>

Wednesday, July 31, 2013

Lateefa Koya Terbukti Jahil Dalam Isu Video Menghina Umat Islam



Lim Guan Eng Ada Agenda Lain Tentang Filem "The New Village"?



KUALA LUMPUR 30 Julai - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO.

Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

"Saya tidak faham kenapa dia (Guan Eng) tidak boleh membezakan antara kedua-dua entiti tersebut.

''Memang benar pada asalnya ideologinya sama tetapi Parti Komunis China telah melalui perubahan dan setelah Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak memulakan hubungan dengan negara China maka mereka telah pun berhenti memberi sokongan kepada parti-parti luar negara terutamanya di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majli Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mempertikaikan hubungan diplomatik antara kedua-dua Pemuda UMNO dan Parti Komunis China yang disifatkan beliau telah menyerlahkan sikap kepura-puraan dan dwistandard parti terbesar Melayu tersebut dalam usaha-usaha menangani anasir komunisme di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, soal utama yang tidak ditekan Guan Eng ialah mengenai filem The New Village yang berdasarkan sedutan yang dilihat memberi gambaran positif terhadap pengganas PKM.

"Beliau sentiasa tidak menjawab isu pokok iaitu sensitiviti rakyat Malaysia yang masih lagi sensitif terhadap isu pengganas komunis," tegasnya.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan kemarahan pelbagai pihak justeru, Pemuda UMNO meminta Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada filem itu.

"Tindakan Kementerian Dalam Negeri tepat untuk menangguhnya dahulu. Ini kerana kita lihat Tanda Putera, maka filem itu ditunda dan ditangguh selama satu tahun selepas penilaian semula.

"Dalam hal The New Village, kita mahu perkara sama dibuat juga. Itu perkara yang tidak disentuh Guan Eng kerana dia tidak faham perbezaan PKM dan Parti Komunis China hari ini dalam isu hubungan diplomatik," katanya.

Video Eksklusif Lahad Datu Yang Belum Pernah Ditonton

Selamatkan Masjid Wilayah, Bersama Like Fan Page Save Kl & Wilayah Mosque










Gambar Suspek Yang Menembak Pengasas Ambank Sudah Dikenalpasti


Gambar Suspek lelaki cina yang membunuh pengasas Ambank dua hari lepas. lelaki ini dikenali sebagai nama Sei Ngan Chai. Hubungi Balai Polis Berdekatan Jika punyai maklumat lelaki ini.

Kuala Lumpur, 31 Julai 2013 - Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan. Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, Polis Kuala Lumpur percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Individu Buat Video Hina Islam Bersama Anjingnya Sudah Dikenalpasti



Tiada niat hina Islam? Berniat atau tidak bukan lagi persoalannya sekarang kerana perbuatan itu sudah jelas menghina umat Islam. Mengapa perlu lagi berbalik pada niat setelah apa yang dilakukan jelas menghina umat Islam? Chetz Yusof ini perlu diambil tindakan. Jangan dilepaskan begitu sahaja kerana tidak berniat.



KUALA LUMPUR – “Saya tiada niat hina Islam”.

Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.
Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.



Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

SKMM Siasat Satu Lagi Video Menghina Umat Islam



Individu di bawah ini dipercayai orang yang berlakon 
dalam video menghina Islam di atas.



Nama: Maznah Mohd Yusof

Keturunan: Tidak diketahui

Agama: Tidak diketahui (Ada yang katakan Islam)

Jantina: Perempuan

Umur: 38 tahun



Nama Facebook: Chetz Yusof



Nama Fanpage 1: Chetz Togom



Nama Fanpage 2: Citizens Empowering K9 and People

Kelayakan : Ijazah Sains Kejuruteraan Industri, University Marquette, Milwaukee, US



Pekerjaan: Pengasas & Konsultan ChetzTogom.com (Sebuah syarikat konsultan melatih anjing peliharaan)

No Tel: 017-38182**

Tuesday, July 30, 2013

Babit Altantuya Dengan Kapal Selam Scorpene Adalah Fitnah



Beranikah R Sivarasa dan Tian Chua buat pengakuan bersumpah?

Mazidul Akmal Buktikan Bilik Persalinan SK Sri Pristina


OK Tiada masalah. 

Sebelum ini sebilangan pihak menyebarkan berita kononnya BILIK PERSALINAN dijadikan ruang makan alternatif ini kotor. Pelajar pelbagai bangsa duduk dan makan di sini menggunakan kemudahan meja dan kerusi. Cuma di bulan Ramadan, tiada pelajar Melayu Islam menggunakan ruang alternatif terbabit kerana mereka berpuasa.

Sebenarnya, premis ini bersih dan saya buktikan. BUKAN sekadar melontarkan komen NEGATIF tanpa usul periksa. 

NO ISSUE at all. Berikutan penutupan ruang ini ramai pelajar sekolah terpaksa kembali makan di tepi longkang dan duduk di atas jalan tar untuk makan selepas bulan puasa kelak kerana kantin bersaiz kecil.

Timbalan Menteri Pendidikan II datang melawat kantin menyedari masalah ruang kantin terhad lalu menyumbang RM10,000 untuk membina struktur tambahan beratap.

MOHON Rakan dan sahabat untuk menyebarkan gambar ini. HENTIKAN FITNAH DAN SENTIMEN PERKAUMAN DAN AGAMA. Maaf ya, saya TIDAK dibayar atau menerima sebarang imbuhan untuk berkunjung ke lokasi ini.

Duit minyak saya bayar sendiri. Penat saya tanggung sendiri.

- Facebook Mazidul Akmal


Video Pandangan Ibu Bapa Tentang Isu Makan Dalam Bilik Persalinan Di SK Sri Pristina





Inilah Akibatnya Bila Ada Pihak Mahu Halalkan LGBT Di Negara Ini


Biadap & Kurang Ajar, Satu Lagi Video Menghina Umat Islam Di Youtube



Biadap dan kurang ajar. Video terbaru bertajuk "1 Hari di Hari Raya" terbitan 1 Hari Production ini ternyata menghina umat Islam di Malaysia. 

Video berdurasi 1 minit 44 saat ini memperdengarkan takbir raya sambil anjing digunakan sebagai watak untuk menggambarkan orang mengambil wuduk, makan kuih raya. 

Apa motif pembuat video ini berterusan membuat video menghina Islam sebegini? Selepas Alvin dan Vivian, ada lagi mereka yang biadap menghina umat Islam dalam bulan Ramadhan ini.

Tindakan harus diambil segera. Usah lagi berkompromi dan berdiplomasi. Orang yang biadap jangan dibenar untuk dijamin, tempatkan mereka dengan hukuman yang keras agar menjadi pengajaran kepada yang lain. 

Syiah Perlu Ditanggani Untuk Elak Perpecahan Umat Islam

Video Ini Wajib Ditonton Agar Jadi Ikhtibar Menjelang Hari Raya

Isu Syiah : Mahfuz Omar Sudah Mula Terasa Panasnya Di Kedah


Sunday, July 28, 2013

Haram Segera Filem Komunis Ini, Mudarat Yang Lebih Besar Jika Ditayang




Satu demi satu kejutan berlaku dalam bulan Ramadhan ini, lepas Alvin & Vivian, datang pula ratu cantik muslim yang menyanggah Majlis Fatwa, terbaru filem komunis pula sudah diluluskan untuk tayangan pada umum. 

Ini sudah gila, bagaimana mungkin komunis yang mengakibatkan ramai perwira negara terkorban semasa darurat pula yang diangkat menjadi hero di pawagam. Gamaknya ini yang Mat Sabu inginkan. Belum pun ditayang, filem yang dimuat naik di Youtube itu sudah mendapat 1,427 dislikes. 

Mahu ditayang pada hari kemerdekaan. Ini satu provokasi atau apa? Sebelum pemikiran rakyat ini menjadi huru hara kerana penjajahan minda komunis ini, eloklah dicari jalan baik penyelesaiannya. 

Luka lama akan berdarah kembali. Jangan salahkan bekas bekas perwira negara jika mereka bingkas bertindak menggunakan kuasa yang ada untuk menentang komunis ini di pawagam. 

Jangan beri muka pada komunis ini, jika beri juga esok lusa mereka akan minta kuasa pula di negara ini. Umat Melayu harus bersatu dalam isu ini. Ingatlah, komunis hanya meletak senjata namun ideologi mereka masih ada. Ianya akan dihidupkan semula macam filem ini. 

Bendunglah segera, bahaya filem ini boleh mengundang kemudaratan pada keselamatan negara.


Friday, July 26, 2013

Komen Ibu Pelajar Di SK Seri Pristina Yang Perlu Dibaca Oleh Semua Rakyat Malaysia


Fan Pages Facebook Menyokong Guru Besar SK Seri Prisana Diwujudkan


Tindakan guru besar tersebut ada kewajarannya. Terma bilik persalinan telah ditukar menjadi tandas oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya memanipulasikan isu tersebut sebagai isu perkauman. 

Tidak sepatutnya perkara ini dibesar besarkan, Mengapa tidak siasat dan kenal pasti dulu tempat yang dikatakan tersebut sebelum membuat tuduhan yang tidak wajar dan berasas.

Banyak gambar yang membuktikan bahawa tuduhan yang dibuat oleh blogger pembangkang adalah tidak berasas. Sila Like Fan Page https://www.facebook.com/sokong.gurubesar.sk.seri.pristana

Dato Seri @NajibRazak Di Tangga Ke-15 Dunia Pengikut Paling Ramai di Twitter @Barisanasional


Video Penyokong Pembangkang Cuba Cetus Kontroversi Di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru #KualaBesut

Thursday, July 25, 2013

Orang Yang Menghina Tun Mahathir Di Facebook Sudah Dikenalpasti


Sebelum hendak menghina dan mencaci orang lain, tanya pada diri sendiri dulu apa yang sudah disumbangkang pada orang lain. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini tidak sepatutnya membuat perkara sebegini pada orang yang sudah berjasa pada negara. Memang biadap benar Helfiz ini,.

DAP Tidak Puas Hati Saifuddin Nasuiton Dilantik Sebagai Ketua Staff Di Pejabat MB Selangor

Janji Tengku Zaihan Selepas Menang Di #KualaBesut

Che Long Gembira Orang #KualaBesut Dapat Projek RM400 juta Pemberian BN


BESUT 26 Julai - Calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, menerima kekalahannya di tangan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman 

dengan menyifatkannya sebagai takdir Allah

Kontraktor yang dikatakan banyak menyumbang kepada dana partinya itu berkata, pengalaman yang dilalui sepanjang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menjadikannya lebih matang.

Menurut Endot, beliau menerima kekalahan dengan hati terbuka dan menganggap ia adat pertandingan, walaupun sudah berusaha sebaik mungkin sepanjang 12 hari tempoh berkempen.

Walaupun tewas, beliau tidak menolak akan terus menjadi calon sekiranya diberi kepercayaan sekali lagii pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

"Saya kalah, tetapi saya gembira kerana kerajaan BN menjanjikan pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM400 juta untuk rakyat Kuala Besut.

"Selepas ini saya akan terus memperjuangkan Islam bersama Pas dan InsyaAllah tidak menolak jika dicalonkan lagi walaupun ia bukanlah keutamaan saya," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Pas d Kampung Baharu, Kuala Besut, di sini, semalam. 



CALON Pas, Endot@Azlan Yusof tertunduk selepas tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pilihan raya itu, di Markaz Pas di Kg. Baru, Kuala Besut malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID

Isu SK Pristina, Baca 12 Hujah Ini Bagi Menafikan Propaganda Yang Dibuat Oleh Blogger Pembangkang



Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) . Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.

Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak.

- gambar di atas sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam. Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera.

Link: http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.htm

Isu Kantin Sekolah Tutup, Pelajar SK Sri Pristina Tampil Beri Penjelasan Dalam Facebook


Video Dato Seri @NajibRazak Mengagihkan Bubur Lambuk di Masjid Jamek, KL

Strategi Husam Muda & Hatta Ramli Gagal Di #KualaBesut


Strategi Husam Musa ternyata gagal di PRK Kuala Besut.Tanpa kelibat Wahid Endut dan beberapa pemimpin PAS Terengganu, 

Husam Musa dan Hatta Ramli terus tenggelam dan mengalami kekalahan yang lebih teruk berbanding keputusan pada 5 Mei 2013.

Surat di atas dikatakan menjadi salah satu sebab mengapa jentera PAS Terengganu kecewa dengan Husam Musa. Baca selanjutnya di rujukan ini serta di pautan ini.





Wednesday, July 24, 2013

Serangan Pengganas Kiram Di Sabah : Polis Sabah Sedang Siasat Surat Layang

Keputusan Rasmi PRK #KualaBesut BN Menang Majoriti 2,592 Undi


Keputusan rasmi PRK Kuala Besut:

Barisan Nasional :      8,288   undi
PAS                   :      5,696 undi
Undi rosak         :        125 undi

Majoriti :                  2,592   undi

Bertambah 158 undi (naik 6.49%) berbanding 2,434 majoriti pada Mei 2013. 

Peratus keluar undi : 80%

Tengku Zaihan Menang Di #KualaBesut BN Bertambah Biru @Barisanasional


Video Ini Menceritakan Segalanya, Mengapa Tengku Zaihan Menang di #KualaBesut

Keputusan Tidak Rasmi #KualaBesut BN Menang 2,642 Undi


Rujukan Gambar Diatas Adalah dari dari petugas PAS.

Bonus Raya : Bernama Diperguna Untuk Sebar Cerita Palsu


Imej di bawah ini adalah berita yang dimanipulasikan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap BERNAMA.



Taktik Kotor PAS Memakan Diri, Akhirnya Ditolak Oleh Rakyat #KualaBesut


Angkara siapakah cat merah ini?  Mengapa mereka begitu membenci sekali kepada pemimpin BN hingga sanggup buat perkara sebegitu? Taktik taktik ini sebenarnya memakan diri pihak yang membuatnya. 

Tengku Zaihan Ulas Kenapa Dia Pakai Baju Warna Merah #KualaBesut

Muslimah PAS Gagal Kawal Emosi, Gagal Terima Kekalahan #KualaBesut

Penyokong PAS Mula Emosi, Kepung Kereta Timbalan Pengerusi SPR #KualaBesut





KUALA BESUT, 24 Julai (Bernama) -- Lebih 100 penyokong parti PAS bertindak menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di sini.

Mereka yang berkumpul di hadapan pintu pagar sekolah itu dengan membawa poster dan bendera parti, difahamkan bertindak demikian kerana menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo suruhanjaya.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Wan Ahmad berkata mereka menggunakan kereta kerajaan negeri Terengganu termasuk milik Majlis Daerah Besut kerana kenderaan SPR tidak dibawa ke sini.

"Kereta yang digunakan tidak mempunyai logo SPR kerana ia bukan kereta rasmi suruhanjaya dan penumpang juga tidak dapat dilihat dari luar kerana cermin kereta itu gelap.

"Mereka turut tidak mempercayai polis yang cuba menjelaskan bahawa kereta itu membawa saya dan anggota SPR, sebaliknya terus mengerumuni kereta.

"Tetapi saya bernasib baik ada beberapa pemimpin parti itu kenal dan sedar saya berada di dalam kereta kemudiannya menenangkan penyokong-penyokong tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang berada di situ untuk berjumpa dengan penyokong parti, berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

"Saya juga berpendapat kekecohan itu dilakukan oleh penyokong luar kerana penduduk Kuala Besut masih mempunyai sifat menghormati pemimpin atau tetamu yang berkunjung ke sini," katanya.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

-- BERNAMA

Video Ini Punca Penyokong Penyokong PAS Balik Awal #KualaBesut


Mereka datang dari jauh untuk tolong Che Long, tetapi akhirnya mereka mendapati Che Long sendiri tidak ada karisma dan kemampuan untuk menang di Kuala Besut. Akhirnya mereka pun baliklah ramai ramai. 

Video : Tukang Provokasi PAS Mulai Provokasi BN #KualaBesut

Husam Musa Guna Gas Helium Untuk Penyokongnya Provokasi MB Terengganu #KualaBesut


Penyokong PAS ini bertindak tidak wajar bila cuba berbaloh dengan MB Terengganu. Dengar baik baik suara petugas PAS tersebut. 

Dah terkucil tak keluar suara bila cuba memprovokasi MB Terengganu. Akhirnya berundur dan balik begitu sahaja. 

Apakah Husam Musa menggunakan gas helium untuk mengubah suara penyokong PAS ini?

Tukang Provokasi PAS Sudah Dikesan #KualaBesut



Gambar Calon BN Turun Mengundi Di #KualaBesut


Anwar Ibrahim Kutuk Dirinya Sendiri Dalam Video Ini #KualaBesut

PAS Mula Beri Rasuah Kepada Pengundi #KualaBesut

Apa Tujuan Mak Cik Ini Pakai Salib Di #KualaBesut ?


Apa agenda tersirat yang ingin dibawakan oleh mak cik ini? Bukankah kawasan Kuala Besut didiami oleh majoriti orang Islam? Hairannya, PAS yang mendakwa sebagai parti Islam tidak berani langsung untuk menegur perbuatan mak cik ini. Mengapa PAS jadi begitu? Takut dengan DAP?

Che Long Dah Akui Kalah, Sudah Tidak Mahu Bercakap Banyak #KualaBesut

Video Ini Menjadi Alasan Kuat Rakyat #KualaBesut Untuk Menolak PAS

Rahsia Kempen 16:16 PAS Sudah Terbongkar #KualaBesut

Video ADUN PAS Gelar Pengundi #KualaBesut Bodoh Macam Kambing

Tuesday, July 23, 2013

34 Tahun Dulu #KualaBesut Pilih BN, Esok #KualaBesut Akan Bertambah Biru Dengan BN @Barisanasional @NajibRazak




Puisi yang dideklamasikan oleh CK Rahman ini amat mendalam maknanya. Dikarang khas buat anaknya keempatnya itu pada 9 Julai 2013 di Dataran Kuala Besut.

Lahir pada 1939 di Kuala Besut, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah pernah bertugas di Besut sebagai guru sekolah Nurul Ittifaq 1958-1975, kemudian pada tahun 1975-1978 telah menjawat jawatan Pengurus Projek LKIM di Kuala Besut. 

Kemudian bertugas di Jerteh sebagai Pembantu Dakwah Yayasan Islam Terengganu pada 1980-1981, berkhidmat sebagai Pegawai Pembimbing Koperasi Tajaan Kerajaan Terengganu pada 1981-1995. Pada 1995-2001 menjadi pegawai penyelaras pentadbiran masjid Daerah Kemaman.

Cerita dan dakwaan PAS kononnnya CK Rahman adalah orang Kemaman dan bukannya orang Kuala Besut adalah tidak benar.

Surau Kampung Nail

CK Rahman adalah antara orang yang mula mengasaskan UMNO Cawangan Kuala Besut di Surau Kampung Nail pada 22 Februari 1957. Pada waktu itu, CK Rahman dilantik sebagai Penolong Setiausaha UMNO Cawangan.

Pilihan raya kecil bukanlah kali pertama berlaku di Kuala Besut. Ianya pernah berlaku 34 tahun yang lalu bila ADUN Kuala Besut, Zakarian Muda meninggal dunia pada 24 Jun 1979. 

Difahamkan mengalami kesakitan yang sama seperti arwah Dr A Rahman Mokthar yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013.

Dato Wan Zakaria dan Idris Jusoh, dua orang kuat Besut.

Pada tahun 1979, Dato Wan Zakaria yang ketika itu menjadi ADO Besut telah dipilih untuk menjadi calon Barisan Nasional. Manakala PAS pula memilih orang Hulu Besut iaitu Husin Jusoh sebagai calon PAS. 

Menariknya, pilihan raya kecil pada 1979 itu juga diadakan dalam bulan puasa. Sama skripnya dalam 2013, kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat di Besut (sebelum bertukar ke Putrajaya pada Februari 2013) juga terpilih untuk memberi khidmat pada rakyat Kuala Besut.


Tengku Zaihan, duduk paling kiri adalah anak kampung Kuala Besut, ketika bermain dengan rakan sepermain waktu kecil.

Ketika Dato Wan Zakaria menjadi calon pada 1979, usianya baru 36 tahun. Sejarah seakan sama bila ore muda yang berusia 37 tahun dipilih menjadi calon BN di Kuala Besut pada 2013. 

Semua yang berlaku adalah ketentuan dan takdir Allah SWT. Apa yang pasti rakyat Kuala Besut akan membuat pilihan yang terbaik bagi masa anak dan cucu pada masa hadapan di Kuala Besut dan Terengganu pada esok hari.

UMNO sudah terbukti berkhidmat untuk anak bangsa. Gambar Tun Abdul Razak merasmikan Sekolah Nurul Ittifak, Kuala Besut.

Pilihan yang pastinya tidak sukar kerana sejarah dan tradisi sudah membuktikan BN adalah parti yang berkhidmat untuk rakyat di Kuala Besut. 

BN adalah pilihan terbaik demi masa depan umat Melayu & Islam di negara ini. 

#KualaBesut Trending Di Twitter, Catat 65.7 juta Impressions Sejak Hari Penamaan Calon PRK Kuala Besut


Hashtag #KualaBesut trending di Twitter bila mencatat jumlah tweet paling tinggi di kalangan 333 hashtag lain. Sejumlah 6,270 tweet, 65,721,640 juta impression dicatatkan sejak 12 Julai 2013 hingga 23 Julai 2013. 

Paling tinggi tweet dicatatkan oleh @tunfaisal diikuti oleh 25 orang penyumbang tweet yang lain seperti berikut. Dijangkakan esok #KualaBesut akan menjadi satu trend bagi pengguna twitter untuk mengikuti maklumat semasa tentang pilihan raya kecil di Kuala Besut. 




Gambar Tengku Zaihan Disimbah Cat Merah di #KualaBesut , Siapa Punya Angkara?


"Kuala Besut Sebuah Nama" Puisi Untuk Pengundi #KualaBesut Oleh Ayah Tengku Zaihan @Barisanasional @NajibRazak





Puisi karya CK Rahman, ayah Tengku Zaihan, calon BN untuk Kuala Besut.