Tuesday, December 17, 2013

Satu Lagi Bukti Pembohongan Guan Eng Kepada Rakyat Pulau Pinang

Mulai 1 September 2013, kadar bayaran air di Pulau Pinang naik 100%. Kadar barunya adalah  24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan. Berbagai perbandingan diberikan oleh Guan Eng untuk menghalalkan kenaikan 100% tersebut. 

Namun tanpa disedari oleh rakyat, Guan Eng sendiri pernah berjanji untuk tidak menaikkan kadar bayaran air tersebut dalam Malaysiakini pada 2 Jun 2011 (baca sini)



 Janji tidak naik pada 2 Jun 2011, kemudian tarif air terus naik 100% pada 1 September 2013. Bila sudah naik, dia cakap putar belit pula.


Status tweet Guan Eng pada 14 November 2013 ini mengelirukan. Air naik atau tidak? Memang kadar air sudah naik pada 1 September 2013. Mengapa perlu cakap putar belit pada rakyat. 

Di bawah ini adalah kenyataan media oleh Perbadanan Bekalan Air pada 23 Ogos 2013 bahawa kadar air akan naik di Pulau Pinang. Oleh kerana kadar air sudah naik 100%, mengapa Guan Eng hendak putar belit lagi?



Sama seperti isu banjir, Guan Eng bercakap seolah oleh beliau tidak tahu sejarah dan fakta sebenar (baca sini). Rakyat Pulau Pinang boleh menilai sendiri bagaimana janji DAP bila mereka sudah mendapat kuasa. Naik 100% terus. 

Apakah kadar tol di Plaza Tol Sungai Dua turun selepas DAP perintah di Penang? (baca sini). Kalau dapat Putrajaya, entah apa lagi kadar yang akan terus dinaikkan 100% kalau dapat kuasa. Belum dapat kuasa, manis lah mulut, sudah dapat dia lipat habis.

No comments: