>

Monday, December 16, 2013

Bukti Bukti Gred A, Lim Guan Eng Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang Tidak Mampu Selesai Masalah Banjir


15 Disember 2013, Guan Eng dengan angkuhnya menyatakan bahawa masalah banjir boleh diselesaikan oleh DAP-PAS-PKR dalam masa satu penggal sahaja jika berjaya tawan Putrajaya. Nampaknya menyelesaikan banjir bakal jadi satu manifesto baru untuk DAP dalam pilihan raya akan datang. 

Apakah Lim Guan Eng tidak sedar bahawa motto yang sama pernah dibawakan oleh calon PKR masa bertanding dalam PRU13 yang lepas. Apa janjinya? Lihatlah gambar di bawah ini.

 

Guan Eng sebenarnya bukanlah seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab kerana tidak memahami dan mengakui masalah banjir yang berlaku di Pulau Pinang sendiri. Gambar di bawah ini adalah keadaan banjir yang berlaku di Jalan Air Hitam, Georgetown, Pulau Pinang pada 6 April 2013. Guan Eng sudah lupa?


 Malah Guan Eng patut berasa malu kerana mempunyai Setiausaha Politik yang cakap tidak serupa bikin. Banner di bawah ini adalah bukti kerajaan DAP pimpinan Guan Eng tidak cekap.

Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik dengan bangganya pada ketika itu menaikkan banner yang tertulis “40 years flood problem solved in 9 months” (40 tahun masalah banjir selesai dalam masa 9 bulan) untuk menunjukkan betapa berkesannya kerajaan DAP ini dalam menyelesaikan masalah rakyat. Apa yang sudah terjadi pada 6 April 2013?




Bukan pada 6 April 2013 sahaja, banjir kilat di Pulau Pinang berulang lagi pada 21 Oktober 2013 yang menyebabkan 300 keluarga ditenggelami banjir (baca sini). Sebelum itu pada 14 Oktober 2013, juga berlaku banjir di Pulau Pinang, melibatkan 600 penduduk di Balik Pulau (baca sini). 

Lim Guan Eng patut menjaga tempatnya sendiri daripada berjanji bulan dan bintang kepada rakyat. Cakap berbelit belit sedangkan negeri sendiri pun tidak dijaganya dengan baik.

Boleh percaya Guan Eng mampu selesai banjir dalam sepenggal? Dia hanya umpan dengan janji sahaja. 

No comments: