Friday, November 22, 2013

Universiti Teknologi Petronas Lubuk Baru PAS Untuk Kaderkan Mahasiswa Pembangkang?


Rupanya Universiti Teknologi Petronas menyimpan seorang pemimpin pemuda PAS sebagai pensyarahnya di universiti. Pendedahan di atas dibuat oleh facebooker (di atas) tentang siapa sebenarnya Dr Raja Iskandar Al Hiss. Maklumat ini boleh disahkan lagi melalui coretan blogger pro PAS ini (baca sini).

Dewan Pemuda PAS harus berterima kasih kepada UTP kerana tidak membuang Raja Iskandar sebagai pensyarah universiti. Ini akan memberi ruang dan peluang yang lebih luas kepada institusi pengajian tersebut dijadikan markas perkaderan ahli ahli baru PAS di peringkat universiti.

PAS pula sekarang giat memasukkan bekas aktivis pelajar di kampus sebagai saf kepimpinan baru mereka dalam parti. Antaranya Abdullah Abdul Karim (UKM), Ramadhan Fitri (UM) dan Nazri Din (UPM). Jangan terkejut jika dalam tempoh jangka panjang, ramai mahasiswa mengikut ideologi PAS menerusi perkaderan yang dibuat oleh bekas bekas aktivis mahasiswa ini.

Di pihak BN, sekarang ini sudah terbukti dan jelas bahawa orang muda semakin sukar hendak dipujuk menyokong BN jika universiti pun dibenarkan secara terbuka menyimpan pensyarah yang jelas menyokong PAS. Selain UNISEL yang diketahui umum sekarang ini menjadi lubuk dan markas pembangkang, kini UTP pula dikesan sebagai tempat perkaderan tersebut.

Bila indtrokrin pembangkang sudah masuk. Ianya sukar dicuci melainkan ianya perlu dilawan dengan indtroktinasi juga. Sejauh manakah usaha BN untuk bertindak atas cabaran ini? Jika mahu menawan anak muda, ianya perlu dilakukan dengan usaha dan istiqomah. Insyallah akan berjaya. Jika tidak, sesuatu yang buruk bakal berlaku pada PRU14.



2 comments:

Anonymous said...

Ternyata PETRONAS digunakan untuk mengisi khazanah pemimpin2 UMNO. Aadlah wajar rakyat menentang kepimpinan yg zalim. Tak kira lah siapa rakyat itu samada Melayu, Cina , India , Dayak, adalah wajib mrk menentang kerajaan yg korup.

Anonymous said...

pasal pemuda UMNO x de yg masuk jd lecturer..ketua2 pemuda cawangan kebanyakan dipilih sume nye yes man..yg x yes man akan disisihkan. yg mempunyai idea tidak diendah kalau bertentangan dgn kepimpinan bahagian mahupun pusat..semua syok sendiri.