertanding ( sumber, Berita Harian. nama ikut abjab bukan ikut nombor pada kertas undi), selamat bertanding pada semua sahabat calon exco pemuda yang bertanding. Moga Allah SWT memberkati perjuangan kita semua. 

Ini bukti demokrasi dalam UMNO masih segar. Kemasukan ramai muka baru ini bakal merealitikan hasrat untuk meremajakan UMNO. Barisan Exco yang bertanding hadir dengan pelbagai bakat dan bidang yang mereka boleh sumbangkan pada UMNO. 

Moga ini menjadi satu titik tolak bagi generasi muda kembali semula bersama sama dalam wadah UMNO bagi memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara. Tidak ada wadah lain yang lebih baik dan mampu menjamin kelangsungan bangsa melainkan UMNO.

Daripada 77 orang Exco yang bertanding, hanya 2 orang sahaja penyandang jawatan Exco yang terdahulu. Ini bermakna, sekurang kurangnya 18 orang yang bakal terpilih sudah pasti diisi oleh golongan muda dan muka baru dalam Pemuda.

Orang muda Melayu harus faham bahawa perjuangan yang besar menanti pada PRU14. Pilihan raya yang UMNO dan BN tidak boleh kalah. Tidak boleh ada alternatif untuk menyelamatkan bangsa. 

Bersama-samalah untuk mempertahankan kemerdekaan yang sudah dikecapi sejak 1957 ini dengan semangat dan tekad yang kuat. Pihak lawan terutamanya PAS, PKR dan DAP tentu cemburu dengan sistem demokrasi dan kesegaran perubahan yang sedang berlaku dalam parti UMNO.

Umat Melayu mesti bersatu dan berpadu untuk kemenangan pada PRU14. Itulah sahaja jawapan terbaik untuk mengajar pihak pihak yang mahu menjual agama atas nama parti. Selamat berjuang buat semua.


Angin Perubahan Untuk Pemuda, Calon 57 Untuk Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia #Azrinizam4Exco



Saturday, September 21, 2013

Undi Calon No. 57, Angin Perubahan Untuk Pemuda UMNO Malaysia #Azrinizam4Exco




Salam Perjuangan, penulis telah selesai menyerahkan borang penamaan calon di PWTC pagi tadi. Alhamdulillah mendapat nombor 57. Nombor perjuangan dan angka ini amat bererti kerana ianya adalah nombor kemerdekaan rakyat.

Kemerdekaan yang dicapai hasil perjuangan perwira perwira bangsa yang terdahulu dalam UMNO. Kemerdekaan yang perlu dipertahankan untuk anak bangsa bagi masa depan agama, bangsa dan tanahair yang lebih baik pada hari esok.

Mengapa saya perlu terlibat sama dan bertanding dalam kepimpinan Pemuda UMNO ?

Semuanya adalah kerana semangat untuk bersama sama menyumbang bagi menghadapi PRU14 yang cukup getir buat kelangsungan bangsa. PRU yang BN tidak boleh tumpas kerana sekali keputusan bertukar belum tentu tanahair ini menjadi milik Melayu lagi. 

Kemerdekaan boleh terhapus jika dibiarkan kuasa itu dijajah oleh pihak yang ada agenda republik. Kemerdekaan itu boleh hancur di tangan pihak yang secara terang terang mahu menghapuskan institusi raja dan agama.

Di mana saya boleh menyumbang?


Saya bersama dengan Dato Razali Ibrahim (seorang lagi calon Majlis Tertinggi) dalam satu program Mahasiswa Turun Parlimen 1 pada 2011. Melatih dan menyiap sediakan pemimpin muda untuk menjadi pembantu pembantu ahli parlimen di seluruh negara. 

Pengalaman selama hampir 10 tahun dalam bidang latihan dan kaderisasi pemimpin muda boleh saya aplikasikan untuk menyuntik semula ideologi perjuangan dalam jiwa pemuda. Ada modul dan pendekatannya.

Politik ideologi yang selama ini dimainkan oleh pihak pembangkang hanya boleh dilawan kembali dengan politik ideologi. BN memang handal dalam menawarkan "politik khidmat" pada masyarakat, namun ianya tidak cukup jika jiwa itu tidak diisi dengan semangat perjuangan sebenar. 

Orang muda Melayu mesti faham asas utama mengapa mereka perlu menerima UMNO dan menolak parti lain dalam sistem demokrasi negara ini. Perkara ini perlu dikupas secara tuntas dan rasional sehingga anak muda itu faham dan mula menanam minat untuk mula mengenali apa itu perjuangan sebenar UMNO.



Saya juga mampu menyumbang dalam bidang kemahasiswaan di peringkat pengajian tinggi. Ketika zaman reformasi, hanya ada satu universiti tunggal di utara ketika itu yang berjaya keluar dari fenomena demonstrasi jalanan. Zaman itu siapa sangka ada seorang Presiden MPP mahu bersama sama dengan aspirasi kerajaan ketika arus perdana dilihat menolak kerajaan.

Formula itu diadun dan diusahakan di kesemua IPT hinggalah pasukan Aspirasi berjaya menawan kesemua IPT pada 2005 dengan keputusan 18-0. 

Pengalaman sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (99/2000) dan sebagai Ketua Editor Akhbar Mahasiswa (2005-06) membuatkan saya dekat dengan dunia kepimpinan kampus. Jaringan alumni Aspirasi yang kini sudah berusia 13 tahun mampu dijana kembali untuk memacu gerakan ketiga yang kuat bagi menghadapi PRU14.

Ada seni dan cara yang tersendiri untuk berpolitik di kampus. Mahasiswa ada idealismenya sendiri. Jika berjaya didampingi dengan betul, insyallah mereka akan terpikat pada UMNO.


Ketika membentangkan usul pertama tentang media sosial dalam Konvensyen Pertama Media Sosial di PWTC pada 2011. 

Selain daripada itu, saya mampu memberikan sumbangan di alam maya untuk menghadapi pembangkang pada PRU14. 

Media sosial dan teknologi maklumat adalah bidang pengajian saya sejak berada di universiti pada tahun 1997 lagi. Kemudian saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang strategik dan membuat kajian tentang kesan media sosial dan kejatuhan Hosni Mubarak dan Arab Spring pada 2011. 

Selain secara konsisten mengkaji perubahan media online yang berlaku di negara ini. Kajian - kajian berterusan ini sedang saya kumpul untuk dijadikan bahan bagi melanjutkan pengajian saya dalam bidang PhD pada awal tahun depan, insyallah. 

Bukan sahaja belajar namun saya sendiri terlibat secara langsung dalam bidang media online ini. Pengalaman dalam bidang ini sejak mencoret perjuangan di Idealis Mahasiswa pada tahun 2000 serta memulakan penulisan di blog sejak 2005 mampu saya kongsikan untuk membawa impak yang lebih besar kepada Pemuda UMNO Malaysia. 

Berdasarkan testimoni ini, saya dengan rendah dirinya ingin menawarkan diri berada dalam barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Saya dan Ustaz Fathul Bahri (calon no. 16) dalah calon yang sudah dipersetujui dari negeri Perlis. Saya mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua perwakilan dan juga calon calon Exco Pemuda yang lain. Angin Perubahan Untuk Pemuda. 

Undilah nombor 57.

Sekian, Wassalam.



Monday, September 16, 2013

Mereka Berdua Ini Sudah Layak Dianggap Pengkhianat Negara





PAS Wajar Tolak DAP Keluar Daripada Pakatan Pembangkang




Haron Taib hanya bercadang untuk menolak DAP, apa pun jangan ini hanya dijadikan satu kempen politik PAS menjelang Muktamar PAS pada penghujung tahun ini. Apa yang pasti, PAS sudah takut benar dengan DAP. Hingga hujung tahun ini, 

PAS tidak akan berani menolak DAP keluar daripada pakatan. PAS masih tetap dengan DAP. Yang tertipu adalah orang orang ulama dalam PAS yang mengharapkan perubahan berlaku dalam kepimpinan PAS. 

Sudah tidak relevan lagi PAS memperjuangkan tentang prinsip Islam. Orang orang PAS perlu berubah pemikiran. Keluarlah PAS dan perkukuhkan UMNO sebagai parti tunggal Melayu yang kuat untuk menentang DAP. Hanya UMNO yang berani berlawan dengan DAP.

Video Lim Guan Eng Kena Maki Dengan Rakyat Pulau Pinang

Budak Syiah Ini Kecam Anak Nik Aziz



Saturday, September 14, 2013

Thursday, September 12, 2013

Isu Kalimah Allah SWT : Akhirnya Akhbar Kristian Memuji Anwar Ibrahim #KalimahAllah


Di laman peribadinya, Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak membuat salinan dua artikel yang dipetik daripada The Malaysian Insider tentang visi dan misi Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam di samping memasukkan dua keping gambar Guan Eng dan Anwar bersama Ketua Paderi katolik itu (baca sini). 

Bukti Anwar Ibrahim Tidak Mampu Kawal Harga Barang Ketika Menjadi Menteri Kewangan #UFB4Exco #20Sen

Wednesday, September 11, 2013

Keratan Akhbar Berita Harian Tidak Naik Minyak, Pembangkang Terkantoi Salah Spin #20Sen


Ayuh Berjuang Demi Alif Ba Ta #Azrinizam4Exco




Salam, setelah mendapat persetujuan daripada ahli cawangan dan sahabat sahabat di Bahagian, saya dengan ini menawarkan diri untuk bersama sama dalam perjuangan sayap parti bagi menggalas misi yang besar yang bakal dihadapi oleh UMNO dalam PRU14. 

Mengapa perlu terlibat sama?

Pilihan raya yang bakal diundi oleh bakal 20 juga pengundi, 6.7 jutanya adalah pengundi baru. Saya ingin membawa kembali ideologi alif ba ta sebagai roh perjuangan dalam setiap hati anak muda UMNO. 

Inilah sahaja jawapan dan penyelesaian sebenar jika UMNO mahukan meneruskan kelangsungan kuasa yang ada demi masa depan anak bangsa. Sebagai bekas kepimpinan pelajar, saya bersama rakan rakan pernah melawan arus reformasi 99 dengan ideologi dan semangat aspirasi. Alhamdulilah, gelombang reformasi itu perlahan lahan terpadam di tiup angin perubahan aspirasi.

Ada cara dan pendekatan yang diambil jika mahu menawan hati dan minda anak muda. Jangan hanya persalahkan mereka semata semata jika gagal memikat pengaruh mereka. 

Kini pengundi muda bakal menentukan nasib masa depan negara. Peluang harus diberikan kepada orang muda di segenap lapisan umur untuk bersama sama berjuang mempertahankan UMNO dalam PRU14. Semangat sukarelawan dan ideologi perjuangan harus ditanam kembali agar mereka faham dan menjiwai apa sebenarnya perjuangan asal UMNO.

Piilhan raya yang bakal menentukan segala-galanya. Tidak guna berkokok di luar gelanggang lagi jika tanah dan maruah agama sudah mahu digadai. Musuh utama umat Islam sedang berkomplot untuk menjayakan agenda besar pada 2018 nanti. Ayuh kita berjuang bersama sama. 

Tuesday, September 10, 2013

Apa Kaitan Tian Chua Dengan Agenda Untuk Menghapuskan Islam Di Negara Ini?




  
Matlamat COMANGO Untuk Hapus Islam Sebagai Agama Rasmi

Gabungan NGO Malaysia telah mengadakan satu taklimat pada 11 Julai 2013 yang lalu bagi Proses UPR (COMANGO). Ia dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.

Malaysia bakal menjalani proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. Proses ini akan menentukan tahap komitmen Malaysia terhadap Hak Asasi Manusia mengikut syor yang dikemukakan oleh Negara-negara PBB pada UPR pertama pada tahun 2009.

Secara dasarnya, Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia di tempat yang cukup tinggi. Hanya di Malaysia kita melihat semua agama mendapat ruang yang cukup besar dari segi pembangunan tempat ibadah. Hanya di Malaysia, kita melihat kaum minoriti diberi hak ke atas sekolah berasingan serta bebas mempunyai akhbar sendiri, mengamalkan bahasa ibunda masing-masing sehingga mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

Hanya di Malaysia juga, kita melihat kaum minoriti ‘berkuasa’ menekan dan mencabar kaum majoriti, malah mengejek dan mempersenda kerajaan dan Raja-raja secara terbuka tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Di Malaysia, masalah hak asasi sebenar seperti buruh kanak-kanak atau diskriminasi wanita dalam pendidikan dan pekerjaan, tidak menjadi isu langsung. Pendek kata, semua manusia ‘normal’ di Malaysia bebas mengamalkan hak masing-masing dengan batas-batas tertentu agar tidak melanggar perlembagaan dan juga hak asasi orang lain sesuai dengan ketamadunan manusia.

Justeru, meletakkan Malaysia di bawah pemantauan COMANGO merupakan sesuatu yang meragukan. Dan keraguan ini terjawab apabila melihat isu-isu yang ditimbulkan di dalam Deraf Laporan COMANGO.

Antara isu yang menjadi perhatian COMANGO ialah isu LGBT atau SOGI. COMANGO menuntut penghapusan seksyen 377A Kanun Kesiksaan dalam undang-undang Malaysia berhubung salah laku liwat serta menuntut hak dan kebebasan kepada golongan LGBTIQ.

COMANGO juga menuntut penghapusan peruntukan-peruntukan berkaitan kesalahan mengikut undang-undang syariah yang memberi rujukan negatif terhadap permasalahan moral yang dilihat sebagai ‘hak peribadi’ (Perkara 9.1 dan 9.5 DLC) yang timbul dari kedudukan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memposisikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Enakmen-enakmen berkaitan kesalahan-kesalahan Syariah.

Selain itu, dalam taklimat yang sama, COMANGO dilihat cuba memberi tekanan ke atas kes penggunaan nama ‘Allah’ oleh The Herald Weekly yang masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Secara ringkasnya, semua permasalahan yang dikemukakan oleh COMANGO adalah merupakan perkara-perkara yang berkaitan agama Islam. Ini memperlihatkan bahawa COMANGO sengaja mengenepikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam di mana kedudukan Islam telah pun tertulis secara jelas di dalam perlembagaan.

Persoalannya, kenapa baru hari ini Malaysia perlu berhadapan dengan tuntutan-tuntutan sebegini? Jawapannya ialah kerana umat Islam di Malaysia semakin lemah sehingga membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mencabar dan menentang.

Keadaan menjadi sebegitu buruk apabila parti PAS yang merupakan pihak yang dahulunya paling ‘keras’ melaungkan Islam dan menentang sebarang bentuk keterbukaan kini turut bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. Bagi memelihara ‘pakatan’ mereka, PAS telah menunjukkan sifat yang pasif dalam menentang usaha memurtadkan umat Islam dan berdolak dalih dalam mempertahankan kalimah ‘Allah’ dari disalahgunakan oleh bukan Islam.

Parti UMNO yang menjadi tonggak kerajaan bagaikan keseorangan dalam mempertahankan Islam di negara ini. Dalam keadaan di mana tekanan diterima dari seluruh pelusuk termasuk dari dalam barisan kerajaan sendiri akibat lantikan mereka-mereka yang mempunyai ‘idea’ yang terbuka mengenai Islam, maka pertahanan UMNO juga semakin goyah.

Melalui COMANGO, musuh-musuh Islam melancarkan serangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak lagi menggunapakai undang-undang yang berteraskan Islam. Bagi mereka Islam adalah satu masalah besar dan perlu dihapuskan kerana ia tidak menepati citarasa mereka yang ingin mengamalkan kebebasan tanpa syarat dan had.

Umat Islam di Malaysia tidak mungkin dapat menahan asakan mereka selama-lamanya sekiranya kita terus berpecah belah. Oleh itu, PAS yang mewakili jumlah umat Islam yang signifikan di negara ini wajib meletakkan pendirian yang jelas dalam memilih untuk berada di pihak mana, iaitu sama ada bersama parti yang membela Islam yakni, UMNO, atau bersama parti yang tegar berjuang untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta menyanjung pluralisme iaitu DAP dan PKR.

Selagi PAS bersama DAP dan PKR, selagi itulah PAS merupakan rakan subahat untuk menghancurkan Islam di negara ini.

Sesungguhnya, PAS tidak wajar menggunakan nama Islam jika ingin terus berpimpin tangan dengan DAP dan PKR tetapi di masa yang sama mengharapkan UMNO sendirian berhadapan dengan asakan COMANGO.

Kejahilan Khalid Samad Dalam Isu Kalimah Allah SWT Terbukti Di Twitter


Kejahilan Ahli Parlimen PAS Shah Alam sudah terserlah dalam isu mempertahankan kalimah Allah SWT. Rasanya Khalid Samad tidak layak menjadi ahli parlimen bagi parti PAS. Khalid Samad perlu melihat video Haron Din di bawah ini.


Video Pendedahan Strategi Red Bean Army Seperti Strategi Komunis

Saturday, September 7, 2013

Subsidi Minyak, Baik & Buruknya.


Bila cakap hal subsidi, Kunta Kinte serba salah. Nak kata tak sokong tak boleh pasal ada kesan baik. Nak kata sokong seratus peratus pun tak kena juga sebab ada kesan tak baik. 

Orang yang tahu sikit sebanyak hal ekonomi tentu faham yang subsidi tak lestari iaitu tak boleh ditanggung sampai bila-bila. Dalam bahasa Inggeris, unsustainable. Masa negara banyak duit bolehlah kerajaan guna sebahagian hasil untuk bagi subsidi. Tapi bila hasil bumi negara makin kurang, pendapatan cukai turun, harga barang yang dibagi subsidi naik dan bilangan orang yang terima subsidi bertambah, susahlah nak kekalkan paras subsidi. 

Berkenaan subsidi bahan petroleum, Kunta Kinte dah banyak kali bincang dan semua orang dah tahu yang harga minyak mentah dunia mahal sejak beberapa tahun kebelakangan ini sedangkan bilangan kenderaan di jalan raya kita meningkat. Yang jadi masalah adalah banyak lagi orang di dunia yang bergantung kepada subsidi. Kerajaan pula bergantung kepada subsidi untuk dapat undi dan untuk kekalkan keamanan. 
Bila cakap hal subsidi, Kunta Kinte serba salah. Nak kata tak sokong tak boleh pasal ada kesan baik. Nak kata sokong seratus peratus pun tak kena juga sebab ada kesan tak baik. 

Orang yang tahu sikit sebanyak hal ekonomi tentu faham yang subsidi tak lestari iaitu tak boleh ditanggung sampai bila-bila. Dalam bahasa Inggeris, unsustainable. Masa negara banyak duit bolehlah kerajaan guna sebahagian hasil untuk bagi subsidi. Tapi bila hasil bumi negara makin kurang, pendapatan cukai turun, harga barang yang dibagi subsidi naik dan bilangan orang yang terima subsidi bertambah, susahlah nak kekalkan paras subsidi. 

Ada banyak negara bila kerajaan tarik balik atau kurangkan subsidi, rakyat tak cukup makan. 
Mereka buat tunjuk perasaan sampai ada yang mati. Contohnya Mesir. Sebelum kerajaan awam Presiden Dr Mohamed Morsi jatuh akibat campur tangan tentera telah peruntukkan AS$3.85 bilion (kira-kira RM12.65 bilion) sebagai subsidi makanan tapi rancang kurangkan kadarnya kerana masalah kewangan. 

Di negara itu, purata pendapatan hanyalah RM6.57 sehari dan rakyat dibagi subsidi. Kunta Kinte tak tahu yang mana lebih penting bagi orang Mesir, roti, demokrasi, Morsi atau Jeneral Abdel Fattah al-Sisi? 

Agihan subsidi biar adil 
Satu lagi yang kita kena tahu, ada jenis-jenis subsidi yang tak adil sebab orang yang tak patut dibantu pun dapat juga. Ambil contoh subsidi petroleum kita. Kerajaan selalu kata tujuannya nak bantu orang susah dan nak kurangkan inflasi. Betullah orang susah yang pakai motosikal dan kereta Kancil dapat faedah bila harga petrol murah. Tapi tauke dan orang besar yang pakai kereta 4,000cc atau 5,000cc pun dapat juga. 

Orang susah yang pakai motor dan Kancil dapat sikit. Orang kaya yang pakai Mercedes, BMW dan Hummer dapat banyak. Rasa Kunta Kinte tak adillah walaupun cukai kereta besar lebih mahal. Tapi itulah hakikat subsidi minyak kita. Bila kerajaan tarik balik atau kurangkan subsidi, kerajaan jimatkan duit tapi harga barang dan tambang naik. Jadi wajiblah duit yang dijimatkan itu digunakan dengan baik dan sama rata. Jangan tumpu di bandar-bandar saja. Orang kampung pun kena jaga. 

Satu hal lagi, bila harga barang dan tambang naik kerana harga petrol dan diesel naik, inflasi pun naik juga. Nilai duit dan kuasa membeli turun. Sekarang lagilah susah sebab nilai duit kita merosot berbanding banyak mata wang utama dunia di pasaran tukaran mata wang. 

Sebab itulah Kunta Kinte tak habis-habis bagi amaran dan persoalkan pengurusan ekonomi, mata wang, percukaian dan belanjawan kerajaan. Kunta Kinte bimbang pasal Kunta Kinte nampak ada banyak unsur pembaziran dan kesilapan memperuntukkan sumber kewangan yang terhad oleh kerajaan dan sektor swasta. 

Dalam keadaan ekonomi dunia macam sekarang, Kunta Kinte mintalah kepada semua pihak – kerajaan dan pembangkang – berhematlah bila berbelanja. Kunta Kinte orang tua. Banyak dah tengok dan rasa. 

Masa ekonomi kita merosot dan Tun Daim Zainuddin jadi Menteri Kewangan dia jimat. Dia potong gaji menteri dan gaji pegawai tinggi kerajaan. Ada yang marah, tapi kita terselamat, ekonomi kita pulih dan berkembang semula. 

Betullah Daim jimat dan kedekut. Tapi dia jimat dan kedekut bersebab. Nombor satu bukan duit dia. Nombor dua dia benci pembaziran sebab dia datang daripada keluarga susah dan pernah hidup dalam kemiskinan. Tapi ini tak bermakna orang yang datang daripada keluarga kaya dan hidup senang tak perlu atau tak boleh berjimat cermat, lagi-lagilah kalau duit itu duit negara dan duit rakyat jelata. 

Bimbang harga petrol naik lagi 

Yang orang marah dan pertikai dalam hal kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini, pada pandangan Kunta Kinte, kerana kadarnya besar dan berlaku sebaik saja lepas pilihan raya umum. Mereka takut lepas ini ada lagi yang naik. Hakikatnya, kalau orang makan gaji susah akibat kenaikan harga minyak, orang berniaga dan kerja sendiri lagi susah. Lebih-lebih lagilah yang berniaga kecil-kecilan. Bukan semua boleh naikkan harga atau sanggup tipu pengguna. 

Tapi yang tipu pun banyak. Tak payah tunggu kerajaan naikkan harga minyak. Ada saja cara dan alasan tipu. Mereka tipu mutu barangan, tipu timbang, tipu ukur dan tipu kira. Waktu hujan mereka salahkan hujan, masa kemarau mereka salahkan kemarau. Maaf cakaplah, tapi Kunta Kinte rasa di negara kitalah peniaga paling kuat menipu. Cuma kita tak tahu, tak nampak atau tak ambil berat. 

Nak bagi nasihat pun susah. Sokong salah, tak sokong salah. Tapi kita semua terpaksa hadapi kenyataan bahawa lambat laun kita terpaksa belajar hidup dengan tidak ada subsidi atau kita teruskan subsidi untuk tujuan tertentu saja. 

Kita kekalkan subsidi yang boleh jana ekonomi secara lestari macam subsidi pelajaran dan pengeluaran makanan. Subsidi gula untuk kilang tak payahlah. Kurang gula hidup kita tambah sihat. Subsidi kepenggunaan atau consumption subsidy kita kena kurangkan peringkat demi peringkat. Wallahualam.

Sumber : Kunta Kinte, Berita Harian

Selamat Hari #Malaysia50


Thursday, September 5, 2013

Ringgit Kembali Kukuh Selepas Pengurangan Subsidi Minyak #20Sen


Artikel The Wall Street Journal pada 30 Julai 2013 yang melaporkan kedudukan ringgit yang lemah disebabkan kelembapan pelaburan asing (baca sini). Ringgit jatuh 8.8% berbanding dollar Amerika kepada 3.2332. Selain itu, Fitch Ratings turut melaporkan keadaan kredit negara beralih dari kedudukan stabil kepada negatif. Dua indikasi ini mengambarkan satu kedudukan yang tidak baik pada ekonomi negara. 

Pada 2 September 2013, kerajaan mengumumkan untuk mengurangkan subsidi sejumlah RM0.20 sen kepada petrol dan diesel. Tindakan yang tidak popular kepada rakyat. Namun antara alasan utama mengapa ianya dibuat adalah untuk mengatasi defisit dan mencapai belanjawan berimbang. 

"Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020". Tidak ramai yang faham akan maksud ayat ini jika dibaca dengan emosi dan perasaan.




Masih ramai yang belum menonton video ini, sila tonton dan fahami maksud video ini. Mungkin ianya akan membantu anda untuk memahami maksud kerajaan di atas.

Pada hari Selasa, selepas pengumuman pengurangan subsidi, kedudukan ringgit kembali kukuh dan mencatat peningkatan 0.29%. Pengukuhan ringgit ini kembali menyakinkan semula pelabur terhadap kedudukan ekonomi negara (baca sini). Hanya kurang RM0.20 sen, namun masih ada lagi RM0.63 sen yang dibantu setiap liter kepada rakyat. 

Jika rakyat berfikir sebaliknya, mereka sebenarnya menyumbang 20 sen untuk bersama sama mengukuhkan semula kedudukan ringgit negara. Sumbang 20 sen tetapi yang masih diberi adalah 63 sen. Lebih baik daripada sesetengah negara yang tidak memberi langsung.

20 sen lebih baik berbanding surcaj air yang terus naik 100% di sebuah negeri. 

Tindak dinafikan, hak rakyat perlu terus dibantu untuk kurangkan beban mereka. Kerajaan yang memberikan haknya kepada rakyat juga perlu dibantu untuk bersama sama menjaga ekonomi negara ini. Dengan 20 sen macam macam boleh berlaku. Sebab itu dalam hal ini Tun Mahathir bersetuju dengan pelarasan yang telah dilakukan untuk kebaikan bersama.






Ringgit hits 3-week high after Malaysia cuts fuel subsidies #20Sen


Malaysian ringgit bank notes of different denominations are seen in this picture illustration taken in Kuala Lumpur on Aug 20, 2013. The ringgit hit a three-week high on Tuesday, outperforming some Southeast Asian currencies, as offshore funds bought it after the government cut fuel subsidies to reduce the country's fiscal deficit.

SINGAPORE (Reuters) - The Malaysian ringgit hit a three-week high on Tuesday, outperforming some Southeast Asian currencies, as offshore funds bought it after the government cut fuel subsidies to reduce the country's fiscal deficit.

The ringgit advanced 0.29 per cent to 3.2645 against the US dollar, after hitting 3.2590, its strongest since Aug 13.

That compared with a 0.23 per cent gain for the Thai baht and 0.27 per cent appreciation of the Philippine peso.


Late Monday, Malaysia Prime Minister Najib Razak looked to sidestep political opponents and temper market jitters by cutting fuel subsidies to beef up the country's fiscal position, which had spurred capital outflows. The cuts in petrol subsidies, effective from Tuesday, will save the government an estimated 1.1 billion ringgit (S$429 million) this year and another 3.3 billion ringgit in 2014, he said.

Video Reaksi Rakyat Tentang Pelarasan Subsidi Minyak #20Sen

Komen Tun Mahathir Tentang Kenaikan Harga Minyak #20Sen


Wednesday, September 4, 2013

Surcaj Air Di Pulau Pinang Naik 100%, Apakah Tidak Bebankan Rakyat Penang?


Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong : Sang Saka Malaya Bukan Panji Rasmi


Pakar Ekonomi : Pengurangan Subsidi Adalah Langkah Pengurusan Fiskal Secara Berhemat





Penjelasan ayat ini perlu dipermudahkan agar difahami oleh seluruh rakyat. Bukan semua faham bahasa ekonomi. Mereka perlu diperjelaskan dengan bahasa yang mudah dan senang untuk difahami.

Jika tidak mereka tidak akan faham situasi sebenar yang berlaku. Mereka yang marah akan tetap dengan kemarahan mereka.

Apa Beza Beli Kereta Di Singapura Dengan Malaysia?

 
 
 
 
Dengan sekatan baru daripada Pihak Berkuasa Kewangan Singapura "Monetary Authority of Singapore" (MAS) bagi pinjaman kenderaan bermotor serta struktur baru  "Additional Registration Fee" (ARF), ramai orang yang berhasrat untuk membeli atau sudah memiliki kenderaan tidak memahami bagaimana prosedur harga  sebuah kereta dikenakan di Singapura. 
 
Ramai juga kurang maklum apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada harga syiling yang tinggi "sky-high price" yang perlu  dibayar oleh pengguna di Singapura untuk mendapatkan sebuah kereta.

Berikut adalah 7 faktor bagi mereka yang ingin membeli kereta di Singapura :

1) Yuran Pendaftaran - Yuran Asas pentadbiran $140. 

2) Cukai Perkhidmatan ( 7% GST pada Duti Eksais + OMV ) Barangan & - Satu bentuk cukai penggunaan yang dikenakan berdasarkan nilai barangan. 

3) Duti Eksais (20% daripada OMV ) - Borang tambahan cukai yang dikenakan . Seperti ARF , Duti Eksais juga dikira berdasarkan peratusan daripada OMV kenderaan. 

4) Nilai Pasaran Terbuka atau "Open Market Value"  ( OMV ) - Dinilai oleh Kastam Singapura, OMV mengambil kira harga pembelian , pengangkutan, insurans dan semua caj lain yang berkaitan dengan penjualan dan penghantaran kereta dari negara pembuatan ke Singapura. OMV bukan harga jualan dari pengilang kepada peniaga yang diberi kuasa tempatan.

 5 ) Sijil Kelayakan (COE) - Terdiri daripada lima kategori: Kategori A (Kereta 1600cc bawah & Teksi ), B (Kereta 1600cc ke atas ), C (Barangan Kenderaan & Bus ), D ( Motosikal) , dan E (Terbuka) .

 6) Yuran Pendaftaran Tambahan "Additional Registration Fee" (ARF) - 100% daripada OMV berdasarkan pemerintah sebelumnya. Sehingga bidaan COE seterusnya pada Mac 2013 , struktur ARF peringkat baru akan dikenakan. Kereta dengan OMV sehingga $ 20,000 tidak akan terjejas tetapi $ 30,000 berikutnya ($ 20,001 - $ 50,000) akan dikenakan cukai 140% daripada peningkatan OMV manakala kereta dengan OMV melebihi $ 50,000 akan dikenakan cukai 180% daripada peningkatan OMV . 

7 ) Skim Kenderaan Pelepasan Berasaskan karbon "Carbon Emissions-Based Vehicle Scheme"
 (CEVS) - Kenderaan dengan pelepasan karbon yang kurang daripada atau sama dengan 160g/km layak mendapat rebat sebanyak $ 5,000 kepada $ 20,000. Sebaliknya , pemilik kereta akan dihukum dengan bayaran tambahan sebanyak $ 5,000 hingga $ 20,000 jika kenderaan mereka mengeluarkan karbon lebih daripada atau sama dengan 211g/km . 

Bacaan lanjut di pautan ini.

Tuesday, September 3, 2013

Pemuda PAS Kena Sekolah Dengan Ustaz Fathul Bahri Di Televisyen

Benarkah Nik Aziz Mengidap Kanser Tahap Akhir?

Video #Merdeka56 Yang Ditayangkan Di Pawagam Sebelum Lagu Negaraku


Harga Minyak Sudah Naik, Harga Barang Kalau Naik, Apa Rakyat Perlu Lakukan?



Harga minyak sudah naik  RM0.20 sen. Ketika era Dato Seri Najib, harga minyak bertukar sebanyak 4 kali. 

Pada 1 September 2009, harga turun RM0.90 dari RM2.70 menjadi RM1.80. Kemudian naik sebanyak 10 sen kepada RM1.90 pada 4 Disember 2010 sehinggalah semalam. Kalau dibanding, masih lagi murah RM0.60 berbanding harga RM2.70 pada 4 Jun 2008. Jika dilihat trend ini, apakah selepas ini akan diturunkan semula?



Jika dilihat pada harga minyak dunia, dijangkakan harga minyak akan naik USD$123 per tong dalam tempoh tahun ini berbanding harga sekarang USD$107.65. Apakah pengurangan subsidi sebanyak RM0.20 sen ini adalah berdasarkan harga minyak dunia ini?

Minyak yang naik tidak semestinya memberi lesen automatik untuk harga barang yang lain juga naik. Jangan biarkan ada orang yang ambil kesempatan untuk simbah lagi minyak kemarahan kepada rakyat dengan kenaikan harga yang tidak munasabah.

Kerajaan perlu mengawal harga barangan. Pada akhir zaman ini, banyak perkara yang berlaku.

Membuat keputusan yang tidak popular akan menyebabkan ramai yang marah dan hilang pertimbangan. Apa pun yang terjadi kita perlu merenung kembali sejarah kenaikan harga barang yang berlaku ketika zaman Rasulallah SAW.

Ketika terjadi kenaikan harga sahabat-sahabat r.a. bertanyakan kepada Baginda SAW:-

“Wahai Rasulallah, harga-harga barang banyak yang naik, maka tetapkan keputusan yang mengatur harga barang.”

Jawab Baginda SAW; 
"Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang menetapkan harga, yang menyempitkan dan melapangkan rezeki, Maha Pemberi rezeki. Sementara aku berharap dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku disebabkan kezalimanku dalam urusan darah maupun harta.”

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Turmudzi, Ibnu Majah)

(1) Sesungguhnya Allah Dzat Yang Mentakdirkan Semua Harga. (Tauhid Af'al)

(2) Sesungguhnya Kenaikan Harga Tidak Mempengaruhi Rezeki Seseorang.

Rezeki, ajal maut & jodoh pertemuan adalah rahsia Allah. Yakinlah, rezeki yang Allah tetapkan tidak akan bertambah maupun berkurang. Meskipun harga barang meningkat, itu sama sekali tidak akan mengganggu rezeki kita yang telah ditetapkan. Paling penting kita kena berusaha dan jangan terlalu banyak menyalahkan pihak lain semata mata. Berusaha dan bertawakal.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :

“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
(Surah Asy-Syuura, ayat 27)


Setiap sesuatu yang pasti sumbernya akan habis pasti akan habis. Mana mungkin harga emas hitam tersebut akan turun dalam pasaran di masa akan datang. Moga ini boleh dijadikan renungan bersama. 

Jangan Tinggalkan Anak Kita Sebegini

Monday, September 2, 2013