>

Saturday, December 7, 2013

Mat Sabu Bakal Ditangkap Kerana Berfahaman Syiah? #PAU2013


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Secara terbuka sebentar tadi Naib Presiden UMNO menyebut bahawa orang nombor dua dalam PAS adalah pengikut Syiah. Apakah selepas ini Mat Sabu akan ditangkap? Berikut adalah intipati ucapan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam perhimpunan agung tadi.

Kerajaan menggunakan Akta Pertubuhan 1966 untuk menyita dan merampas premis yang digunakan oleh pengikut Syiah bagi menjalankan kegiatan mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata amalan Syiah jelas bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan harus diperangi habis-habisan supaya tidak menular di kalangan umat Islam negara ini.

"Imam dari Masjidil Haram bersama-sama dengan kerajaan Malaysia menyokong definisi Islam sebagai agama yang hanya berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, pada sesi penggulungan Perhimpunan UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. 

Katanya, kerajaan menerusi KDN, berbesar hati sekiranya PAS turut bersama-sama kerajaan membanteras kegiatan Syiah dan memerangi pemimpin Syiah yang dipercayai berada di dalam parti Islam itu.

"PAS harus ketepikan kepentingan politik mereka, ini adalah mengenai agama dan akidah umat Islam negara ini," katanya.

Dalam sesi penggulungan itu, beliau juga turut mengumumkan bahawa Lembaga Penapisan Al-Quran dinaiktaraf kepada Lembaga Penapisan Al-Quran dan Hadis bagi memantapkan lagi organisasi itu dalam memartabatkan ilmu agama Islam.

No comments: