Thursday, December 12, 2013

Lidah Rasmi PAS Tidak Iktiraf Kemenangan Pro Mahasiswa Di Beberapa IPT

 Jika dulu, Harakah adalah akhbar yang paling seronok sekali melaporkan siapa menang dan siapa kalah di IPT. Jika kumpulan PAS yang menang maka ianya akan diletakkan di muka hadapan sekali. Kini akhbar rasmi PAS itu seolah mempertikai pula peranan Pro Mahasiswa di IPT. Apakah bila YDP dari Pro Mahasiswa dipilih di UPM, maka PAS menggangap Pro Mahasiswa sudah masuk UMNO di UPM?

Apakah yang cuba dimaksudkan oleh penulis Tarmizi Anuwar tentang kemenangan Pro Mahasiswa di beberapa IPT dalam pilihan raya kampus yang lepas? (baca sini) Nampak gayanya penulis tidak berapa setuju bila Pro Mahasiswa cuba menyamakan kemenangan mereka itu seperti kemenangan Islam di kampus. 

Apakah benar menang bersama dengan kumpulan Sosialis (Bawani) di UUM itu dianggap satu kemenangan bagi Islam? Nampaknya, Harakah selaku lidah rasmi PAS sudah mula mengkritik secara terbuka anak anak didik mereka di IPT agar jangan cepat menghukum dan membuat fatwa sendiri.  Macam ada yang tidak kena sahaja dengan kumpulan Pro Mahasiswa ini?
 


No comments: