>

Wednesday, December 11, 2013

Aspiras Menang Pilihanraya Kampus, Tetapi Pro Mahasiswa Jadi YDP

 
Itulah yang terjadi di Universiti Putra Malaysia dalam pemilihan jawatan Yang Dipertua MPP pada dua malam yang lepas. Mohd Syafiq yang bertanding atas tiket Pro Mahasiswa menang dengan kelebihan satu undi mengatasi Fuad, calon pilihan Aspirasi (23-22) dalam satu undian sulit. 
 
Amat memalukan. Sebab itulah sudah diramal UPM bakal kalah dalam tulisan yang sebelum ini. (baca sini)
 
Mengapa perkara ini boleh terjadi? 

Dalam keputusan PRK kampus yang lepas, Aspirasi menang dengan keputusan 29 kerusi, 11 kerusi (Pro M) dan 5 kerusi (Siswa Penggerak Universiti). Jika begitu, bagaimana pula boleh dapat hanya 23 undi sahaja untuk kerusi Yang Dipertua MPP?
 
Dalam kumpulan Aspirasi ini, terdapat 25 orang mahasiswa Melayu dan 4 orang lagi adalah mahasiswa Cina (29 orang). 

Ini sesuatu yang pelik dan janggal.  Ada beberapa andaian tentang kemenangan Syafiq sebagai YDP MPP UPM. 


1) Aspirasi Tidak Semuanya "Clear" - Bermakna apakah ada sesuatu yang tidak kena dengan 29 orang yang menang? Atau yang dikatakan aspirasi dalam 29 orang sebenarnya bukan aspirasi? 
 
2) Berpakat Untuk Jawatan  - Khabarnya, sudah ada tuntutan daripada mahasiswa Cina dalam Aspirasi yang mahukan kerusi Bendahari. Tidak tahu sejauh mana perkhbaran tersebut. Namun jika dilihat pada keputusan undian kerusi Bendahari, jumlahnya memihak kepada Foo Wan Sam (23 undi) dan Haikal (22 undi). 
 
 Jumlah undi itu sama dengan undi yang diperolehi untuk kerusi YDP. Apakah sudah ada "game" untuk menaikkan YDP daripada Pro M dan memberikan kerusi Bendahari kepada mahasiswa Cina di UPM? 

3)  Pakatan Sulit- Apakah 4 orang mahasiswa Cina dalam Aspirasi berpakat dengan Pro M dan 5 orang calon SPU untuk mendapatkan jawatan YDP? Kalau semua mereka berpakat, akan dapat hanya 20 undi sahaja. Aspirasi (Melayu) masih lagi boleh dapat 25 undi yang "solid" untuk jawatan YDP. Mana kurangnya lagi 3 undi itu?

4) YDP Bukanlah Pro M - kebarangkalian untuk menyatakan YDP ini bukanlah daripada pihak Pro M yang tegar juga kedengaran. YDP dikatakan seorang yang boleh diterima oleh semua pihak. Ini mungkin terjadi kerana sudah terjadi sebelum ini perpecahan dalaman antara PMIUPM dengan pihak PAS di luar kampus (baca sini).
 
Itu hanya jangkaan dan telahan yang telah pun dibuat. Apa pun yang berlaku, UPM merupakan antara kubu kuat pihak Aspirasi sejak tahun 2001 lagi. Katanya, situasi yang sama berlaku di UPSI, menang tapi akhirnya YDP jatuh ke tangan pihak lain.
 
Krisis dalaman juga berlaku di kalangan PMIUPM dengan Pro Mahasiswa, tetapi tidak lah sampai mereka membuat pakatan yang lain untuk berlawan sesama sendiri. Begitu juga krisis yang teruk dialami antara ISIUKM dengan Pro Mahasiswa di UKM pada tiga tahun yang lepas, tetapi tahun ini mereka berjaya menawan UKM dengan lebih bergaya dari Aspirasi.



Konklusinya, bila sudah terjadi perpecahan dalaman yang amat teruk sesama sendiri, maka pihak lain akan mengaut keuntungan. Salahkan diri sendiri mengapa keputusan itu terjadi. Semuanya berlaku kerana masing masing mahu membuat "untung politik" pada keputusan yang dicapai pelajar.  Di UKM, UUM, UPSI, UM dan di UPM, semua yang berlaku adalah kerana perpecahan sendiri. 

Bergaduh sesama sendiri, inilah punca kejatuhan segala-galanya. Bila hendak sedar? Selagi masih ego dan merasakan diri sendiri yang betul maka sampai bila bila perbalahan tidak akan selesai. Jika keadaan ini berterusan, jangan hairan sesuatu hari nanti Pro Mahasiswa akan boleh kuasai seluruh IPT di Lembah Klang (UPM, UM, UKM, UIA). 
 
Kalau beginilah jadinya, bahaya yang besar menanti BN dalam PRU14 nanti. Moga ambil iktibar agar tidak berlaku mimpi ngeri pada PRU14.

No comments: