Wednesday, November 6, 2013

#PRKSgLimau : Analisa, Benarkah Pengundi Cina Menyokong BN Di Sungai Limau?



Pertambahan berikut adalah terhadap undi Barisan Nasional

6.7 peratus atau 1,842 daripada 27,222 pemilih berdaftar di DUN Sungai Limau terdiri pengundi Cina. Benarkah ada sokongan tambahan daripada pengundi Cina di Sungai Limau? 

MCA begitu yakin bahawa sokongan masyarakat Cina terhadap BN akan kembali pada Barisan Nasional (baca sini). Namun keyakinan MCA itu hanya boleh diukur secara adil jika sekurang kurangnya 80% masyarakat Cina atau 1,469 orang pengundi Cina turun mengundi di Sungai Limau.

Selepas pengundian selesai, yang turun hanyalah 1,065 orang (51.05%) di Sungai Limau, jauh berbeza berbanding peratus turun undi Sungai Limau sendiri iaitu 85.5%. 

Jika begitu, belum tentu kesemua 1,065 orang itu memberi undi kepada Barisan Nasional? Boleh jadi perbezaan 1,029 undi itu juga adalah daripada orang Melayu yang telah mengundi PAS pada pilihan raya umum Mac 2013. 

Namun jika dilihat pada jadual di atas, sejumlah 1,108 pengundi Cina hanya berkumpul di lima Daerah Mengundi sahaja. 

Untuk bantuan pendidikan sahaja, BN telah beri sejumlah RM2.35 juta. Bantuan itu terdiri daripada RM200,000 untuk Tabung Pendidikan Cina Sungai Limau, bantuan RM1 juta untuk SRJK (C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK (C) Yuk Meng Sg Limau, serta RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa. 

Sekolah sekolah terbabit adalah dalam kawasan lima Daerah Mengundi dalam jadual di atas. Apakah ini turut memberi kesan pada pertambahan pengundi Cina terhadap BN? 

Belum tentu ketepatannya. Ini kerana dalam lima kawasan yang bertambah 1,029 undi kepada BN itu, terdapat ramai pengundi Melayu. Apakah pertambahan itu adalah daripada pengundi Melayu?

Mari kita lihat pecahan pengundi Melayu di lima kawasan itu :

1. Simpang Tiga 1,053 orang Melayu   (ahli UMNO 538 orang)
2. Sungai Daun  1,700 orang Melayu    (ahli UMNO 664 orang)
3. Sungai Limau 1,053 orang Melayu   (ahli UMNO 455 orang)
4. Batu 16          1,003 orang Melayu  (ahli UMNO 292 orang)
5. Kg Titi Batu   1,378 orang Melayu  (ahli UMNO 451 orang)

Jumlah 6,187 orang Melayu dan sejumlah 2,400 orang ahli UMNO. Bilangan  pengundi Melayu ini lebih ramai daripada hanya sejumlah 1,108 pengundi Cina di lima kawasan ini.

Dalam PRU13, BN dan PAS mendapat undi seperti berikut di lima kawasan berikut :

1. Simpang Tiga   BN (640), PAS (594)
2. Sungai Daun    BN (853), PAS (716)
3. Sungai Limau   BN (556), PAS (568)
4. Batu 16            BN (380), PAS (574)
5. Kg Titi Batu     BN (541), PAS (817) 

Jika dilihat pada pola undi BN dan jumlah ahli UMNO di lima kawasan ini, didapati jumlah undi pada BN adalah sejumlah 2,970 undi sedangkan hanya terdapat 2,400 orang ahli UMNO di lima kawasan tersebut. Lebihan sejumlah 570 undi.

Dengan mengandaikan semua ahli UMNO akan sokong BN, maka lebihan 570 undi ini tentunya datang daripada orang Melayu atas pagar, orang PAS atau pengundi Cina (sejumlah 1,108) di kawasan tersebut. Itu keputusan PRU13. 

Apa yang berlaku dalam PRK Sungai Limau yang lepas ?

1. Simpang Tiga   BN (794), PAS (397), Undi PAS kurang 197
2. Sungai Daun    BN (866), PAS (665), Undi PAS kurang 51
3. Sungai Limau   BN (691), PAS (426), Undi PAS kurang 142
4. Batu 16            BN (425), PAS (482), Undi PAS kurang 92
5. Kg Titi Batu     BN (613), PAS (687), Undi PAS kurang 130

Di lima PDM ini, Undi BN dapat adalah sejumlah 3,389, dengan mengandaikan semua orang UMNO (2,400 orang) undi BN, maka ada lebihan 989 undi di lima PDM tersebut.  

Undi PAS pula berkurang sebanyak 612 undi di lima PDM tersebut. Apakah lebihan 989 undi itu datangnya daripada pengundi Melayu yang dahulunya memilih PAS atau datang daripada undi Cina?

Tidak semua masyarakat Cina turun mengundi, hanya 51.05% turun mengundi. Oleh itu daripada 1,108 masyarakat Cina di lima PDM tersebut, yang turun mengundi mungkin hanya 565 orang (51%) sahaja. 

Apakah semua 565 orang ini mengundi BN dan menyumbang kepada pertambahan sejumlah 989 undi yang BN perolehi di lima PDM tersebut?  

Apakah tidak ada langsung undi masyarakat Cina pada PAS? Mustahil. 

Jika semua 565 ini undi BN pun, masih ada lagi baki 424 undi yang sudah tentunya daripada pengundi Melayu yang bukannya ahli UMNO. Undi dari ahli PAS dan orang atas pagar. 

Pengundi Cina mungkin memberi undi BN?

Ianya tidak dapat diulas dengan tepat kerana MCA dan Gerakan tidak punyai data yang jelas tentang keahlian parti mereka di lima PDM tersebut. Inilah kelemahan utama yang MCA dan Gerakan perlu atasi jika mahu menang dalam PRU14. 

Jika tidak, jangan hanya salahkan pihak lawan semata mata. Kekalahan berlaku kerana faktor pengurusan parti sendiri. 

Kesimpulannya, tidak semua masyarakat Cina di lima PDM tersebut menyumbang pada pertambahan sejumlah 989 undi pada BN. Undi daripada orang atas pagar dan ahli ahli PAS juga mungkin ada. Terdapat pergerakan undi daripada masyarakat Cina kepada BN, tetapi tidaklah dalam jumlah besar yang disangka. 

BN perlu analisis dengan lengkap data dan statistik di dua kawasan Melayu ini (Kuala Besut) dan (Sungai Limau). Di Kuala Besut bertambah 167 undi dan di Sungai Limau berjaya kurangkan undi PAS sejumlah 1,690 undi. 

UMNO kena cari formula bagaimana untuk cairkan "pengundi pengundi tegar" PAS yang terdiri daripada Melayu kepada BN. Jika formula itu berjaya, insyallah banyak lagi kawasan BN akan tawan. 

Undi masyarakat Cina adalah bersama pihak yang mereka percaya akan jadi kerajaan. Disebabkan kerajaan negeri tidak berubah jika menyokong PAS di Sungai Limau, maka sebab itulah ada "sedikit perubahan" undi Cina terhadap BN di Sungai Limau. 


1 comment:

Anonymous said...

penin pala aku baca...cuma aku nak habaq amat lah rugi nya bila melayu terlalu ghairah utk pilih pembangkang dalam negeri yg menteri besar nya adalah melayu.rugi melayu rugi! apa untung nya melayu jadi pembangkang??