>

Sunday, March 31, 2013

Video Dato Seri @NajibRazak Bersama Jemaah Tabligh Di Seri Petaling

Penipuan Rafizi Ramli Terbongkar, Terkantoi Sudah Rafizi Lemah Matematik #ManifestoBukanJanji


Belum Pernah Ditonton: Video Eksklusif Tentang Situasi Malam Di Kelantan

Beranikah Husam Musa Saman Video Ini

Tun M Yakin Pembangkang Akan Buat Huru Hara Masa #PRU13

#OpsDaulat : Penduduk Tanjung Labian Sedih Tinjau Kampung Halaman

Azmin Ali Pasti Marah Dengan Kenyataan Khalid Ibrahim Ini



Hendak jadi MB Selangor bagaimana? Berangan sahajalah. Kenyataan ini hanya satu umpan politik Khalid Ibrahim untuk menjadi calon DUN di Selangor. Ini kerana yang meluluskan watikah calon adalah Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Saturday, March 30, 2013

Tokoh Akademik Ramal @BarisanNasional Akan Menang #PRU13


Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dengan pembubaran Dewan Rakyat tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), persoalan yang berlegar di setiap kepala sama ada ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali dengan mandat yang lebih utuh berbanding pilihan raya umum 2008 ?



Terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi untuk menentukannya, seorang ahli akademik yang menjejaki perkembangan politik di negara ini percaya arus politik semasa memihak kepada BN.

"BN akan dapat balik kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang. BN akan menang besar. BN akan dapat kerusi dua pertiga." Ini analisis peribadi Prof Dr Kamaruddin M Said, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) dalam wawancara khas dengan Bernama di sini baru-baru ini.

Kamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN.

Dengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR).

Oleh kerana itu beliau menjangka BN dapat merampas semula semua atau sebahagian besar daripada 30 kerusi parlimen yang jatuh ke tangan PR pada PRU12.

Untuk rekod, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada PRU 2008 dengan memperoleh hanya 140 kerusi parlimen sementara PR memenangi 82 kerusi parlimen.

Di peringkat DUN, BN memperoleh 307 kerusi sementara PR 198 kerusi.

LEBIH DINAMIK

Apabila Kamaruddin menyatakan BN akan menang besar, beliau menyandarkan analisis yang optimis ini kepada kepimpinan kerajaan dan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik mencirikan kepimpinan Najib.

Beberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN.

Kepimpinan Najib yang lebih dinamik dengan pelbagai program transformasi serta inisiatif 1Malaysia dilihat sebagai kunci utama yang akan mengembalikan kemenangan besar BN pada PRU13.

Menurut Kamaruddin, Gagasan 1Malaysia yang dianggap sebagai sangat strategik seakan mahu memujuk bukan Melayu dan memberi harapan kepada orang Cina dan India.

Ia juga berjaya kerana diumumkan pada masa orang Melayu tidak takut lagi kepada persaingan.

"Semuanya kerana kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya melahirkan Melayu Baharu profesional.

"Jika diumumkan pada 1970 ia tidak mungkin diterima kerana Tragedi 13 Mei 1969. Orang Melayu pada masa itu mengharapkan pembasmian kemiskinan dan pembelaan.

"Tetapi apabila diumumkan pada 2009, orang Melayu menerimanya dengan tenang sebab minda orang Melayu terutama Melayu Baharu sudah berani bersaing, sudah berani ke pentas antarabangsa," kata Kamaruddin.

UNTUK SEMUA

Kamaruddin, yang juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), berkata terdapat banyak unsur kebijaksanaan dalam dasar-dasar baharu yang dibuat Najib.

Beliau mengambil contoh kepada pemansuhan Akta Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Akta Universiti dan Kolej Universiti 1970 juga sudah dilembutkan dan tidak ada lagi halangan untuk pelajar terlibat dalam politik.

"Promosi program-program 1Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan jelas menunjukkan mana-mana rakyat yang memerlukan akan diberi bantuan tanpa mengira kaum.

"Ini dilihat sebagai adil dan saksama terutama bagi pengundi atas pagar, " jelasnya.

BUKAN PENENTU



Jika ada orang beranggapan PRU13, pilihan raya penentu, Kamaruddin berpendapat sebaliknya.

"Mungkin pandangan saya ini berbeza daripada pandangan orang lain. Pilihan raya penentu sebenarnya ialah PRU12 pada 2008.

"Pada PRU12, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan sahaja merampas 30 kerusi parlimen yang sebelum itu dikuasai BN tetapi pembangkang menguasai lima buah negeri.

"Kedudukan PKR juga menjadi hebat. Daripada satu kerusi parlimen, PKR menambah 30 lagi kerusi parlimen. Pada saya pengundi yang mengundi PKR ialah pengundi atas pagar," kata Kamaruddin.

Pengundi atas pagar yang disebutkan ini ialah golongan muda dan profesional.

Dua faktor dikaitkan dengan kemenangan besar PR iaitu kepimpinan BN yang lemah serta simpati bagi Anwar Ibrahim yang keluar daripada tahanan dan diangkat sebagai wira.

"Hampir 100 peratus pengundi atas pagar ini menyokong dia (Anwar). Kalau nak menang masa itulah sepatutnya. Bagaimana pihak pembangkang tidak berjaya mendapat undi yang banyak," jelas Kamaruddin.

TIDAK SUSAH

Bukan sedikit yang menjadi taruhan pada PRU13. Pembangunan negara, keamanan dan masa depan yang cerah untuk generasi muda khususnya.

Ini yang perlu dijaga dan keputusan untuk membuat pemilihan yang tepat bagaimanapun bukanlah sukar. Perkara ini turut ditekankan Kamaruddin.

Menurut beliau, pengundi sekarang bukan berada dalam keadaan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak' seperti senario 2008.

"Pilihan untuk PRU13 sudah menjadi mudah. Kepimpinan Najib adalah yang terbaik dan saya fikir majoriti akan membuat keputusan seperti itu termasuk kumpulan atas pagar.

"Saya rasa tidak juga sukar untuk pengundi atas pagar meninggalkan Anwar kerana mereka sudah membayar pampasan pada 2008, sudah tak ada rasa bersalah.

"Sekarang pun imej Anwar sebagai wira sudah tercalar banyak. Dia juga tidak boleh mengharmonikan kerjasama tiga parti dalam PR," kata Kamaruddin.

Menurut beliau, sebenarnya tidak ada keserasian politik antara PAS, DAP dan PKR berbanding kerjasama yang agak mantap dalam kalangan parti-parti komponen BN.

"Terkini isu kalimah Allah dan siapa akan jadi perdana menteri jika PR menang," kata Kamaruddin.

Bagaimanapun, beliau berkata penyokong pembangkang tegar parti pembangkang tidak akan mengubah pendirian mereka untuk terus menyokong pembangkang pada PRU13.

ARAB SPRING

Ketika bahang PRU13 semakin terasa, ada juga pihak yang membuat telahan 'Arab Spring' akan berlaku di Malaysia.

Dalam menolak andaian itu, Kamaruddin mengingatkan bahawa 'Arab Spring' itu sebenarnya ditaja kuasa besar terutama Amerika Syarikat.

Menurut beliau, gerakan ini ada kaitannya dengan pandangan Amerika Syarikat bahawa keselamatan negara itu digugat oleh para pemimpin Arab ini yang kemudian dijatuhkan satu persatu.

Ini termasuk Hosni Mubarak yang dikorbankan meskipun ia sekutu Amerika kerana Amerika menganggap Mesir akan menjadi pentas yang boleh menggugat kedudukannya.

Menurut Kamaruddin, Malaysia hanya sebuah negara kecil dan tidak pernah menggugat keselamatan Amerika Syarikat.

"Walaupun kita kecil, perdagangan kita dengan Amerika sangat penting dan besar. Persepsi Amerika terhadap negara kita pun sudah berubah berbanding sebelum ini.

"Maknanya dalam keadaan sekarang, Amerika tak akan membantu untuk melancarkan Arab Spring di Malaysia," tambahnya.

AMAL DEMOKRASI

Malaysia juga satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mengamalkan demokrasi sejak merdeka dengan mengadakan pilihan raya setiap lima tahun sekali.

Parti yang memerintah walaupun tidak sepenuhnya sempurna namun berjaya memainkan peranan membangun negara, menyusun masyarakat, memerangi komunis, mengatasi Peristiwa 13 Mei dan melancarkan DEB.

Menurut Kamaruddin, sejak Merdeka, BN mencatatkan rekod yang baik dalam membangunkan negara.

Ia hasil kerjasama gabungan nasionalis Melayu, Cina, India dan kemudian nasionalis Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata parti yang memerintah bukan sekadar menabur janji dan mengaitkan dengan peribahasa "Siapa Menyemai Angin Dia Menuai Badai." "Maknanya, katakanlah parti memerintah hanya pandai menabur janji, sudah tentu kerajaan itu sudah lama hancur. Ini tidak berlaku kepada BN," tegasnya.

-- BERNAMA




Bukti Anwar Ibrahim Gagal Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor #ManifestoBukanJanji #SayangiSelangor


Bukti Khalid Ibrahim Gagal Di Selangor #ManifestoBukanJanji


Bukti Manifesto Pembangkang Mudaratkan Rakyat #ManifestoBukanJanji



PUTRAJAYA 29 Mac - Pelaksanaan manifesto pakatan pembangkang akan meningkatkan defisit fiskal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada empat peratus kepada 11.5 peratus dalam tempoh setahun.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan akan mengalami keadaan jumlah hasil tidak mencukupi yang boleh menyebabkan krisis kewangan.

Dokumen Rasuah Pakatan Pembangkang Terbongkar


Baca pendedahan seterusnya di sini.

Video Eksklusif Aksi Sukhoi SU 35 di LIMA 2013

Video Eksklusif Dato Seri @NajibRazak Buat Masyarakat Cina Malaysia #Transformasi

Bukti @BarisanNasional Akan Menang Di Perak #TahanPerak

Video : Abon & Hamid Gurkha Buat Pakatan Pembangkang Panas

Fakta Ladang Rakyat Yang Tidak Keluar Di Harakah #TukarKelate



Fakta Ladang Rakyat menurut Laporan Ketua Audit Negara

Keluasan tanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri PAS kepada Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat (PPLR) ialah 81,095 ekar di jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah Kelantan. Daripada jumlah itu 27,649 ekar tanah adalah yang telah majukan (rentah) oleh penduduk tempatan dengan tanaman dusun dan getah.

76,870 ekar tanah telah dipajak oleh PPLR kepada syarikat swasta (atau kita panggil tauke).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Tauke akan mendapat pulangan bersih setahun sebanyak RM1.621.99 Billion setahun manakala PPLR hanya perolehi pulangan RM420.82 juta untuk 20 tahun (atau RM21 juta setahun).


Peserta Ladang Rakyat yang dipilih pula dapat RM200 sahaja setiap bulan. Peserta tidak dapat pemilikan tanah ataupun keuntungan lain. 639 pekerja adalah warga asing berbanding 282 warga tempatan.

Pencapaian ETP & GTP #BNBagus #Transformasi @BarisanNasional


Situasi Terkini Di Felda Sahabat, Lahad Datu #PrayForSabah

6 Fakta Ini Bakal Buat Guan Eng Panas #SavePenang



Sketsa Hamid Gurkha Ini Bikin Pakatan Pembangkang Panas

Perkembangan Terkini #OpsDaulat : Musuh Kini Tinggal Kurang 10 Orang




LAHAD DATU, 29 Mac (Bernama) -- Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.

"Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.

Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.

"Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu," katanya.

-- BERNAMA

Friday, March 29, 2013

Defisit Rm262.04 juta : Bukti Lim Guan Eng Gagal #SavePenang


Prestasi kewangan pusat dipersoal. Ditanya mengenai hutang walaupun jelas ada perubahan positif berlaku, diendahkan. Tetapi, bila prestasi kewangan mereka tak memberangsangkan, didiamkan sahaja. Malah mencanangkan mereka lebih bijak dalam pengurusan kewangan.

Pendapatan isi rumah meningkat #BetterNation #BNBagus


PUTRAJAYA 27 Mac - Pendapatan isi rumah bulanan purata di Malaysia meningkat secara menyeluruh sebanyak 6.6 peratus setahun di bandar dan 6.4 peratus di luar bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 menunjukkan peningkatan pendapatan isi rumah bandar daripada RM4,705 pada 2009 kepada RM5,742 pada 2012.

Katanya, pendapatan isi rumah luar bandar pula bertambah daripada RM2,545 kepada RM3,080 dalam tempoh yang sama.

''Ini merupakan petanda kejayaan kerajaan dalam usaha menggalakkan pembinaan landasan ekonomi yang kukuh melalui pelebaran pembangunan di kawasan bandar bagi memenuhi kepesatan urbanisasi yang menempatkan lebih 71 peratus penduduk.

''Peningkatan di luar bandar antara lain disumbangkan melalui usaha Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan pelbagai infrastruktur selain penawaran program dan skim yang boleh menjana pendapatan penduduk," katanya ketika mengumumkan hasil PPIR di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Dr. Abdul. Rahman Hasan dan Ketua Pengarah EPU, Datuk Dr. Rahanat Bivi Yusoff .

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terdahulu mengumumkan pendapatan isi rumah bulanan negara keseluruhannya meningkat secara ketara iaitu daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.
Nor Mohamed berkata, semua negeri mencatatkan peningkatan pendapatan isi rumah purata dengan Kuala Lumpur mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi sebanyak 14.9 peratus.

Beliau berkata, banyak negeri termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Labuan mencatatkan kadar pertumbuhan mengatasi kadar kebangsaan sebanyak 7.2 peratus.

Dari segi kategori etnik pula, Nor Mohamed berkata, pendapatan isi rumah bulanan bumiputera meningkat 6.9 peratus kepada RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.

Katanya, Pekali Gini yang diguna untuk mengukur jurang pendapatan mencatatkan pengurangan daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.431 pada 2012 sekali gus menunjukkan pengagihan pendapatan kalangan isi rumah yang bertambah baik.

''Pekali Gini bagi bumiputera terus bertambah baik daripada 0.440 (2009) kepada 0.421 (2012) dan Cina bertambah baik daripada 0.425 (2009) kepada 0.422 (2012).

''Pekali Gini bagi kaum India bagaimanapun menunjukkan peningkatan daripada 0.424 (2009) kepada 0.443 (2012) yang mencerminkan peningkatan ketidakseimbangan dalam kaum India.

''Keadaan dalam kaum India ini disebabkan pertumbuhan pendapatan lebih pantas bagi kumpulan berpendapatan tinggi dan sederhana berbanding kumpulan berpendapatan rendah," katanya.

Mengenai kemiskinan, beliau memberitahu, pembangunan sosioekonomi yang menyeluruh membolehkan kemiskinan berkurangan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada 2012 manakala isi rumah miskin berkurangan 52.7 peratus daripada 228,400 kepada 108,000.

''Dengan pencapaian ini, sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk mengurangkan kemiskinan keseluruhan kepada dua peratus pada 2015 telah pun tercapai tiga tahun lebih awal,'' katanya.

Malaysia's Najib says economy at risk from weak election result #BetterNation



PUTRAJAYA, Malaysia | Wed Mar 27, 2013 2:50am EDT

(Reuters) - Malaysian leader Najib Razak has warned that nascent reforms can't be done "overnight" and that Southeast Asia's third-largest economy risks slipping backwards if he does not win a strong majority in an election he must call within weeks.
Prime minister Najib said a reduced parliamentary majority could weaken his drive to curb Malaysia's budget deficit and raise investment, and even cost him his job.
"A strong government is necessary for us to accelerate the process of transformation in this country," Najib, who is also finance minister, told Reuters.
The election, shaping as the closest in more than 50 years of post-colonial history, must be called by the end of April.
 
"A weak government means instability and uncertainty and a country can ill afford that kind of scenario for the next five years given the external economic situation that's going to be between weak and rather uncertain."
Convincing Malaysians that his government is "transformational", as 59-year-old Najib puts it, is crucial to the ruling coalition's chances.
The ruling National Front is facing a confident opposition alliance led by former deputy prime minister Anwar Ibrahim, who says Najib's reforms have stalled and who is tapping into a potent desire for change after 56 years of rule by a coalition led by the dominant United Malays National Party (UMNO).
Najib's coalition, helped by economic growth that hit 5.6 percent last year and its own deep financial pockets, is favored to win against a fractious three-party opposition. But there is uncertainty over the outcome, helping make Kuala Lumpur's stock index Asia's worst performer this year.
Najib has delayed potentially painful reforms to wean the country off dominant oil revenues and stem rising debt.
He signaled that those steps would not be rushed through even if he formed a stronger government than the one that emerged from the 2008 election, when the National Front lost its two-thirds parliamentary majority for the first time.
"If you try to do it overnight like some countries are doing, there's a massive contraction of theeconomy," he said.
"We cannot afford that. We have to be mildly expansionary in our policies but fiscally responsible," Najib said.
ARAB SPRING COMPARISON
Malaysia's budget deficit fell to 4.5 percent last year from more than 6 percent when Najib took office. Its debt has crept up to around 53 percent of GDP -- close to a self-imposed limit of 55 percent -- from 43 percent in 2008.
Najib has overseen a deluge of handouts to poorer Malaysians in what opposition politicians call thinly disguised vote-buying. Najib counters that the opposition's plans, including free university education, would send the deficit soaring.
"The word 'change' has been abused so many times. As you know with the Arab Spring, there were no dividends," Najib said.
Taking power in 2009, Najib staked his fortunes on reforms aimed at spurring growth, increasing transparency and dismantling policies that favor majority ethnic Malays but which have alienated minority ethnic Chinese and Indians.
His flagship policy is the $444 billion Economic Transformation Programme (ETP), which aims to double per capita incomes to $15,000 by 2020. The ETP has won initial praise from investors, although it remains to be seen if private investment can play as bigger role as hoped.
Najib's reformist ambitions are widely seen as having been curbed by conservative interests within UMNO. He has announced few major steps to roll back ethnic privileges that distort the economy and are seen as favoring the elite.
Najib said that a "vast majority" of government contracts were now awarded through open tenders and that government spending was increasingly based on needs rather than race.
Political pundits expect that an unconvincing election win for Najib will result in a leadership challenge later this year from within UMNO, possibly from his own deputy Muhyiddin Yassin, who is seen by markets as less reform-minded.
(Editing by Paul Tait)

Video Yang Pasti Buat Nik Aziz Gelisah #TukarKelate

Tell us what your idea of a #BetterNation


You dream of a country.
Fair and true.
Progressive and strong.
A nation that works for you as hard as you work for it.
Cares for you as much as you care for it.
Listens to you as well as you listen to it.

You dream of a #BetterNation?
Let's make the #BetterNation.

Rafizi Ramli Terkantoi Lagi #HujahTurunkanHargaMinyak


Najib: Two-thirds majority for BN achievable #PRU13 #GE13 #BNBagus #BetterNation



REMARKABLE ECONOMIC PERFORMANCE: A Barisan Nasional victory will result in unprecedented boom in the stock market

 PRIME Minister Datuk Seri Najib Razak is cautiously optimistic that the Barisan Nasional (BN) coalition will attain victory in the general election, which could be called in a matter of days.
In an interview with the Financial Times daily journalist Jeremy Grant at his office in Putrajaya last week, Najib said achieving two-thirds majority was "achievable".
"But I realise that in an election, anything could happen. That's why I say I'm cautiously optimistic.
"Investors are looking for a strong mandate for the current government. If we should, or rather when we get a good result, you will see an unprecedented boom in the stock market. I'm quite confident of that," he said.
Under Najib's leadership, the country had seen a remarkable economic performance, which the International Monetary Fund last year described as having "surpassed expectations".
The economy grew 5.5 per cent, driven by domestic demand and the buoyant exports of commodities such as gas and palm oil.
The daily reported that the country had also benefited from an economic programme introduced by Najib, who is finance minister, which aimed to double per capita income to US$15,000 (RM46,510) by 2020.
Such strong economic reforms have instilled external confidence in the current administration, which saw foreign holdings of Malaysian government bonds jump by 550 per cent to RM215 billion (US$69 billion).
According to the daily, the recent campaign by the Najib-led administration to root out Filipino intruders in Sabah could also give the premier a boost, especially from nationalist-minded voters.
On if he would introduce general sales tax, Najib said: " I will look at the tax structure, definitely, because we need to enhance the revenue base. The government's revenue base has to be predicted on much stronger footing."
Najib took a swipe at the Pakatan Rakyat coalition's economic proposals as contained in its manifesto, which included raising the minimum wage, abolishing monopolies in telecommunications and rice, and removing excise duty on vehicles.
"I think it is too risky to put faith in a coalition that does not have a clear sense of direction that they want to take the country in. They have also presented a manifesto that is not credible," he said, adding that the manifesto would send Malaysia's current account into deficit within a year.
The prime minister said the government was "equally concerned about corruption", adding that the Malaysian Anti-Corruption Commission was focused.
"Prostitution and corruption are two things that mankind has had to live with for so long, but we are determined to tackle it. It is a scourge. But it is something that will not go away overnight."
On his decision to make changes in Umno's constitution last year making it easier to challenge the leadership, Najib said by doing so, he had made Umno "more democratic, more inclusive".
"Of course, by doing that, I'm putting myself at risk. But I believe that what we're doing is good for the country and good for the party." - NST

Belum Pernah Ditonton: Video Eksklusif Insiden Memali Di Baling

Kisah Ngeri Wartawan Dijeling "Sulu Parang" di Sabah #PrayForSabah #LahadDatu




Penipuan Rafizi Ramli Terbongkar Lagi #PKRosak


Penipuan DAP Di Johor Didedahkan #DAPenipu

Penyakit Anwar Ibrahim Berjangkit Pada Guan Eng



Salah taip pun salahkan MCA. Sama macam Anwar Ibrahim, dia buat salah, salahkan UMNO. Salah taip tidak mengaku salah sendiri. Bagaimana suatu projek yang begitu besar Guan Eng boleh tersalah taip? Ini bukti Guan Eng tidak teliti dan tidak bersungguh sungguh untuk mengadakan projek tersebut. Ada udang di sebalik batu?

Tergamam Rafizi Baca Fakta Fakta Ini #ManifestoBukanJanji


Formula Untuk Kekang Dana Biayai Pengganas Di Lahad Datu #PrayForSabah #OpsDaulat

Dato Seri @NajibRazak Yakin BN Raih Undi Majoriti #PRU13 @BarisanNasional

Gambar Gambar Eksklusif #OpsDaulat #PrayForSabah







Thursday, March 28, 2013

Bukti Terbaru Tian Chua & Sivarasa Berada Di Manila Sebelum Pencerobohan Berlaku di Lahad Datu #OpsDaulat


Akhirnya, Tian Chua dan Sivarasa telah dikantoikan sendiri oleh rakan rakannya dalam PKR. Penglibatan kedua dua orang daripada SUARAM dengan apa yang berlaku di Lahad Datu sudah semakin jelas. 
Video di bawah ini dirakam pada 10.02.2013 (2 hari sebelum pencerobohan di Lahad Datu) semasa Program Sambutan CNY PKR 2013.


Video yang membuktikan Tian Chua, Siva Rasa, Darell Leiking dan beberapa orang pemimpin pembangkang yang tidak diketahui, telah berada di Philipina selang beberapa hari sebelum insiden pencerobohan di Lahad Datu berlaku.

Kemudian lihat pula kenyataan Tian Chua yang diambil daripada akaun Twitter milik beliau;




Dalam ucapan ringkas Darell Leiking, beliau ada mengatakan;

"Baru tadi.... baru semalam (09.02.2013),  saya balik daripada Manila untuk satu misi bagi parti dengan rakan kita di sana, YB Tian Chua dan YB Siva Rasa. DSP Wilfred Bumburing pun sepatutnya bersama kami tapi beliau banyak urusan di sini Sabah tapi saya tahu beliau selalu Touch dengan kami berkenaan apa misi kita di manila baru-baru ini......"



Suatu yang mengejutkan, tarikh Tian Chua bertolak ke Philipina (31 Jan 2013) sehingga Darell Leiking memaklumkan kepada hadiri dengan ayat "semalam" (09 Feb 2013), menggambarkan seakan-akan pemimpin-pemimpin pembangkang berada di Philipina untuk suatu tempoh yang agak lama. 

Seorang Lagi Panglima Pengganas Kiram Ditembak Mati #PrayForSabah #LahadDatu





Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.


 Lelaki berusia 60-an itu dipercayai pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.


 Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.


"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.

"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


 Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut. Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.

Menurutnya, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.

"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya. - UTUSAN

Video : Penceramah PAS Guna Bahasa Kesat

Video : Rakyat Marah Sama Lim Guan Eng #SavePenang

PKR Rancang Keganasan di 10 Tempat Pembuangan Undi


Mencetuskan keganasan dan kekacauan bukan lagi sesuatu perkara yang asing bagi pembangkang. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa. 

Sama seperti 2008, mereka meminta agar pemantau asing datang dan mereka tidak jadi membuat kacau bila keputusan pilihan raya memihak kepada mereka di lima buah negeri (baca sini). 

Dokumen di atas mendedahkan PKR bercadang untuk membuat kekacauan di 10 tempat di seluruh negara. Memang sudah sekian lama PKR merancang untuk mengadakan keadaaan yang tidak tenteram di negara ini (baca sini).

Keganasan yang sama mengikut modus operandi "tangan asing" sebagaimana yang terpapar dalam video di bawah ini. Revolusi dan kekacauan adalah senjata terakhir Anwar (baca sini).

Mereka merancang membuat kekacauan ketika hari pembuangan undi, apakah kekacauan tersebut boleh jadi lebih awal lagi? Apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati hati dan berjaga jaga. Undi boleh mengubah situasi.



Video Ini Menjelaskan Kaitan Amanat Hadi Awang & Peristiwa Memali

10 Gerakan Jahat Anwar Ibrahim Menjelang #PRU13

Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah #TolakPR #ManifestoBukanJanji


Aksi Dramatik LIMA 2013

13 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang #PRu13


Tun Daim : Pilih Anwar Tuju Jalan Kehancuran



Lagu Khas Untuk Tontonan Ahli Ahli DAP-PKR-PAS

Dengki DAP Kalau Tengok Video Ini #DAPenipu

Wednesday, March 27, 2013

Terkini Lahad Datu : Kampung Tanduo Ditutup





LAHAD DATU: Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baru yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Februari lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

“Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Rabu.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi Rabu.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. BERNAMA

Tangisan Anak Seorang Perwira Negara #PrayForSabah


Gambar Gambar Anggota Keselamatan Negara Yang Bertugas di Sabah #PrayForSabah






Gambar Seorang Pejuang Yang Wajar Dicontohi Generasi Muda #LahadDatu #PrayForSabah


Penuh bersemangat. Begitulah tabik hormat yang diberikan oleh seorang veteran polis, Bahrain Abu Bakar, 84, yang memakai pakaian seragam polis dalam taklimat khas Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengenai Lahad Datu di Sabah. Semangat yang wajar dicontohi oleh generasi muda.