Thursday, December 19, 2013

Lim Guan Eng Anugerah Projek RM6.9 Juta Pada Kroni?

http://4.bp.blogspot.com/-W98h1Jhx67c/UrGco77tvcI/AAAAAAAA28U/pwByBVNAFWo/s1600/IMG-20131218-WA0048-1.jpg 

 Pergerakan Pemuda Umno Negeri telah dimaklumkan melalui beberapa laman blog, bahawa berlaku ketidaktelusan di dalam pengagihan Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam.

"Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut. 
Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60. 
Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama" Baca pendedahan lanjut di sini.
 

No comments: