Tuesday, December 10, 2013

Pulau Jerjak Akan Bertukar Nama Jadi Pulau Mazu?


 
 
Ada majlis makan tengahari dengan Lim Guang Eng untuk kuil Mazu pada 1 Januari 2013 (lihat dalam poster di atas).

Benarkah kerajaan DAP Pulau Pinang berhasrat untuk tukar nama Pulau Jerjak dengan nama Pulau Mazu? 

Pulau Jerejak yang mempunyai keluasan 362 hektar itu pernah dijadikan pusat tahanan penyakit kusta sejak 1930 dan didakwa kini telah ditukar kepada "Mazu Island". Bekas pejabat pegawai yang menjaga pesakit kusta didakwa telah dijadikan kuil "Mazu" (Goddess of Sea). Tempat ini sepatutnya digazetkan sebagai tapak warisan dan bukannya menjadi pusat penyembahan. 

Ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru kepada Pulau Jerejak.


Gambar Lim Guan Eng bersama dengan orang kuat Kuil Mazu di bawah ini. Apakah sebenarnya yang berlaku? Guan Eng seperti biasa akan menyalahkan pihak lain sebagai punca dan sebab akibat. Namun gambar di atas ini membuktikan bahawa Guan Eng memang ada agenda lain di Pulau Pinang. Baca pendedahan berikutnya tentang Pulau Jerjak ini di pautan ini.

 



No comments: